Wednesday, June 6, 2012

3 Minggu

lantaklah ape jadik dgn hidup kat KL, yg aku tau aku nak sentiasa dekat dgn ayah. ayah dimasukkan ke ICU Hospital Besar Batu Pahat (HBP) kerana sesak nafas. dia dikomakan sebab doktor terpaksa masukkan bantuan pernafasan (ventilator) terus ke dalam paru2 melalui mulut. boleh ke ayah hidup? wallahua'lam.

selain ayah, paklong (abg ibu) juga terlantar di ICU HSA JB kerana kompilasi penyakit yg hampir sama. keadaan paklong nampak lebih ok. hampir 2 minggu terlantar, abg sham (anaknya) memberitahu keadaan paklong bertambah baik. dia sudah mula sedar & xperlukan bantuan ventilator lagi. aku lega dan berharap sangat dapat dengar berita yg sama tentang ayah. namun, pada 24 mei, abg sham khabarkan yg paklong sudah menyahut seruan Ilahi. Allah lebih sayangkan dia. kesian ibu. dia lemah semangat. satu2nya adik beradik lelakinya yg tinggal telah kembali ke rahmatullah.


sebelum ke HBP ayah telah dimasukkan ke sebuah hospital pakar di JB. oleh kerana keadaan ayah tidak bertambah baik, kami berpakat utk minta doktor keluarkan ayah & masuk ke hospital kerajaan. waktu itu ketika aku ingin pulang ke KL, aku memeluk ayah sambil berkata "ayah jgn risau, byk lagi cara kita blh ikhtiar," ayah menangis sambil mengangguk2. selama aku hidup aku sangat jarang nampak ayah menangis, tapi sejak akhir2 ini dia selalu menangis dan selalu bertanya pada ibu, "boleh ke saya hidup lama?" Aku pulang ke KL dgn rasa berat hati. ayah nampak pelik. sebelum2 ini dia selalu menunjukkan yg dia ok klu anak2 ingin balik ke rumah masing2.

sehari selepas pulang ke KL, aku berbual panjang dgn ayah di telefon dan mengatakan pada ayah yang aku sanggup buat loan sekiranya duit yg dia ada tidak cukup utk menampung kos rawatan. "alhamdulillah, kalau kau pun boleh fikir macamtu ayah rasa lega,". aku sanggup buat apa saja yg terbaik demi ayah. sumpah!

"ok la jid, ayah nak rest dulu, nnt kita berbual lagi". itu adalah ayat terakhir ayah kat aku. kami tidak berbual lagi selepas itu. esoknya ayah dimasukkan ke ICU dan koma selama 3 minggu. aku sanggup menunggu ayah walau dia koma selama bertahun2 pun. aku sanggup tunggu. aku xsabar nak ceritakan kat ayah betapa aku sayangkan dia. nak ayah tahu bagaimana bersungguh2nya kami anak beranak buat yg terbaik utk dia.

"ayah bangun la ayah! kenapa ayah xnak bangun2?!!"

tengahari itu, hari ke 21 di ICU, aku jengah ayah, cemas kerana tekanan darahnya hanya +-30/15 (normal +-120/80). tersangat rendah. nurse telah memberi sukatan paling tinggi utk ubat jantung tapi jantung ayah masih lemah. aku nampak mulut ayah bergerak2 seperti tercungap2.

doktor memanggil aku dan abang menanyakan sekiranya jantung ayah terhenti boleh x klu doktor buat prosedur tekan dada? tapi peluang utk gagal adalah 99% & risiko tulang rusuk patah sangat tinggi. aku terus mengangguk,"buat la ape pun the best for him doctor," doktor meminta aku & abang keluar sementara dia merawat ayah. cemas. xtau ape nak dibuat. mata rasa berpinar2. sangat kalut. sebelum keluar aku & abang sempat membisikkan dua kalimah syahadah ke telinga ayah. Allah je tau macamane sedihnya kami time tu.

aku cepat2 pergi surau, solat fardhu & hajat. aku tukarkan doa setiap hari aku daripada meminta ayah selamat kepada meminta Allah permudahkan segalanya dan tabahkan hati keluarga kami sekiranya mati adalah jalan terbaik utk ayah. sebenarnya aku xsanggup tapi aku mintak jugak. air mata dah berjurai2..dalam kepala aku cuma ingat ayah je. ya Allah, besarnya dugaan yg Kau berikan pada keluarga aku kali ni. aku xready lagi ya Allah...aku xready lagi.



.....................................

ayah menyahut seruan Ilahi pada pukul 1.30ptg, 29 mei 2012, bersamaan 8 rejab 1433H meninggalkan 1001 kenangan buat kami sekeluarga. ayah mengalami kegagalan jantung pada hari terakhir di ICU. selepas difikirkan balik, ayah sudah tahu masanya hampir tiba. dia sempat berpesan kepada abang, sekiranya apa2 berlaku, uruskan di rumah nenek, jgn biarkan ibu sorang2 & jaga adik2. cuma kami yg tidak sanggup percaya apa yg dicakapkannya adalah pesanan terakhir sebelum pergi.

tersentuh hati melihat wajah ayah ketika dikafankan. mukanya sangat tenang & segala bulu2 di muka nampak kemas. xketerlaluan kalau aku cakap yg aku xpernah nampak muka ayah setampan itu sepanjang aku hidup. bila tengok je aku rasa terlalu hormat pada ayah. ayah orang baik. alhamdulillah..senang je cara dia pergi.

kini sudah 3 minggu ayah tinggalkan kami. perasaan sedih masih kuat terasa. aku masih susah nak percaya yg ayah sudah pergi. jiwa rasa kosong, sekosong-kosongnya. aku selalu terngiang2 panggilan telefon dari ayah yg xpernah sehari pun lupa utk telefon aku sejak dulu lagi. hingga hari ini aku asik terbayang wajah arwah ayah. sedih setiap kali teringat bagaimana bersungguhnya ayah mencari penawar bagi penyakitnya. sedih beb. lagi2 bila teringat masa aku peluk ayah dan mengatakan padanya "ayah jgn risau. semuanya akan ok."


pedih beb. pedih & pilu sangat2 rasa dia bila salah seorang tinggalkan kita. pedihnya rasa dada seperti terperosok. aku xpernah dpt dugaan sebesar ini seumur hidup aku. sedihnya sampai kadang2 kau blh rasa cemburu kat kawan2 kau yg datang dari broken famili. kalau korg bijak korang tau la kenapa. xpelah, at least dah 28 tahun Allah pinjamkan ayah kat aku. bila tiba masa Dia nak ayah balik, xblh dicepat atau dilambatkan sedikit pun. aku n famili kena redha.

rasa sedih ni bkn cuma datang time dia meninggal. tapi hari2 lepas tu. sehari demi sehari lepas tu. time kwn2 igt kau dah recover time tu la kau makin rindu dia. setidak2nya aku bersyukur sebab aku xralat apa2 selepas ayah pergi sebab aku dah buat yg terbaik utk ayah. harap2 aku boleh recover balik lepas ni.

Al-Fatihah buat mereka yang baru pergi:
Allahyarham Khamis bin Ambok Intan (ayah)
Allahyarham Harun bin Othman (paklong)
Allahyarham ayah kak enab (besan arwah paklong)
Allahyarhamah Fatihah (ICU sebelah ayah)
Allahyarham ayah kepada abg Zaini (ICU)
Allahyarham Md. Noor, suami kak Orkid (ICU)
Allahyarham Saiful Salleh (sahabat)



p/s: dlu aku byk kali mimpi ayah meninggal, bila terjaga aku call dia n rasa lega. skang aku slalu mimpi ayah masih hidup. tp bila sedar dah xblh call dah
. sedih beb. sumpah.