Thursday, January 23, 2014

Keresahan & Kecelaruan Panik


Pernahkan anda diserang perasaan takut melampau yang tiba2 datang tanpa alasan kukuh? Bukan takut kepada harimau ataupun hantu, takut kalau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas & tidak boleh keluar. Takut sekiranya terperangkap di dalam lif. Takut ketika berada di shopping complex. Dan berbagai2 jenis takut yang tidak sepatutnya berlaku? Perasaan takut ini hanya Allah Taala saja yg faham.

Keadaan ini membuatkan anda panik, mata berpinar, tangan & kaki menjadi sejuk dan nafas anda seperti tercungap2. Anda rasa anda akan mati. Anda tidak punya sebarang penyakit, tetapi fikiran kacau bilau & anda tidak tahu apa nak dibuat.

Lagi menakutkan bila anda takut kalau orang sekeliling tahu apa yg anda sedang lalui. Anda takut orang tidak akan faham apa yang anda rasa dan akan memperlekehkan anda sebab anda tahu situasi itu tidak merbahaya tapi perasaan anda melampau.

Ketakutan itu akan mengundang fobia & trauma untuk kembali ke tempat sama anda diserang situasi tersebut. Anda takut berada di tempat sempit atau di tempat ramai orang. Anda takut untuk pergi ke tempat asing. Anda takut untuk tersangkut dalam kesesakan jalanraya, maka anda pilih untuk duduk di rumah. Anda takut untuk berada di tempat ramai orang. Walaupun ke pasar malam. Walaupun ke masjid! Anda takut untuk berada dalam lif. Tapi bagaimana pula sekiranya anda tinggal di apartment tingkat 21? Mampu ke naik turun lif hari2 untuk pergi bekerja?



Sekiranya semua petanda ini ada, berkemungkinan anda menderita anxiety disorder yang membawa kepada panic disorder.



Januari 2011, ketika mendaki Bukit Broga, adalah kali pertama saya rasa pengalaman ini. Sedang gembira mendaki bersama kawan2 tiba2 datang satu perasaan yang saya sendiri tidak tahu apa puncanya. Nak kata penat, tidak. Mata tiba2 berpinar2. Tiba2 rasa tidak cukup oksigen di muka. Lagi2 bila melihat orang sekeliling yg ramai. Seram sejuk dan bingung. Takut yang teramat dahsyat. Saya hanya mampu pejamkan mata dan duduk. Kira2 10minit perasaan itu hilang tiba2.


2 minggu berikutnya ketika naik ke Bukit Fraser. Perasaan aneh ini menyerang kembali. Tiba2 saya rasa seram sejuk di dalam kereta & rasa takut yg melampau. Keadaan ini berlarutan & berbagai2 insiden menakutkan yang berlaku terhadap saya. Mimpi yang amat ngeri. Kebanyakannya hanya mengambil masa 10-20 minit. Tetapi berulang2. Anda sedang ketawa, tiba2 anda dalam ketakutan yang amat dahsyat. Kemudian ok kembali. Apa ni?


Tidak lama selepas itu saya pergi ke Kelantan (dari KL). Dan ini merupakan pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya. Perasaan ini menyerang berkali2 sepanjang perjalanan. Ditambah pula dengan traffic jam teruk di Bentong sehingga saya mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan mencari klinik. Ya, hanya Keti yang tahu saya mencari klinik. Orang lain ingat saya pergi cari goreng pisang.


Keadaan ini menjadi semakin buruk sehingga penglihatan saya menjadi kabur. Saya tidak rabun tetapi objek tegak saya nampak melengkung2. Bila semuanya melengkung, mata rasa berpinar2 & mula timbul perasaan takut melampau. Saya ke pakar mata & doktor berpendapat ianya berpunca dari stress bekerja (yelah tu). Hehe.


Hidup saya menjadi murung. Saya mula mengelak apa2 aktiviti yang boleh membawa kepada keadaan begini. Saya menghindarkan diri dari kawan2. Saya rasa gagal. Saya cemburu dengan orang lain yg hidup normal. Saya ingin pergi jauh tapi saya trauma. Saya terpaksa menolak segala urusan kerja yang memerlukan saya untuk ke outstation. Ini mengganggu perjalanan hidup saya. Keadaan ini saya rasakan kira2 setahun.


Sehingga 1 hari syarikat tempat saya bekerja menganjurkan company trip untuk ke Jakarta & Bandung. Berita gembira untuk semua tetapi bukan untuk saya. Rasa  berbelah bagi, lebih ke arah tidak mahu pergi. Resah gelisah yang sangat melampau. Akhirnya bos menyuruh saya pergi berjumpa pakar psikiatari.


Saya ke Klinik Pakar UiTM, Selayang. Saya berunding dengan Prof. Syed & bercerita semua masalah saya. Prof memberikan saya sejenis ubat (lupa namanya) & juga xanax sekiranya diserang panic disorder. Terus terang saya langsung tidak mengambil xanax & hanya simpan di dompet in case of emergency.


Secara tidak sedar sebenarnya saya sememangnya sudah jumpa penawar masalah ini sebelum saya ke psikiatari. Cuma saya tidak tahu adakah masalah ini berjaya diatasi atau akan berlaku kembali bila saya menaiki flight ke Indonesia nanti. Itu yang saya amat takut. Prof  Syed memberi banyak motivasi & meyakinkan saya bahawa rawatan semulajadi yang saya lakukan adalah betul. Cuma saya masih kabur. Beliau banyak memberi semangat & nasihat bagaimana mengatasi masalah ini. Cara hidup yang sihat adalah kunci utama. Saya amat terhutang budi dengan Prof.


Apa yang saya harus lakukan sebenarnya?

Sepanjang menderita masalah ini saya berasa terlalu murung. sangat2 murung. Sering marah & xkelakar lagi. Panic disorder bukannya penyakit. Tetapi sekiranya mati & konfirm masuk syurga, saya pilih untuk tidak hidup. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Saya berjanji bila bertemu penawarnya saya akan menolong orang lain. Sekarang saya cuba membantu.



Anda tidak berseorangan

Jangan risau. Bukan hanya anda seorang yang menderita masalah ini. Johnny Depp juga menderita masalah yang sama. Sekarang Johnny Depp adalah teman rapat anda. Bukan dia saja, malahan Emma Stone, Scarlett Johansson, Adele, Abraham Lincoln & Sigmund Freud juga menderita masalah sama. Hidup mereka berjaya, mengapa anda pilih untuk murung?



Muzik

Elakkan mendengar muzik yang sama ketika anda diserang masalah ini terutamanya lagu2 pelik & sedih. Cuba hindarkan buat sementara. Dulu saya amat obses mendengar lagu2 Sigur Ros, Cocorosie, Mogwai, Enigma & Glen Hansard. Bila sudah benar2 pulih..sila dengar & anda akan tersenyum kembali.



Bersenam

Orang gemuk memang banyak masalah. Berhenti makan dan pergi bersenam.



Berkongsi Pengalaman

Ya. Bila anda berkongsi masalah anda dengan orang yang boleh dipercayai nescaya ianya banyak membantu. Walaupun teman mendengar tidak dapat berbuat apa2. Sekurang2nya anda akan rasa sangat release selepas itu. Biarkan orang lain faham. Pukul jika mereka perlekehkan anda. Sekiranya mereka kuat, pukul anak mereka.



Sekarang saya sudah berkawan baik dengan Johnny Depp & saya sudah ikut point2 diatas. Bolehkah saya mati dengan tenang sekarang?

Belum lagi. Gagahkan diri & berjanji untuk membuat kebaikan sekiranya anda berjaya keluar dari masalah ini. Jadi orang yang positif. Jangan give up. Dulu saya berjanji untuk berkahwin & membeli TV. Sekarang saya sudah punya isketri & TV.

Kini tiba masanya kita berkongsi langkah paling penting bila diserang Panic Disorder atau Kecelaruan Panik. Apa yang harus saya lakukan?

Anda dalam perjalanan menuju ke sebuah tempat yang anda tidak pernah pergi, tiba2 trafik bergerak perlahan sehingga kereta tidak bergerak langsung. Cuaca panas & air cond kereta Myvi kawan anda yang tidak berapa sejuk memburukkan lagi keadaan. Merokok tidak membantu. Makan tidak membantu. Menangis agak kurang sesuai dengan bentuk fizikal anda. Jadi macamana? Mungkin perbuatan ini agak tidak masuk akal & sering berlaku tanpa kita sedari. Kita tidak pernah terfikir perbuatan yang sangat remeh ini mampu membantu kita menangani perkara yang amat kita takuti selama bertahun2.











Geli gelemankan badan anda


Ya itu adalah kata kuncinya. Susah juga nak terangkan apa itu geli geleman. Ianya sesuatu perasaan seperti menggeletar yang datang bila anda dalam kesejukan, menahan kencing dalam masa yang lama atau perasaan geli apabila melihat gelagat Bobo dalam iklan Macam Cantik bersama Sasha Solera & Kak Ton. Selain itu anda juga boleh cuba untuk membayangi perkara yg lebih teruk dari yg anda rasakan. Contohnya ketika anda rasa akan diserang panic disorder, cepat2 berimaginasi tentangnya & bayangkan situasinya seburuk2 yang boleh. Tips membayangkan perkara2 yang indah yang pernah saya cuba tidak membantu. Segera fikirkan keadaan anda ketika diserang walaupun belum berasa panik. Geli gelemankan badan anda.

Jangan give up. Teruskan berusaha melatih diri anda untuk menghadapi serangan ini. InsyaAllah hidup anda akan normal seperti sediakala walaupun tidak 100%. Bagi saya, panic disorder saya telah hilang hampir sepenuhnya, cuma kadang kala diserang anxiety disorder. Tapi tidak mengapa kerana saya tahu cara mengatasinya. Tanpa perlu ubat-ubatan. Ingat! penawarnya memang sedia ada dalam diri anda.

Selepas 2 tahun baru saya berkesempatan berkongsi tips ini. sekarang saya boleh mati dengan aman. Sekiranya anda telah berjaya mengatasi masalah ini diharap anda tidak berkira untuk berkongsikannya kepada orang lain. semoga hidup anda menjadi semakin bermakna selepas ini. Selamat mencuba!














No comments: