Tuesday, November 25, 2008

Program Anak Angkat

post kali ni agak kurang bermoral & hampir tiada hala tuju. sila baca klu sudi & maki klu sudi jgk.

tension dgn rutin harian? saya pun.
saya sedang dalam program anak angkat di sri kembangan. terima kasih che an kerana sudi menjadi bapak angkat saya (semoga kau xhalau aku). dah masuk hari ke5 saya di sini. wlupun tv rosak, duit xbyk, transport xde, hp kena barred, xbyk awek, kwn xde - cuma ade che an, tu pun dia pg keje, kedai jauh, beruk kambing beruang semua xde, ape pun xde.

sri kembangan (SK) adalah sebuah bandar terletak berhampiran serdang. saya menumpang di sini, xbayar ape pun. cuma belikan ubat gigi, kacang & kopi tp saya dah habiskan megi, sabun mandi, 3in1, beras, telur & juga jem tanpatuan di dlm peti ais.

saya pun xtau kenapa saya ke sini sedangkan saya ada rmh sewa di shah alam. di sana ada teman, transport & semua keperluan harian saya. saya mencari sesuatu yg unknown. saya tidak tahu sehinggalah saya laluinya sendiri.

bila tv rosak - xpe, klu ade pun saya xkan bukak.
bila duit xbyk - xpe, tba2 saya pandai masak. ape2 je la asalkan kenyang.
bila transport xde - xpe, saya jln kaki wlupun xtau nak ke mana. boleh kurus
bila hp kena barred - ha yg ni boring, tp xpe, klu ade pun bknnye ade skandal nak bersms.
bila xbyk awek - boring
bila kwn xde - xseronok, tp xpe, lps ni blh saya berkenal2an dgn pak guard
bila kedai jauh - xpe, duit pun xde, ape ade hal?


terima kasih kpd kwn2 yg sudi dtg, yg ckp nak dtg tp xdtg tu suck my kon la lu mat!! tp xpe, gua paham msg2 bz. tp suck my kon gak la!! murghkahkah!! apepun, terima kasih kepada semua yg terlibat dlm program anak angkat ni.

saya ambil peluang utk tinggal di sini sbg 1 cabaran. & saya temui sesuatu yg agak lama saya tidak jumpa.


ya, saya temui sesuatu




~~ KETENANGAN ~~



dah lama xrasa tenang sebegini. serius xtipu.


lepas ni saya nak basuh baju


...


...


...


lepas tu nak jilat dinding


...


...


lepas tu makan ular


...


hoh! tenangnya!!





p/s : sebenarnya bkn program anak angkat. cuma guna konsep sama.

(haihh..ade org tu ckp nak dtg merantau sama. penat je gua carik mcm2 cara nak dptkan transport utk amek dia. bila dah dpt, dia g ikut mmber dia g check gigi pulak. xpela, jmp sem dpn. gua dah tawar hati)

Monday, November 10, 2008

Saya Lelaki Sejati

entri kali ni mungkin agak kontroversi memandangkan saya bakal berhadapan dgn berbagai2 tentangan dari kaum bertentangan. tapi saya beranikan diri. bg saya apa yg ingin saya tulis ini tulus, bukan berniat utk menyebar kebencian tp utk menyampaikan apa yg saya faham & fikir (baca tagline blog). nak kondem? sila & jgn takut. saya berani menulis, xsalah sekiranya anda berani menyalahkan saya sekiranya saya salah.

utk pengetahuan semua, post ini berkisar tentang sikap KEBANYAKAN perempuan & lelaki sebangsa saya. ini bermakna bkn semua. saya percaya perenggan ini bakal menyelamatkan saya.

kenapa lelaki sgt jarang bersuara memperjuangkan hak kaum sejantinanya sedangkan kempen yg sama seringkali ditimbulkan oleh kaum bertentangan? ya, kaum bertentangan lelaki ialah wanita, bkn kaum gay ye. gay ialah kaum yg harus ditentang. entri kali ni berkisar tentang LELAKI SEJATI & PEREMPUAN SEJATI. tiada istilah lelaki separuh perempuan atau sebaliknya di sini.

saya sering didengarkan dgn luahan hati para gadis tentang masalah teman lelaki. ada juga yg meluahkan masalahnya dgn teman lelaki yg jika dilihat gambarnya pun, anda blh agak bagaimana sifat sebenar lelaki itu. persoalannya kenapa dia memilih lelaki sebegitu?

antara alasan2 knp dia memilih lelaki tersebut :
1. terharu sbb dia sanggup berkorban/dtg dr jauh utk berjumpa
2. lelaki itu byk menolong
3. kacak, ramai merebut lelaki itu
4. dah kenal lama
5. dia byk membimbing ke arah kebaikan
6. ada kereta mewah tp itu bkn alasan (tp sbnrnya itulah alasan)
7. ibu bapa dah kenal

ini pula antara alasan2 kenapa kemudiannya perempuan itu berkata dia benci lelaki tersebut:
1. bila jmp kwn, awek dia lupakan
2. kwn mintak tlg blh tlg tp awek mintak tlg ade je alasan, masa baru kenal dulu x
3. asik2 ade je org sms bila tgh dating
4. dah lama kenal & kini bosan dgn sikapnya
5. dia penipu & suke mempermainkan perasaan perempuan
6. kereta pinjam je rupanya, babi punye jantan!
7. ibu bapanya tidak restu

tp mereka tidak menyedari bahawa :
1. lelaki tidak blh hidup jika tiada kawan, perempuan pula tidak boleh hidup jika tidak bergaduh dgn kwn, sekurang2nya setahun sekali. saya tipu? fikirlah balik.
2. dia tlg kwn sbb kwn2 byk tlg dia. kau? penah tlg? yeahh ade..tlg batin. dah tuhan kata haram kenapa kau buat?
3. dah tau pakwe tu rebutan rmi, kenapa xjaga? tp bila jaga melebih2 pulak.
4. kau xfikir pulak dah berapa lama lelaki tu tahan dgn sikap kau
5. knp kau percaya? lelaki akan menjadi sebaik2 manusia bila ingin melamar gadis. xbaca majalah remaja ke?
6. sbb kau nak kereta, bkn nak dia
7. sbb kau xhormat mak bapak dia mmg la xdpt restu, lagi mau buat citer hindustan.

sabar, saya cuba memperindahkan ayat saya supaya tiada gadis yg akan membenci saya selepas membaca post ini. baca sampai habis. maafkan saya sekiranya kasar. betulkan kalau salah, jgn emosional....yeahhh!!...gudgurl.

ok sambung.

saya tidak faham kenapa wanita selalu menyalahkan lelaki kerana tidak peka dgn sifat sensitif kaum hawa? sedangkan wanita juga selalu menyalahkan lelaki kerana ego.

kenapa lelaki dipersalahkan sekiranya terlupa bahawa perempuan sgt sensitif dlm byk perkara termasuk hal2 remeh sedangkan perempuan tidak faham bahawa lelaki tidak suka melayan hal2 remeh.

saya ada contoh mudah : lelaki tidak kisah dipanggil JANTAN tetapi perempuan amat marah jika dipanggil BETINA. sebabnya?

sayer pown tuck fuh-ham kenaper perempuan suker tulish beginie. ya, maksud saya menulis dgn ejaan mcm tu - ejaan diubah kecuali pada perkataan perempuan. betul x?

saya telah temui ramai kenalan perempuan. berbagai2 rupa paras. ada yg gemuk, hitam, pendek, berjerawat, kurus, cerah, tinggi & gebu tapi tiada yg buruk. mereka dtg & pergi. masing2 punyai masalah yg bermacam ragam. ada juga bercerita tentang masalah teman2nya selain masalah sendiri. ada juga yg mengadu kepada teman2nya tentang masalahnya dgn saya tapi saya tidak kisah. saya selalu punyai jwpn yg sama bila ditanya soalan berkaitan teman lelaki tapi saya selalu tidak tergamak utk menjawab - sbb perempuan sgt sensitif. bila terasa mereka akan menangis. bila menangis mereka akan membawa hati yg lara. bila hati sudah lara mereka akan igt smp mati. mereka tidak akan memaafkan saya lagi & menyamakan saya dgn teman lelakinya yg xberguna tu. maka saya pun terpaksa memberi jwpn penyedap hati spt :

1. dia sibuk kot
2. bkn xnak tlg, dia sibuk tu
3. dia tgh sibuk tu sbb tu la asik lyn sms, mayb dr org ofis
4. klu dia xsibuk nnt kau bosan pulak asik lyn dia je
5. dia sibuk la, tak tipu!
6. dia sibuk tu carik duit nak beli kereta
7. mak bapak dia sibuk

TAPI sekiranya keadaan ini diterbalikkan - lelaki tanya soalan sama kpd teman tentang masalahnya dgn teman wanita, jwpn yg akan diterima ialah :

1. dia kan pompuan, kena la luangkan masa ng kwn2 pompuan jgk kdg2
2. kau ni lembik! xkan xblh buat sendiri, nak kena pompuan tlg jgk ke?
3. dah kau xsms dia, dia lyn la sms org lain (padahal tgh dating)
4. kau kena faham, dia tu cpt bosan
5. eh kau ni?! xkan la dia nak tipu kau!
6. kau kan xde keta. sedar la diri tu sikit!
7. mak bapak dia pun tau kau xde keta kan?

ok cukup. marah kaum perempuan nnt. saya tidak sanggup dipukul oleh wanita. sbb masa dipukul nnt mst iman saya goyah dan cuba meraba payudaranya dgn alasan mempertahankan diri. syukurlah belum pernah ada perempuan yg ingin memukul saya. tolong la jgn pukul!

semua org tahu bahawa lelaki sgt mudah tewas dgn godaan wanita. tidak percaya? cuba telanjang sekarang (tapi klu kau ni jantan aku tumbok muke kau!). lelaki gila mana yg hanya akan teruskan menulis blog sekiranya tiba2 ada perempuan berbogel di sebelahnya?

itu sebabnya kenapa lelaki sanggup membuat apa saja demi mendapatkan wanita. kalau perlu berlakon, mereka berlakon. kalau perlu meminjam, mereka meminjam. itu pun pengorbanan jugak kan? kalau mak bapak dah kenal lagi bagus. sbb wanita akan lebih menyayangi lelaki bila sudah diperkenalkan dgn ibu bapa. ya, mmg berkat hubungan sekiranya ibu bapa restu. maka ini akan menjadi jwpn paling cliche bila ditanya kenapa gadis itu sgt sedih bila ditinggalkan oleh sang lelaki. & ini juga seolah menjadi perkara wajib bg lelaki utk membuatkan perempuan syg.

lelaki juga lebih cenderung & suka berckp besar jika dibandingkan dgn perempuan. lelaki lebih suka bermegah2 tentang harta benda yg ada di depan perempuan, suka menunjukkan yg dirinya gagah & berpengaruh. suka menunjukkan yg dirinya hebat. klu mat rempit? kena champion. klu mat kereta? kena pasang turbo sana sini wlupun xde duit. klu mat bola? kena score 7-8 bijik tiap2 kali atas padang wlupun terpaksa hisap ganja sblm main bola - baru sun. sebabnya?

perempuan.

baik ke tidak sikap2 tu?

tidak

kalau xbaik kenapa lelaki buat macam tu?

sebab nak perempuan.


perempuan pula selalu cuba menjadi unik. cuba menjadi lain daripada yg lain. sbg contoh mereker akan tulish beginie....yerr camnie lar. alarr! camnie larh! yunk eja 'yang' jadik 'yunk', 'macam ni' jadik 'camnie' nieh! aper kutok2?!! bior arh! style akue tulish memunk camnie! sukati lar!! maka bila ramai sgt perempuan yg cuba menjadi unik, susah nak cari yg xunik kan?

perempuan juga selalu meluahkan isi hatinya melalui penulisan - hampir dimana2 saja! kalau xpercaya cuba tgk ym atau myspace anda sekarang. baca status para gadis di dlm frenlist. ada x yg menulis ala2 "haruskah aku menerima cintanya kembali?" atau "harinie demam, tp cedey hubby xder". klu xde bermakna kwn2 ym/myspace anda tidak ramai. sila tambah lagi. perempuan suka meluahkan isi hatinya melalui bermacam2 cara. sbb apa mereka jadi mcm tu?

lelaki.

baik ke tidak sikap tu?

ntah. meluat aku tgk ade la.

klu meluat kenapa ramai yg buat?

ntah. aku bukan pompuan.

sebenarnya tiada siapa yg perlu disalahkan sekiranya kita tahu di mana baik buruknya pasangan & kenapa kita memilihnya. ketahui dahulu muslihat mereka. sebab paras rupa? seks? sebab harta benda? atau sebab kita ditipu. sebab itulah saya tidak menyokong cinta pandang pertama. saya tidak menyalahkan anda sekiranya anda menyokong, masing2 punya pendapat masing2 & ini pendapat saya. dulu saya pun memilih utk xberbicara hal2 berkaitan cintan cintun ni tapi xsangka sekarang saya tgh tulis..heheh. malu2.

saya cadangkan anda berhati2 bila memilih pasangan, jgn terpedaya dgn harta benda atau kata2nya saja. kenali dulu supaya bln dpn anda xperlu kembali mencari teman lama yg anda lupakan semenjak jmp kekasih baru & mengadu masalah. bkn xblh, tp jgnlah seawal bln dpn. bagi perempuan, hati2 dgn lelaki lebih2 lagi sekiranya anda mempunyai buah dada yg besar. bagi lelaki, hati2 dgn diri sendiri. pastikan apa sebab perempuan jatuh hati. pastikan anda lebih berguna dari kereta anda.


selamat bercinta! & jgn beromen ye adik2.

Tuesday, November 4, 2008

Ayahanda

saya seringkali merasakan saya sama seperti ayah. sama dari segi gaya, rupa, tabiat & pemikiran - wlupun mungkin ayah tidak mengaku (hihihi...tersipu2)

1991-1996

saya dibesarkan dari keluarga yg tidak kaya & tidak pula miskin. saya percaya ketika sekolah saya bkn anak harapan kebanyakan ibu bapa. memang mulanya saya dibayangkan sbg seorang pelajar pintar. saya igt lagi betapa bangganya ayah & ibu bercerita tentang pelajaran saya di depan kawan2 & saudara. saya rasa bangga dilahirkan cerdik, bangga kerana punyai abg & kakak yg berjaya dlm pelajaran.

tapi saya tidak pernah dimewahkan - darjah 1 bawa 20sen. permainan ketika kanak2? sgt sedikit jika dibandingkan dgn kwn2 lain. tamiya? x, diamond je..(lelaki2 baya aku mst tau).


1997-2001
bila meningkat remaja, pelajaran saya merosot serosot2nya. saya berubah menjadi sangat teruk - merokok, menipu, ponteng, begaduh & mencuri (& lain2 yg tidak bagus utk diberitahu). saya masuk ke sekolah teknik mempelajari kejuruteraan elektrik atas nasihat kakak kerana ingin menjadi 'programmer'. saya tidak berminat dgn apa yg saya pilih tp saya terpaksa. saya benci sekolah. saya benci cikgu. beberapa kali ditukarkan sekolah kononnya sekolah itu tidak sesuai dgn saya. sebenarnya saya yg mengada2. saya salahkan kakak. klu bkn sbb kakak mst saya masih pandai.

saya punyai seorang ayah yg sgt tegas dlm pelajaran anak2. hidup zaman sekolah menengah saya sgt terkongkong. saya tidak dibenarkan ke bandar sepjg tahun PMR & juga SPM. maka saya pun menipu. ayah hantar saya ke tuisyen tp saya melepak di bus stand/summit parade. klu pegi tuisyen pun semata2 ingin berjumpa awek2 dari sekolah TIGS/convent yg cantik2 (pd mata saya). ayah belikan buku tp buku tu saya gunakan utk lukis gambar eminem, tupac shakur & juga muka cikgu. ayah hantar ke sekolah kemudian saya lari. saya tidak mahu sekolah, saya tidak mahu belajar. kenapa ayah mesti paksa saya? saya buat begitu biar ayah tahu yg saya tidak suka cara dia mendidik saya.


2001-2002
selepas SPM saya bekerja di McDonald's. saya amat komited dgn kerjaya saya ketika itu. keje mcd best - byk awek. tp gaji saya hanya rm300-400 sbulan. apa yg saya fikir ketika itu pun saya tidak tahu.

ayah kurang senang dgn kerjaya saya wlupun saya sgt suka dgn kerja yg gaji begitu. tanpa pengetahuan saya ayah belikan borang politeknik. politeknik tu apa sebenarnya? mcm poliklinik jgk ke? blh jadik doktor ke?? borang UPU? ada juga tp isinya dibuang & sampulnya digunakan utk menyimpan surat2 cinta mirc/ICQ & juga surat 'kawan2' tusyen. saya isi borang politeknik tanpa rela hati. mengapa saya harus sambung belajar sedangkan saya sgt gembira dgn kerjaya saya? saya sudah ada duit sendiri. kenapa mesti ubah hidup saya?

saya memohon bidang IT, kemudiannya saya tukar pilihan ke SIJIL REKABENTUK GRAFIK sbb bunyik macam best. grafik tu apa? saya xtau. sementara menunggu tawaran saya teruskan kerja sebagai pembuat burger yg gembira. saya memohon politeknik pun sbb nak jaga hati ayah. saya berharap agar xdpt sbb saya nak keje mcd smp mati.

result SPM keluar & result saya mcm sampah. ayah sgt hampa tp saya sgt gembira & berpura2 kecewa - blh keje mcd smp mati! saya tidak menyalahkan diri sendiri tetapi saya salahkan ayah yg sgt tegas. saya menduduki spm dgn sambil lewa. result itu adalah tanda protes saya atas ketegasan ayah. saya juga menyalahkan ayah kerana saya jarang dimewahkan seperti kwn2 lain sedangkan saya tahu ayah mampu. selain ayah, saya juga menyalahkan cikgu & juga kakak. nak salahkan diri sendiri? jgn harap! hari result keluar ayah memarahi saya dgn teruk - mungkin yg plg teruk dlm sejarah hidup. tapi telinga sudah lali. yg membuatkan kemarahan itu nampak teruk bila ada 1 ayat ayah yg amat menakutkan saya ketika itu :


"AYAH XKAN HALALKAN HIDUP KAU SELAGI KAU XDPT SEKURANG2NYA DIPLOMA!"

sebenarnya saya tidak faham sgt apa maksud ayah ketika itu tetapi saya rasa ayat itu menakutkan.

kemudian saya diterima utk belajar sijil di politeknik. saya pergi dgn berat hati. ayah & ibu tidak bercerita tentang saya lagi di depan kawan2 & saudara mara. mereka malu.




.....................................

2008
sekarang sudah bertahun2 saya belajar & bekerja dlm bidang grafik - sijil, kemudian bekerja, kemudian diploma kemudian bekerja kembali & kini degree uitm sambil bekerja part time. sekiranya saya ikut ckp ayah dari mula dulu, mst sekarang saya sudah menamatkan pelajaran & bekerja dgn gaji lumayan seperti adik beradik lain. sayangnya saya tidak nampak apa yg ayah cuba sampaikan. yg saya tahu hanya merungut & memberontak. syukurlah kini saya sudah sedari kesilapan saya walaupun agak lambat. syukurlah masih sempat utk saya betulkan.

ayah mendapat ijazah dlm bidang sains politik ketika usianya 35 iaitu ketika ibu mengandungkan saya. ayah membesar di majidee, JB di mana kawan2 yg sebaya dgnnya ramai yg telah mati kerana menagih dadah. ayah juga bkn berasal dari keluarga kaya. maka tiada alasan utk saya tidak melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah ketika usia 24 - usia yg blh dikira muda.

baru kini saya betul2 faham apa yg ayah inginkan, apa maksud tersirat ayah yg sgt sukar utk saya faham ketika remaja. baru saya faham mengapa ayah pentingkan pelajaran, mengapa ayah tidak pernah mewahkan saya. semua itu utk kebaikan saya, bknnya org lain. ayah mengajar saya berusaha utk mendapatkan sesuatu & tidak menyalahkan org lain. ayah mengajar saya survive. kini saya sudah tahu cara2 mencari rezeki secara halal. sudah mampu berfikir logik & menghadapi tekanan. sudah bersedia bertarung dgn dugaan hidup sebenar. saya sudah faham bahawa segala kegagalan yg saya temui sebelum ini adalah dtg dari diri sendiri, bkn org lain. saya tidak menyalahkan org lain lagi. saya sudah tahu ada turun naiknya hidup ini - jgn lupa diri. bukannya ayah tidak mewahkan saya sebenarnya. cuma saya yg rasa tidak cukup & tidak bersyukur. kini saya sudah tahu apa tujuan sebenar saya hidup. ayah juga telah mengajar saya adab bertutur, menguruskan kewangan, merancang, & juga cara menangani masalah tanpa saya sedari. ayah yg ajar semua ini. ini sebabnya mengapa saya meletakkan ayah sebagai yg tertinggi dlm hidup saya. ini sebabnya mengapa tiada toleransi sekiranya maruah ayah saya dipermain2kan.

ayah pula sudah tua, tidak segarang dulu. ayah tidak boleh marah, sekiranya marah ayah akan sakit. dulu ayah sgt sibuk dgn kerjayanya tp sekarang sudah bersara. ayah bekerja sgt gigih spjg hidupnya utk menyara saya & ahli keluarga lain. hasilnya? saya hari ini. walaupun masih belum berjaya, pengalaman yg ayah berikan mengajar saya erti hidup. ayah selalu keluar/masuk hospital sekarang ini. setiap kali dimasukkan ke hospital, jantung saya seperti ingin gugur. saya sgt bimbang. ayah tidak akan kembali muda seperti dulu. tidak lagi segirang & seaktif 10 tahun dulu. kedut di muka tidak akan hilang. wajah ayah tidak akan kembali seperti tahun 90an. saya tidak mampu memudakan ayah kembali.

mungkin saya & ayah ada persamaan
dari segi gaya, rupa, tabiat & pemikiran, tp saya tidak tahu mampukah saya buat apa yg ayah telah buat. saya juga tidak tahu mampukah saya balas kembali jasa2nya.


.............................



semoga kesihatan ayah & ibu terpelihara.




p/s : ada sebab mengapa rama2 harus bersusah payah keluar dari kepompong utk terbang. sekiranya dibantu ia akan mati.