Tuesday, December 15, 2009

RM1.70 Sejam

"bang! tengok belah kili!!"

POM!!

"tq"..balas saya kepada seorang anak cina berusia lingkungan 11 tahun. kemudian tanpa disedari saya termerenung anak cina tadi.

anak cina : kenapa?

saya: xde pape.

kami pun terus bermain counter strike bersama di cybercafe berdekatan rmh yg keluarga saya baru diami di jb.

p/s: masa aku 11 taun dlu xde pun berkwn ng org 25 taun. :(

Wednesday, December 9, 2009

Pengajaran

ekceli ade beberapa post yg saya dah taip kat pc kat jhr tp malangnya kat sana tiada intenet n post2 tu blom sempat diupload. xpela, terlanjur seorang diri di shah alam ni biar saya isi sedikit blog ini dgn beberapa kisah memandangkan blog ini telah lama menyepi.

ok, mari kita kembali ke seminggu yg lalu. untuk makluman tuan2 dan puan2, komuter dari seremban menuju ke KL sentral TIDAK sama sekali melalui tampin & gemas. secara xdisangka saya telah mengenali lebih kurang 10 org pantai timur pada malam itu. pengajarannya ialah : xpayah buat2 cool bile xtau naik ketapi. ok tu je. simple. saya xnak citer byk. org kata biar byk melancap jgn byk cakap.

pengajaran seterusnya. kita kembali pula ke 2 minggu yg lalu - mlm raya haji. saya seorang diri dari kl menuju pulang ke kampung halaman seperti kebanyakan org lain. saya menuju ke jb. bertolak pada pukul 10.30 mlm dan jem bermula pkl 11 hingga 1.15 pagi. jem berakhir sejurus selepas susur ke seremban. saya berhenti berehat di restoran jejantas air keroh & kembali meneruskan perjalanan tidak lama selepas itu. saya begitu ghairah utk smp ke rmh & tidur dgn enaknya. tiba2 bateri henpon saya mati tidak jauh selepas meninggalkan restoran jejantas tadi. petanda tidak baik.

nak dijadikan cerita, tiba2 temperature kereta naik mendadak ke tahap merah. waktu itu pukul 2.45 pagi. cemas, saya terus berhenti di tepi highway berdekatan mesin S.O.S.

"HELO?! HELO?! HELO?!...".

tidak berjawab. keadaan menjadi tidak terurus. saya tidak tahu di mana saya berada kerana khayal ketika memandu tadi. lampu hazard pula rosak. berhenti di tepi highway tambahan pula pada waktu gelap begitu adalah amat tidak selamat. setelah kira2 20 minit berhenti saya nekad utk meneruskan perjalanan. saya tahu tiada siapa yg akan berhenti menolong memandangkan punggung saya tidak cukup cantik. kereta terus berjalan walaupun temperature tetap tinggi. langsung tidak melegakan.

sampai ke S.O.S seterusnya saya berhenti lagi & perkara sama berlaku. kali ini lbh kurang 1/2 jam. bila tiada kenderaan lalu keadaan jadi sunyi sesunyi2nya & gelap gelita. jam menunjukkan lbh kurg pukul 3.45 pagi. hantu? huwoh!! takut la jugak. perogol?? lagi la aku takut!! saya kembali meneruskan perjalanan dgn harapan utk jmp mana2 hentian atau setidak2nya nampak signboard & tahu di mana saya berada.

saya meneruskan lagi perjalanan dan syukurla... dalam 2km selepas itu saya ternampak signboard "HENTIAN YONGPENG 5KM".

sampai saja di hentian kereta terus mati dan meluncur terus ke tempat parking. huuuuu....nasib baik. di hentian saya terus caj henpon & call abang saya yg kebetulan berada di rmh mertua di batu pahat. beberapa minit selepas itu tow truck peronda sampai & saya berkenalan dgn 2 abg polis bantuan yg pada mulanya garang dan berubah jadi baik. mereka menarik kereta saya sampai ke plaza tol tp ramai pula makhluk penarik kereta yg menunggu di sana dgn wajah wang ringgit.

mujurlah dlm ramai2 mamat tu salah seorang drpnya kwn saya sesekolah dlu. dia hanya mengenakan caj rm80 utk membawa kereta saya dari plaza tol yongpeng ke batu pahat yg memakan masa kira2 1/2jam itu. kalau org lain ntah baper ratus dah ye? sampai ke rumah mertua abg kira2 pkl 6 pagi & bgn 7 pagi utk sembahyang raya.

pulang dari sembahyang raya, makan & bergegas pulang ke jb utk bertemu ibu bapa tercinta.


pengajaran :
  • elakkan berjalan jauh seorang diri pada waktu malam lebih2 lagi sekiranya kereta anda berusia lebih 10 tahun.
  • pastikan bateri henpon dicaj secukupnya sblm memulakan perjalanan. paling baik jika sediakan charger dlm kereta.
  • check btl2 kondisi kereta sblum berjln jauh. pastikan anda telah check minyak hitam, air, tayar spare.
  • ilmu design atau martial art tidak dapat membantu membetulkan kereta yg rosak
  • jgn sombong dgn org wlupun pada waktu ini org itu tidak ada kepentingan bg anda. mamat towtruck td adalah kwn ketika saya sekolah rendah.
  • jgn degil cakap mak bapak. ayah suruh saya blk naik bas tp saya degil.

*kereta saya mengalami beberapa kerosakan & kos membetulkan hampir rm700


p/s : polis bantuan berkata sebenarnya mesin S.O.S tadi tidak rosak. cuma audio outnya tidak berfungsi. org2 PLUS blh mendengar kata2 (+makian) saya. jgn berhenti berharap ye kwn2