Saturday, February 6, 2010

Give Up

akhirnya saya terpaksa akur bahawa beberapa cita2 sejak kecil terpaksa dilupakan memandangkan saya membesar dgn cara begini. saya perlu akur bahawa saya tidak berbakat dalam byk hal antaranya:

mendeko bilik
wlupun rmh baru saya tenang & tidak panas, tapi sesi mendrill yg masuk fasa ke-6 dianggap gagal. meja pc senget, lampu tengkuk ikea
® semakin menunduk, dinding pecah2. ah! tido lagi sedap!

membetulkan motor
lebih 3 tahun lalu, motor nyamuk saya adalah antara mesin yg paling bertuah di sekitar KL. saya terlalu sayangkannya sehingga terasa ingin parking motor di atas tilam & saya tidur di laman luar. sekiranya kwn pinjam tp xkunci tayar boleh mendatangkan pertelingkahan serius. begitulah kasih sayang seorang pemilik motor baru. tp malangnya kasih syg itu tidak lama.

nak dijadikan cerita, pada suatu hari motor kesayangan terpaksa ditolak dlm hujan lebat akibat minyak abes kerana meter minyaknya rosak hanya selepas 2minggu dibeli. akibat dari peristiwa itu saya & adt berkenalan dgn 2org awek yg eksiden keta terpusing2 selepas melanggar lecak kat MRR2 sekitar kepong kerana khayal memandang kelibat kami menolak motor dlm keadaan basah. ini cerita betul.

adt sudah berkahwin dgn salah seorang dari awek itu. ini pulak cerita tipu. tp kami sempat bertukar2 nombor & berbalas2 sms utk masa yg lama..hehe.

tapi hari ini semuanya telah berubah. motor saya sudah tidak laju & berkilat spt dlu. cover depannya pecah2. setiap kali orang menegur kenapa ia pecah, skrip jwpn yg akan keluar ialah
"tu la...baru2 ni tersondol motor lain. kat mane nak carik kaverset baru ar?"
mujurlah orang itu tidak tahu bahawa coverset itu sudah pecah selama 2 tahun.

motor ini beban & juga kepentingan. klu bkn sbb naik keta masalahnya parking atau trafik jam, mmg dah lama saya jadikan motor ini sculpture. saya menulis blog ini sejurus selepas gagal membuka skru coverset motor. klu sepak je mesti boleh tanggal kan?

melukis dgn cantik
pada tahun 1991, cikgu pernah tanya apakah cita2 saya.

jawapan saya "peeeeluuukisssss!"

pada tahun 2010 kalau la cikgu itu masih hidup & melihat lukisan saya, beliau pasti berkata :

"
peeeeluuukisssss punggkokkk hanggg!"


membetulkan peralatan elektrik
semangat luar biasa saya utk membetulkan speaker dgn membeli peralatan mematri barangan elektrik seperti solder, solder gun, solder, gam & juga solder (sengaja diulang kerana tlh membeli byk kali) adalah sangat mengkagumkan. tapi moralnya harus diteladani. kalau dah xreti tu hantar kedai je kan senang. xpun beli je speaker baru. akibat kekurangan ilmu kerana tidak menumpukan perhatian ketika belajar elektrik ketika di sekolah dahulu, speaker kesayangan saya kini berjaya menjadi meja tv. bravo!

mlm ini adalah mlm minggu ke-6 2010. spt biasa, tidak ke mana2. duduk seorang diri di rumah spt mlm2 minggu yg lain. ok lah. aku nak buat tesis. bai2!!

12 comments:

D E M O N said...

hahaha...kisah tolak motor tu aku xpenah pulak tau..rare siot~orang kata usaha tangga kejayaan ajid..jangan putus asa!!

MinTy said...

like

Anonymous said...

motor ajid antara yg terfames di area sek 7..
sape x kenal bunyi motor ajid...mmg gempaks tahap impak maksima....

Anonymous said...

xpe, nnti aku tolong realisasikan impian ko untuk deco bilik. i lef u.

alkapon said...

demon : sume benda aku dah citer kat kau cuma pasal tolak motor tu je aku lupe. xcaya tanye adt

minty : tenkyu

anonymous 7/2: kau acap kan? tp motor aku xblh menang ng motor the punisher..haha

hajaribrohim : yeayh! tq mama! xsabar nak bakar sampah n tanam pokok ubi kat dlm bilik ni. alang2 mama deco nak tlg kemas

Anonymous said...

haha! baik, nnti aku dtg. teringat masa aku kemas bilik lama kau, aku jumpa semua barang2 yg kau cari xjumpa selama ni :))

sayer said...

wakaka.. kan dah ckp.. anto kedai jer speaker tuh.. rm1 - rm2 je..
ko bukan terer ke deco bilik dgn mug yang berisi mikrooragnisma pelik.. tak caye tanya ayah..

suzy D said...

aja mmg mama yg sgt bebudi...
ajid, dlm bilik takleh bkr smpah..amaln membakar smpah kurang mulia..
kesian moto nyamuk....die da la byk bejase...

fuse.that.talks said...

motor dah abis bayar blom? hahahah

boo!! said...

pungkok hang!!!!!!!!!!!!!!!!!

alienbiru said...

haha..lama aku x baca lawak yg mcm ni..best2..

Anonymous said...

Hello. And Bye.