Saturday, December 27, 2008

www.alkapon.net








hey! ...blom siap lagi. penat tau!


untuk view full website sila klik sini

Tuesday, December 23, 2008

3 Tahun Lepas

berikut adalah post yg saya tulis hampir 3 tahun lalu. saya xtau anda suke ke x. klu dah baca xpyh baca lagi. :

saya seorang yg cantik & pandai menyanyi. saya suke pink tapi saya seorang yg hipokrit. suke mengumpat dan bermuka2. suke berckp besar dpn bdk2. seorang yg seksi tetapi tidak suka melucah. banyak makan xbyk buat keje. tapi saya kurus. masa form 4 saya kurus. ayah saya seorang yg baik lebih2 lagi bile saya xde duit. mak saya suke bg saya makan. dulu saya ade seekor kucing, nama dia bisu. bisu tidak pndai bercakap & dia seekor gay. dia pernah kantul tgh bermukah dgn seekor kucing janda. saya rasa marah sbb mereka sama2 jantan. masa saya darjah 4 ayah kata saya pandai tp bile dah form 4 ayah kta saya bodoh. tp saya tau saya pandai. ketika belasan tahun saya sudah pandai mencuri buah kelapa jiran walaupun cikgu x ajar. tapi saya dah bertaubat. saya xcurik buah kelapa lagi tp saya curik2 tgk pompuan mandi. tapi saya dah bertaubat gak. saya menjadik org baik dgn cara berjoging & meluangkan masa di kafe siber. itu sebabnya saya malas nak pegi sekolah. ketika kanak2, cita2 saya ialah utk menjadi askar, pelukis, penyanyi, pelakon, kastam, polis, cikgu, arkitek, saintis, angkasawan, & juga perdana menteri. tetapi bila besar saya jadik sampah. saya tidak menyalahkan diri sendiri tetapi saya menyalahkan cikgu. cikgu pernah menampar saya di depan awek2 ketika saya form 5. terima kasih cikgu, kerana penampar cikgu tu lah kini badan saya jadik sedikit gemuk. tapi masih kacak. sehingga kini saya teringin sgt berjumpa cikgu tersebut & tampar muke dia balik. saya suke tgk pompuan, pegang pun suke. terlebih dahulu ingin saya mohon maaf kepada pompuan2 kat dunia ni sbb amat sukar bagi saya utk tidak melihat buah dada pompuan bila berbual sbb sy tau mereka pun memandang buah dada saya ketika berbual & yg plg penting, saya sedia memaafkan mereka dgn cara membalas pandangan ke arah buah dada mereka. eh ape gua bebual nih??? apepun persepsi anda tentang saya, saya xkisah. saya nak tido ni. boleh diam x?

_____

ok, sekarang anda benci saya x?


Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

raya haji kali ini saya tidak dpt pulang ke kampung wlupun saya telah byk kali memberitahu ayah & ibu bhw saya akan pulang beraya bersama. saya perlukan wang. saya perlu bertanggungjawab terhadap kerja yg sedang saya lakukan sekarang ini. ye, saya rasa betul2 bersemangat bekerja di sini. terima kasih kepada semua abg2 team members yg best2 & sgt murah hati. terima kasih juga kpd geng2 jahat yg xjemu2 kidnap gua bwk g makan. i luv u braderrr. sile cium.



sedih. tp saya janji utk pulang bila berkesempatan dlm masa terdekat ini. dalam hidup ni saya memilih utk tidak merungut. saya tidak suka merungut sbb saya percaya setiap dugaan yg saya tempuhi ada maksud tersiratnya. eh xblh citer pjg ni. klu ikutkan hati byk lagi nak ditulis ni tp jam dah pkl 7.55 pagi. org sebok pegi sembahyang raya tp kerja kat opis melambak2 lagi ni.


k la, selamat hari raya aidiladha. saya rindu sama mama n papa n nabil n nabila....n.....si tetek
(si tetek tidak bermaksud sesiapa. saya cuma mahu tahu siapa yg akan terasa bhw dia lah 'si tetek' tersebut. hwaheheh)

Tuesday, November 25, 2008

Program Anak Angkat

post kali ni agak kurang bermoral & hampir tiada hala tuju. sila baca klu sudi & maki klu sudi jgk.

tension dgn rutin harian? saya pun.
saya sedang dalam program anak angkat di sri kembangan. terima kasih che an kerana sudi menjadi bapak angkat saya (semoga kau xhalau aku). dah masuk hari ke5 saya di sini. wlupun tv rosak, duit xbyk, transport xde, hp kena barred, xbyk awek, kwn xde - cuma ade che an, tu pun dia pg keje, kedai jauh, beruk kambing beruang semua xde, ape pun xde.

sri kembangan (SK) adalah sebuah bandar terletak berhampiran serdang. saya menumpang di sini, xbayar ape pun. cuma belikan ubat gigi, kacang & kopi tp saya dah habiskan megi, sabun mandi, 3in1, beras, telur & juga jem tanpatuan di dlm peti ais.

saya pun xtau kenapa saya ke sini sedangkan saya ada rmh sewa di shah alam. di sana ada teman, transport & semua keperluan harian saya. saya mencari sesuatu yg unknown. saya tidak tahu sehinggalah saya laluinya sendiri.

bila tv rosak - xpe, klu ade pun saya xkan bukak.
bila duit xbyk - xpe, tba2 saya pandai masak. ape2 je la asalkan kenyang.
bila transport xde - xpe, saya jln kaki wlupun xtau nak ke mana. boleh kurus
bila hp kena barred - ha yg ni boring, tp xpe, klu ade pun bknnye ade skandal nak bersms.
bila xbyk awek - boring
bila kwn xde - xseronok, tp xpe, lps ni blh saya berkenal2an dgn pak guard
bila kedai jauh - xpe, duit pun xde, ape ade hal?


terima kasih kpd kwn2 yg sudi dtg, yg ckp nak dtg tp xdtg tu suck my kon la lu mat!! tp xpe, gua paham msg2 bz. tp suck my kon gak la!! murghkahkah!! apepun, terima kasih kepada semua yg terlibat dlm program anak angkat ni.

saya ambil peluang utk tinggal di sini sbg 1 cabaran. & saya temui sesuatu yg agak lama saya tidak jumpa.


ya, saya temui sesuatu




~~ KETENANGAN ~~



dah lama xrasa tenang sebegini. serius xtipu.


lepas ni saya nak basuh baju


...


...


...


lepas tu nak jilat dinding


...


...


lepas tu makan ular


...


hoh! tenangnya!!





p/s : sebenarnya bkn program anak angkat. cuma guna konsep sama.

(haihh..ade org tu ckp nak dtg merantau sama. penat je gua carik mcm2 cara nak dptkan transport utk amek dia. bila dah dpt, dia g ikut mmber dia g check gigi pulak. xpela, jmp sem dpn. gua dah tawar hati)

Monday, November 10, 2008

Saya Lelaki Sejati

entri kali ni mungkin agak kontroversi memandangkan saya bakal berhadapan dgn berbagai2 tentangan dari kaum bertentangan. tapi saya beranikan diri. bg saya apa yg ingin saya tulis ini tulus, bukan berniat utk menyebar kebencian tp utk menyampaikan apa yg saya faham & fikir (baca tagline blog). nak kondem? sila & jgn takut. saya berani menulis, xsalah sekiranya anda berani menyalahkan saya sekiranya saya salah.

utk pengetahuan semua, post ini berkisar tentang sikap KEBANYAKAN perempuan & lelaki sebangsa saya. ini bermakna bkn semua. saya percaya perenggan ini bakal menyelamatkan saya.

kenapa lelaki sgt jarang bersuara memperjuangkan hak kaum sejantinanya sedangkan kempen yg sama seringkali ditimbulkan oleh kaum bertentangan? ya, kaum bertentangan lelaki ialah wanita, bkn kaum gay ye. gay ialah kaum yg harus ditentang. entri kali ni berkisar tentang LELAKI SEJATI & PEREMPUAN SEJATI. tiada istilah lelaki separuh perempuan atau sebaliknya di sini.

saya sering didengarkan dgn luahan hati para gadis tentang masalah teman lelaki. ada juga yg meluahkan masalahnya dgn teman lelaki yg jika dilihat gambarnya pun, anda blh agak bagaimana sifat sebenar lelaki itu. persoalannya kenapa dia memilih lelaki sebegitu?

antara alasan2 knp dia memilih lelaki tersebut :
1. terharu sbb dia sanggup berkorban/dtg dr jauh utk berjumpa
2. lelaki itu byk menolong
3. kacak, ramai merebut lelaki itu
4. dah kenal lama
5. dia byk membimbing ke arah kebaikan
6. ada kereta mewah tp itu bkn alasan (tp sbnrnya itulah alasan)
7. ibu bapa dah kenal

ini pula antara alasan2 kenapa kemudiannya perempuan itu berkata dia benci lelaki tersebut:
1. bila jmp kwn, awek dia lupakan
2. kwn mintak tlg blh tlg tp awek mintak tlg ade je alasan, masa baru kenal dulu x
3. asik2 ade je org sms bila tgh dating
4. dah lama kenal & kini bosan dgn sikapnya
5. dia penipu & suke mempermainkan perasaan perempuan
6. kereta pinjam je rupanya, babi punye jantan!
7. ibu bapanya tidak restu

tp mereka tidak menyedari bahawa :
1. lelaki tidak blh hidup jika tiada kawan, perempuan pula tidak boleh hidup jika tidak bergaduh dgn kwn, sekurang2nya setahun sekali. saya tipu? fikirlah balik.
2. dia tlg kwn sbb kwn2 byk tlg dia. kau? penah tlg? yeahh ade..tlg batin. dah tuhan kata haram kenapa kau buat?
3. dah tau pakwe tu rebutan rmi, kenapa xjaga? tp bila jaga melebih2 pulak.
4. kau xfikir pulak dah berapa lama lelaki tu tahan dgn sikap kau
5. knp kau percaya? lelaki akan menjadi sebaik2 manusia bila ingin melamar gadis. xbaca majalah remaja ke?
6. sbb kau nak kereta, bkn nak dia
7. sbb kau xhormat mak bapak dia mmg la xdpt restu, lagi mau buat citer hindustan.

sabar, saya cuba memperindahkan ayat saya supaya tiada gadis yg akan membenci saya selepas membaca post ini. baca sampai habis. maafkan saya sekiranya kasar. betulkan kalau salah, jgn emosional....yeahhh!!...gudgurl.

ok sambung.

saya tidak faham kenapa wanita selalu menyalahkan lelaki kerana tidak peka dgn sifat sensitif kaum hawa? sedangkan wanita juga selalu menyalahkan lelaki kerana ego.

kenapa lelaki dipersalahkan sekiranya terlupa bahawa perempuan sgt sensitif dlm byk perkara termasuk hal2 remeh sedangkan perempuan tidak faham bahawa lelaki tidak suka melayan hal2 remeh.

saya ada contoh mudah : lelaki tidak kisah dipanggil JANTAN tetapi perempuan amat marah jika dipanggil BETINA. sebabnya?

sayer pown tuck fuh-ham kenaper perempuan suker tulish beginie. ya, maksud saya menulis dgn ejaan mcm tu - ejaan diubah kecuali pada perkataan perempuan. betul x?

saya telah temui ramai kenalan perempuan. berbagai2 rupa paras. ada yg gemuk, hitam, pendek, berjerawat, kurus, cerah, tinggi & gebu tapi tiada yg buruk. mereka dtg & pergi. masing2 punyai masalah yg bermacam ragam. ada juga bercerita tentang masalah teman2nya selain masalah sendiri. ada juga yg mengadu kepada teman2nya tentang masalahnya dgn saya tapi saya tidak kisah. saya selalu punyai jwpn yg sama bila ditanya soalan berkaitan teman lelaki tapi saya selalu tidak tergamak utk menjawab - sbb perempuan sgt sensitif. bila terasa mereka akan menangis. bila menangis mereka akan membawa hati yg lara. bila hati sudah lara mereka akan igt smp mati. mereka tidak akan memaafkan saya lagi & menyamakan saya dgn teman lelakinya yg xberguna tu. maka saya pun terpaksa memberi jwpn penyedap hati spt :

1. dia sibuk kot
2. bkn xnak tlg, dia sibuk tu
3. dia tgh sibuk tu sbb tu la asik lyn sms, mayb dr org ofis
4. klu dia xsibuk nnt kau bosan pulak asik lyn dia je
5. dia sibuk la, tak tipu!
6. dia sibuk tu carik duit nak beli kereta
7. mak bapak dia sibuk

TAPI sekiranya keadaan ini diterbalikkan - lelaki tanya soalan sama kpd teman tentang masalahnya dgn teman wanita, jwpn yg akan diterima ialah :

1. dia kan pompuan, kena la luangkan masa ng kwn2 pompuan jgk kdg2
2. kau ni lembik! xkan xblh buat sendiri, nak kena pompuan tlg jgk ke?
3. dah kau xsms dia, dia lyn la sms org lain (padahal tgh dating)
4. kau kena faham, dia tu cpt bosan
5. eh kau ni?! xkan la dia nak tipu kau!
6. kau kan xde keta. sedar la diri tu sikit!
7. mak bapak dia pun tau kau xde keta kan?

ok cukup. marah kaum perempuan nnt. saya tidak sanggup dipukul oleh wanita. sbb masa dipukul nnt mst iman saya goyah dan cuba meraba payudaranya dgn alasan mempertahankan diri. syukurlah belum pernah ada perempuan yg ingin memukul saya. tolong la jgn pukul!

semua org tahu bahawa lelaki sgt mudah tewas dgn godaan wanita. tidak percaya? cuba telanjang sekarang (tapi klu kau ni jantan aku tumbok muke kau!). lelaki gila mana yg hanya akan teruskan menulis blog sekiranya tiba2 ada perempuan berbogel di sebelahnya?

itu sebabnya kenapa lelaki sanggup membuat apa saja demi mendapatkan wanita. kalau perlu berlakon, mereka berlakon. kalau perlu meminjam, mereka meminjam. itu pun pengorbanan jugak kan? kalau mak bapak dah kenal lagi bagus. sbb wanita akan lebih menyayangi lelaki bila sudah diperkenalkan dgn ibu bapa. ya, mmg berkat hubungan sekiranya ibu bapa restu. maka ini akan menjadi jwpn paling cliche bila ditanya kenapa gadis itu sgt sedih bila ditinggalkan oleh sang lelaki. & ini juga seolah menjadi perkara wajib bg lelaki utk membuatkan perempuan syg.

lelaki juga lebih cenderung & suka berckp besar jika dibandingkan dgn perempuan. lelaki lebih suka bermegah2 tentang harta benda yg ada di depan perempuan, suka menunjukkan yg dirinya gagah & berpengaruh. suka menunjukkan yg dirinya hebat. klu mat rempit? kena champion. klu mat kereta? kena pasang turbo sana sini wlupun xde duit. klu mat bola? kena score 7-8 bijik tiap2 kali atas padang wlupun terpaksa hisap ganja sblm main bola - baru sun. sebabnya?

perempuan.

baik ke tidak sikap2 tu?

tidak

kalau xbaik kenapa lelaki buat macam tu?

sebab nak perempuan.


perempuan pula selalu cuba menjadi unik. cuba menjadi lain daripada yg lain. sbg contoh mereker akan tulish beginie....yerr camnie lar. alarr! camnie larh! yunk eja 'yang' jadik 'yunk', 'macam ni' jadik 'camnie' nieh! aper kutok2?!! bior arh! style akue tulish memunk camnie! sukati lar!! maka bila ramai sgt perempuan yg cuba menjadi unik, susah nak cari yg xunik kan?

perempuan juga selalu meluahkan isi hatinya melalui penulisan - hampir dimana2 saja! kalau xpercaya cuba tgk ym atau myspace anda sekarang. baca status para gadis di dlm frenlist. ada x yg menulis ala2 "haruskah aku menerima cintanya kembali?" atau "harinie demam, tp cedey hubby xder". klu xde bermakna kwn2 ym/myspace anda tidak ramai. sila tambah lagi. perempuan suka meluahkan isi hatinya melalui bermacam2 cara. sbb apa mereka jadi mcm tu?

lelaki.

baik ke tidak sikap tu?

ntah. meluat aku tgk ade la.

klu meluat kenapa ramai yg buat?

ntah. aku bukan pompuan.

sebenarnya tiada siapa yg perlu disalahkan sekiranya kita tahu di mana baik buruknya pasangan & kenapa kita memilihnya. ketahui dahulu muslihat mereka. sebab paras rupa? seks? sebab harta benda? atau sebab kita ditipu. sebab itulah saya tidak menyokong cinta pandang pertama. saya tidak menyalahkan anda sekiranya anda menyokong, masing2 punya pendapat masing2 & ini pendapat saya. dulu saya pun memilih utk xberbicara hal2 berkaitan cintan cintun ni tapi xsangka sekarang saya tgh tulis..heheh. malu2.

saya cadangkan anda berhati2 bila memilih pasangan, jgn terpedaya dgn harta benda atau kata2nya saja. kenali dulu supaya bln dpn anda xperlu kembali mencari teman lama yg anda lupakan semenjak jmp kekasih baru & mengadu masalah. bkn xblh, tp jgnlah seawal bln dpn. bagi perempuan, hati2 dgn lelaki lebih2 lagi sekiranya anda mempunyai buah dada yg besar. bagi lelaki, hati2 dgn diri sendiri. pastikan apa sebab perempuan jatuh hati. pastikan anda lebih berguna dari kereta anda.


selamat bercinta! & jgn beromen ye adik2.

Tuesday, November 4, 2008

Ayahanda

saya seringkali merasakan saya sama seperti ayah. sama dari segi gaya, rupa, tabiat & pemikiran - wlupun mungkin ayah tidak mengaku (hihihi...tersipu2)

1991-1996

saya dibesarkan dari keluarga yg tidak kaya & tidak pula miskin. saya percaya ketika sekolah saya bkn anak harapan kebanyakan ibu bapa. memang mulanya saya dibayangkan sbg seorang pelajar pintar. saya igt lagi betapa bangganya ayah & ibu bercerita tentang pelajaran saya di depan kawan2 & saudara. saya rasa bangga dilahirkan cerdik, bangga kerana punyai abg & kakak yg berjaya dlm pelajaran.

tapi saya tidak pernah dimewahkan - darjah 1 bawa 20sen. permainan ketika kanak2? sgt sedikit jika dibandingkan dgn kwn2 lain. tamiya? x, diamond je..(lelaki2 baya aku mst tau).


1997-2001
bila meningkat remaja, pelajaran saya merosot serosot2nya. saya berubah menjadi sangat teruk - merokok, menipu, ponteng, begaduh & mencuri (& lain2 yg tidak bagus utk diberitahu). saya masuk ke sekolah teknik mempelajari kejuruteraan elektrik atas nasihat kakak kerana ingin menjadi 'programmer'. saya tidak berminat dgn apa yg saya pilih tp saya terpaksa. saya benci sekolah. saya benci cikgu. beberapa kali ditukarkan sekolah kononnya sekolah itu tidak sesuai dgn saya. sebenarnya saya yg mengada2. saya salahkan kakak. klu bkn sbb kakak mst saya masih pandai.

saya punyai seorang ayah yg sgt tegas dlm pelajaran anak2. hidup zaman sekolah menengah saya sgt terkongkong. saya tidak dibenarkan ke bandar sepjg tahun PMR & juga SPM. maka saya pun menipu. ayah hantar saya ke tuisyen tp saya melepak di bus stand/summit parade. klu pegi tuisyen pun semata2 ingin berjumpa awek2 dari sekolah TIGS/convent yg cantik2 (pd mata saya). ayah belikan buku tp buku tu saya gunakan utk lukis gambar eminem, tupac shakur & juga muka cikgu. ayah hantar ke sekolah kemudian saya lari. saya tidak mahu sekolah, saya tidak mahu belajar. kenapa ayah mesti paksa saya? saya buat begitu biar ayah tahu yg saya tidak suka cara dia mendidik saya.


2001-2002
selepas SPM saya bekerja di McDonald's. saya amat komited dgn kerjaya saya ketika itu. keje mcd best - byk awek. tp gaji saya hanya rm300-400 sbulan. apa yg saya fikir ketika itu pun saya tidak tahu.

ayah kurang senang dgn kerjaya saya wlupun saya sgt suka dgn kerja yg gaji begitu. tanpa pengetahuan saya ayah belikan borang politeknik. politeknik tu apa sebenarnya? mcm poliklinik jgk ke? blh jadik doktor ke?? borang UPU? ada juga tp isinya dibuang & sampulnya digunakan utk menyimpan surat2 cinta mirc/ICQ & juga surat 'kawan2' tusyen. saya isi borang politeknik tanpa rela hati. mengapa saya harus sambung belajar sedangkan saya sgt gembira dgn kerjaya saya? saya sudah ada duit sendiri. kenapa mesti ubah hidup saya?

saya memohon bidang IT, kemudiannya saya tukar pilihan ke SIJIL REKABENTUK GRAFIK sbb bunyik macam best. grafik tu apa? saya xtau. sementara menunggu tawaran saya teruskan kerja sebagai pembuat burger yg gembira. saya memohon politeknik pun sbb nak jaga hati ayah. saya berharap agar xdpt sbb saya nak keje mcd smp mati.

result SPM keluar & result saya mcm sampah. ayah sgt hampa tp saya sgt gembira & berpura2 kecewa - blh keje mcd smp mati! saya tidak menyalahkan diri sendiri tetapi saya salahkan ayah yg sgt tegas. saya menduduki spm dgn sambil lewa. result itu adalah tanda protes saya atas ketegasan ayah. saya juga menyalahkan ayah kerana saya jarang dimewahkan seperti kwn2 lain sedangkan saya tahu ayah mampu. selain ayah, saya juga menyalahkan cikgu & juga kakak. nak salahkan diri sendiri? jgn harap! hari result keluar ayah memarahi saya dgn teruk - mungkin yg plg teruk dlm sejarah hidup. tapi telinga sudah lali. yg membuatkan kemarahan itu nampak teruk bila ada 1 ayat ayah yg amat menakutkan saya ketika itu :


"AYAH XKAN HALALKAN HIDUP KAU SELAGI KAU XDPT SEKURANG2NYA DIPLOMA!"

sebenarnya saya tidak faham sgt apa maksud ayah ketika itu tetapi saya rasa ayat itu menakutkan.

kemudian saya diterima utk belajar sijil di politeknik. saya pergi dgn berat hati. ayah & ibu tidak bercerita tentang saya lagi di depan kawan2 & saudara mara. mereka malu.




.....................................

2008
sekarang sudah bertahun2 saya belajar & bekerja dlm bidang grafik - sijil, kemudian bekerja, kemudian diploma kemudian bekerja kembali & kini degree uitm sambil bekerja part time. sekiranya saya ikut ckp ayah dari mula dulu, mst sekarang saya sudah menamatkan pelajaran & bekerja dgn gaji lumayan seperti adik beradik lain. sayangnya saya tidak nampak apa yg ayah cuba sampaikan. yg saya tahu hanya merungut & memberontak. syukurlah kini saya sudah sedari kesilapan saya walaupun agak lambat. syukurlah masih sempat utk saya betulkan.

ayah mendapat ijazah dlm bidang sains politik ketika usianya 35 iaitu ketika ibu mengandungkan saya. ayah membesar di majidee, JB di mana kawan2 yg sebaya dgnnya ramai yg telah mati kerana menagih dadah. ayah juga bkn berasal dari keluarga kaya. maka tiada alasan utk saya tidak melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah ketika usia 24 - usia yg blh dikira muda.

baru kini saya betul2 faham apa yg ayah inginkan, apa maksud tersirat ayah yg sgt sukar utk saya faham ketika remaja. baru saya faham mengapa ayah pentingkan pelajaran, mengapa ayah tidak pernah mewahkan saya. semua itu utk kebaikan saya, bknnya org lain. ayah mengajar saya berusaha utk mendapatkan sesuatu & tidak menyalahkan org lain. ayah mengajar saya survive. kini saya sudah tahu cara2 mencari rezeki secara halal. sudah mampu berfikir logik & menghadapi tekanan. sudah bersedia bertarung dgn dugaan hidup sebenar. saya sudah faham bahawa segala kegagalan yg saya temui sebelum ini adalah dtg dari diri sendiri, bkn org lain. saya tidak menyalahkan org lain lagi. saya sudah tahu ada turun naiknya hidup ini - jgn lupa diri. bukannya ayah tidak mewahkan saya sebenarnya. cuma saya yg rasa tidak cukup & tidak bersyukur. kini saya sudah tahu apa tujuan sebenar saya hidup. ayah juga telah mengajar saya adab bertutur, menguruskan kewangan, merancang, & juga cara menangani masalah tanpa saya sedari. ayah yg ajar semua ini. ini sebabnya mengapa saya meletakkan ayah sebagai yg tertinggi dlm hidup saya. ini sebabnya mengapa tiada toleransi sekiranya maruah ayah saya dipermain2kan.

ayah pula sudah tua, tidak segarang dulu. ayah tidak boleh marah, sekiranya marah ayah akan sakit. dulu ayah sgt sibuk dgn kerjayanya tp sekarang sudah bersara. ayah bekerja sgt gigih spjg hidupnya utk menyara saya & ahli keluarga lain. hasilnya? saya hari ini. walaupun masih belum berjaya, pengalaman yg ayah berikan mengajar saya erti hidup. ayah selalu keluar/masuk hospital sekarang ini. setiap kali dimasukkan ke hospital, jantung saya seperti ingin gugur. saya sgt bimbang. ayah tidak akan kembali muda seperti dulu. tidak lagi segirang & seaktif 10 tahun dulu. kedut di muka tidak akan hilang. wajah ayah tidak akan kembali seperti tahun 90an. saya tidak mampu memudakan ayah kembali.

mungkin saya & ayah ada persamaan
dari segi gaya, rupa, tabiat & pemikiran, tp saya tidak tahu mampukah saya buat apa yg ayah telah buat. saya juga tidak tahu mampukah saya balas kembali jasa2nya.


.............................



semoga kesihatan ayah & ibu terpelihara.




p/s : ada sebab mengapa rama2 harus bersusah payah keluar dari kepompong utk terbang. sekiranya dibantu ia akan mati.

Friday, October 31, 2008

GED516

Hai adik2 sekelas! baca ni!
alkapon
kerja selama 2 jam setelah eksperimen sepanjang mlm menemui jln buntu. poster dah siap. tp animatiknye xbuat2 lagi.


tiba2 blog ni jdk design blog pulak kan? buat design ni bermusim jgk mcm musim mengawan. semester ni paling byk
keje & xde masa nak berbicara tentang hati & perasaan. lagipun blog ini bukannya diari hidup seorang lelaki berjiwa wanita. saya rasa lebih baik saya tidak menulis sekiranya tiada apa utk dicerita drp menulis tentang kisah hidup dari bab bgn tido, gosok gigi, kencing & berak, jln2 di midvalley serta makan dgn 'si dia' & ternampak tikus di william.

ataupun memenuhkan blog ini dgn gambar2 saya & kawan2 pergi ke jusco bkt raja tanpa sebab. itu blog pondan bkn blog saya. blog saya blog lelaki sejati. lelaki sejati mst minum arak. mesti cakap BESAR. mesti kaki romen pompuan sana sini!! MURGHKAHKAHKAH!!! okla dah start mengarut ni. baik sambung buat kerja. bila dah nak musim menulis nnt saya menulis.


p/s : bile la nak musim mengawan pulak ni??

Sunday, October 26, 2008

Wani Cute

alkapon
wani yg cute

2 hari lps saya ikut kari, adib, botak & dura pegi fotoshoot & berkenalan dgn seorg awek cute yg juga talent diorg bernama wani. wani sgt cute. klu dia telanjang mst lagi cute kan? nasib baik xtelanjang.

photoshop. kerja selama 7 1/2 jam. saya lebih bermood utk mendesign drp makan atau lepak mlm ini. malas nak ckp byk, saya letih. gudnite wani!


Saturday, October 18, 2008

2 Bulan Tanpa Hiburan

salam semua.

jarang sangat dpt menulis sekarang. alhamdulillah, rezeki utk sem ni agak ok berbanding sem lepas. terima kasih kepada abang2 yg telah byk bg job - dpt jgk saya beli piano kibod, n81 yg blh simpan byk file blue & juga makan dgn sekenyang2 mungkin. terima kasih juga kepada adibol, kariyappa & banok yg selalu membantu atau skurang2nya menemani saya wlupun ketika saya tidak endahkan sgt pun kehadiran mereka kerana terlalu sibuk. ya, saya terlalu sibuk sekarang. saya terpaksa buat byk job freelance semata2 utk hidup lebih gembira (sepatutnya) dan juga utk membayar hutang piutang terhadap along berdaftar.


alkapon
proposal for Astrolife Kids Club


alkapon
proposal for Dubai Science Exhibition


alkapon
proposal for Astro Box-Office


alkapon
proposal for Pusat Sains Negara


alkapon

UiTM assignment - Pasar Mini Pak Teh (catalog)



alkapon
proposal for Woman Entrepreneurs Award


alkapon
UiTM assignment - Infusion (company profile)


alkapon








proposal for Boustead Heavy Industries (company profile & brochures). semua item ini dibuat dgn rasa macam nak terberak, terkencing & hampir mati.



bagi saya, kepuasan dalam design adalah dgn membuat semuanya sendiri tanpa mencuri grafik/gambar dari internet. kecuali tiada pilihan lain atau kehendak klien, semuanya saya hasilkan sendiri wlupun terpaksa luangkan masa sebanyak 16jam hanya utk membuat konsep astro box office & hampir 100jam utk Dubai Exhibition. semua ini adalah kerja dlm 2bln terakhir ini. sangat sibuk kan?
ada juga suara sinis di kelas yg berkata saya hanya tau tidur bila di rumah. ye geng. gua cuma tau tido. sambil mimpi mak korang jadik harimau.

oklah, dah siang. saya ngantuk.



oh lagi 1, sebenarnya saya xsimpan file blue pun kat dlm hp. saya ada monitor yg cukup besar utk menonton buah dada perempuan dgn imej yg lebih besar berbanding saiz sebenar. tp bkn utk 2bln terakhir ini.

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

*berita baik kpd mereka yg menghadapi masalah berat badan! saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 12kg!! - disebabkan amalan pemakanan yg seimbang & kurang kolestrol sepanjang bulan ramadan ni




tapi saya tipu. oh dah nak raya, mintak maaf ye!


selamat hari raya aidilfitri kepada kawan2 yg beragama islam & kawan2 muslim lain yg masih mengamalkan cara hidup non-muslim. xlupa juga kepada mereka yg malu utk membuat kebaikan & bangga dgn arak & zina, yeah baybehh!! korang mmg rawk!!!! org muda mane boleh mati!! btl x?

kepada yg dah buat salah kat saya, dijemput utk mintak maaf selagi masih diberi peluang. sori klu saya ade buat salah atau mungkin kalau anda rasa saya buat salah wlupun sebenarnya anda yg salah (biaselah bugis, ckp nak betul je). kepada mereka yg pernah saya sakiti, yg terpandang, terpegang atau terberimaginasi tentang buah dada & punggung, saya mintak maaf, jgn btau mak ye! aler rilek ler. lelaki sejati la katakan, mstla kdg2 buat salah jugak kan?

kepada kwn2 terapat : sori geng, gua tau gua xde la buat salah sgt, cuma slalu bersiap lambat, berak pun lame, curik sabun & pencuci muka korg, byk order, curik air dlm peti ais, makan nak lebih, pnjam keta x isik minyak, suke isap rokok dlm keta, pakai kasut dlm rumah, sergah org kencing, janji pkl 2 tp pkl 5 baru tiba, suke tgk tetek, suke main brek2 bile bwk moto, suke tanggalkan seluar korg, slalu kunci korg dlm jamban, tiba2 je buat2 tido bila tiba kat plaza tol n stesen minyak
, suke misscall mak bapak korg & mcm2 lagi la. ha tu je salah gua. xde la teruk mane kan? ape pun sori n halalkan ye! peace brader!!

pantun :
buka seluar buka spender
selamat hari rayer!!

p/s : mungkin saya gagal menggembirakan perempuan jomblo sehingga saya terkeluar dari pautan di blognya. xpe, pautannye di sini masih saya kekalkan tanpa rasa tidak gembira. sila lah klik, blognya sgt bgs - saya ikhlas.

Wednesday, August 13, 2008

Jellizie

keje saya setaun lepas.





kenapa la bz sgt sekarang ni..

Tuesday, August 12, 2008

Tekanan

saya sedang kesibukan yg amat dahsyat ketika ini :

assignment yg melambak2

job yg sgt dekat datelinenya

kawan2 yg seringkali mencabar nafsu melepak

ayah yg sedang di hospital. doakan ayah saya sihat



saya bkn seorg blogger tegar. saya seorang amatuer dalam menulis. saya masih blm mampu menjadikan bidang penulisan sbg fokus hidup saya. tp saya masih berminat. masih byk benda yg belum ditulis. bila sampai 1 tahap, saya akan berhenti tetapi bkn sekarang. sekarang saya perlu fokus. pada senarai yg saya tulis di atas.

Monday, August 4, 2008

Grid

Saya jumpa game bergrafik paling indah pernah dicipta dalam abad ini!

alkapon



alkapon


alkapon


kenapa? xberminat? laaa...saya kan lelaki sejati, xkan nak bercerita tentang tas tangan atau coli berspring pulak. mane saya tau.

ini kegilaan saya utk hari ini :
GRID


grafiknya sgt marvelous wlupun saya tidak suka game perlumbaan kereta yg serius begini. saya menggunakan sistem core2duo 1.8Gb, 3Gb DDR2, grafik kad radeon 1650 gamers edition & storan yg hampir infiniti ruangnya (hehe..paan makin cemburu) tp masih tidak mampu setkan grafik ke tahap maksima.

saya difahamkan bahawa sebahagian dari produksinya dibuat di Malaysia dan ramai org tempatan yg terlibat dalam penghasilan game ini.

lupa nak bagitau, saya sebenarnya seorang gamer yg selalu melupakan kawan2 bila terjumpa game yg hebat2 antaranya Call of Duty 4, Counter Strike Source (wlupun dah lama) dan juga game dari dulu hingga kini, NFS Underground - dah 5 tahun keluar tp gua masih ketagihan. sbb tu saya malas nak install. Daytona USA pun menjadi kegilaan saya di arked sejak 1998 dan menjadi punca utama kenapa result SPM saya macam haram j. punca keduanya ialah cikgu. cikgu pernah menampar saya di depan awek2 ketika form 5....alah malas nak citer. saya menjadi punca terakhir sbb saya masih mentah ketika itu.

ok, korek ka dyan. kerana komputer pelajaran sekolah saya hancur, kerana komputer jugalah kini anda sedang membaca post ini. any suggestion utk game yg seronok dimainkan? bgtaula brader! org tua pun main game jgk, bkn bdk2 je. saya gilakan grafik yg hebat tahap kayangan. eh oklah! sori geng! gua mao lumba.

Saturday, July 26, 2008

Percayalah Cakap Saya

percayalah cakap saya...
orang akan pelik sekiranya ada orang melayu muda yg kaya sedangkan ibu bapanya miskin
orang bertambah pelik sekiranya melayu muda itu tidak pandai menipu

percayalah cakap saya...
bila dapat ptptn :
pelajar lelaki suka buat belanjawan ketika wang ptptn tinggal sikit
pelajar perempuan suka beli printer

percayalah cakap saya...
pada ketika ini anda sibuk searching info tentang heath ledger & surf video2 joker di youtube. dulu masa dia hidup xnak amek tau pun

percayalah cakap saya...
sekiranya anda berumur 20an, anda merasa keji melihat budak2 lelaki bershuffle tetapi anda terlupa dulu anda sibuk ber b-boy. kedua2nya bagus utk kecergasan sedangkan mengutuk aktiviti itu tidak bagus utk apa2 alasan pun. itu anda lupa

percayalah cakap saya...
selepas makan nasi lemak terkenal di kg baru, anda akan merungut kerana harganya mahal & tidak berbaloi. tapi anda akan datang utk makan nasi lemak di kedai yg sama lagi. kenapa ya?

percayalah cakap saya...
mencintai gadis/lelaki sebelum mengenalinya adalah sesuatu yg tidak bagus. bila anda kenal dgn lebih dekat, byk kekurangan & ketidakpuasan yg anda akan jumpa, anda mula menyesal memilikinya. sama seperti i-phone

percayalah cakap saya...
ramai lelaki melayu yg lahir sekitar 80an bernama APIS. tiada apa pun yg salah. cuma sbb ramai. xpercaya? cuba kira berapa banyak apis yg anda kenal

percayalah cakap saya...
bila anda ikhlas berkawan dgn kaum lain, perkauman adalah sesuatu yg asing bagi anda.
bila seseorang dari kaum itu menyakiti anda, anda akan membenci seluruh kaumnya. salah siapa sebenarnya?

percayalah cakap saya...
kebanyakan pembeli handphone NOKIA CHINA sedang merasa menyesal ketika entri ini ditulis. wlupun handphone tu ade tv, perasaan menyesal tetap ada.

percayalah cakap saya...
15 tahun lalu, kita masih boleh tahan berdiri di tengah panas. sekarang tidak lagi. bila nak insaf?







saya belum mati.

saya masih hidup ketika entri ini ditulis
. saya cuba utk terus menulis selagi perlu. walau dah mati pun saya tetap akan cuba. cuma sangat sibuk ketika ini. study, kwn2, keluarga & kerja. percayalah cakap saya...

Tuesday, July 1, 2008

Pusing

saya jumpa sesuatu yg menarik hari ini :
alkapon
gadis ini sedang berpusing kan? tapi ke arah manakah yang anda nampak?

















skroll ke bawah...









sekiranya anda nampak pusingannya mengikut arah jam
bermakna anda menggunakan OTAK KANAN

sekiranya anda nampak pusingannya berlawanan
bermakna anda menggunakan OTAK KIRI

sekiranya anda hanya nampak puting berpusing
bermakna anda mempunyai OTAK KUNING


sesetengah orang nampak ianya berpusing kedua2 hala tetapi kebanyakan orang hanya dapat melihat ia berpusing sehala.
sekiranya anda cuba melawan arah pusingan yg anda nampak dan berjaya, IQ anda melebih 160! - bermakna anda seorang yg GENIUS! (hampir2lah)


ya, kedua2 hala boleh dilihat.


saya pun nampak.


eheheh...





(tq tembam & isya)

Monday, June 30, 2008

Batu Pahat

entri ini ditujukan khas buat warga batu pahat (bp), johor. anda tidak dipaksa baca sekiranya anda bkn org bp sbb anda takkan tertarik. pengamatan saya sepanjang di sini ialah :

1. bangunan tertinggi di bp masih lagi menara majlis (17 tingkat)
2. terdapat 5 atau 6 buah mapley di dalam bandar bp. 2 daripadanya ada wi-fi
3. the store yg dulunya fajar di belakang summit juga telah tutup
4. harga nescafe ais sekitar rm1.50-rm2.00
5. terdapat 5 org pondan yang berniaga di dataran pd waktu mlm, seorang daripadanya praktikal trainee
6. nasi baryani md. syah tutup hari jumaat tetapi masih byk gerai nasi baryani cetak rompak (antaranya nasi baryani syah) yg dibuka pd hari tersebut
7. kebanyakan kedai hp tidak menerima O2 Xda II utk di-trade in
8. satay kajang tiruan di bp sangat manis sedangkan penjualnya sangat masam
9. cikgu yang menampar saya ketika tingkatan 5 sudah mati
10. tugu batu pahat telah diwarnakan - mcm polistrin

alkapon
wah! seninya!

11. 'pak arab kedekut' telah membuka restoran kedekut
12. cashier di Guardian jln rahmat sgt cantik. awek hotlink di summit pun. (hai!! saya lah mamat haritu! saya lahh!!)
13. wira court hampir muflis, pasific mall & carrefour semakin sesak
14. traffic light di simpang 4 jln bakau condong (bkn simpang 4 the summit) masih bermasalah
15. ikan kini tidak byk dijual di pasar basah
16. remaja lelaki di sini juga ber-shuffle
17. cc joe kini ada akuarium. lep masih bekerja di situ
18. separuh dari ruang niaga di bustand lama telah didominasi oleh peniaga cina
19. pak atan renggo masih hidup & sihat
20. pondok polis semakin banyak, jenayah sgt kurang


alkapon
hot.fm mini jam

"juhan me'as di neregi roang, juhan tabu di neregi senridi, belih yabik di neregi senridi"

sebulan saya di sini. ianya jangka masa yg paling pjg sejak 2005. walau sejauh mana moden pun kl, saya tidak akan melupakan segala kenangan di sini - tempat saya belajar merokok, ponteng sekolah, menonton video lucah, me**** ****k (xnak btau) & ribuan perihal zaman kanak2 & remaja. saya tidak mahu jadi seperti si tanggang, asal klate ngaku kl, asal pahang mengaku hartamas, asal johor mengaku singapore. saya org johor, tetap org johor.

terima kasih kepada hamed sportrim, john taring, mat potoi & juga a.r. tompi kerana sentiasa bersama saya sepanjang di sini. nnt dpt loan gua payung.






s/p : sebok tepang tika pelak satik jomom? lamam lupak pelak mahed fi-wi paktun lajan mo'ar. lakau rokang yapung tesmi race. pelas tu pelak daratan ngetok tetek donpan jomom!!!

Friday, June 27, 2008

Survey : Buta

soalan : apa pendapat anda tentang org buta yg minta sedekah di kedai2 makan?

jawapan :

che_antz ...: pandangan aku kena kawal la..
che_antz ...: sebab terlalu ramai sangat jadi camtuh..
che_antz ...: nak sekat tuh susah haa..
che_antz ...: tapi benda tu buleh dikawal..

afzan kamal: hmmm ntah..kalau sambil mintak sedekah bagi tissue ke calender ke ok la

suhaida sahiaren: aku rase dieorg boleh bt keje lain
suhaida sahiaren: kan ade tempat org bute
suhaida sahiaren: yg buat mcm kraftangan

pyan dhuka: aku rasa x patut la
pyan dhuka: better diorg wta keje lain

graphic dept: ahaha
graphic dept: biasa la.
graphic dept: buat design merdeka
alkapon®: lerkk

Monday, June 23, 2008

Hye Kamoo!

sejak akhir2 ni saya sangat sibuk & tidak sempat menulis blog. banyak lagi perkara perlu dibuat. tapi setelah membaca profile seorang gadis yg mungkin belum cukup matang & sedang mencari identiti membuatkan saya terpanggil utk menulis entri ini.

"sayer seorunk yg periang & pemalue. ader kawan kater sayer nie santek & agak giler2. aper pendapat kamoo? kalao kamoo nuck b'kawan ngan sayer boley ajer tapie jgn harap sayer nuck bagie nopon sayer. sayer dah buhsan ngan owrunk cam kamoo, blom knal sangat dah mintuck nopon & nuck kenal sayer sebab ke-santik-an sayer bkan dirie sayer yg sebenar..."


adik2 yg dikasihi. tlglah sedar, ayat seperti ini sangatlah mcm hamlau.

memang saya tidak perlu peduli sebenarnya dgn individu sebegini. lama2 mereka akan sedar betapa bangangnya mereka. tapi apa salahnya kalau saya cepatkan sedikit kesedaran mereka kan?



owhkeylah! sayer nuck pegi minoom ngan kuhwan2. buhbye!

Sunday, June 15, 2008

Neo-Melayu

"ape la yg kau nak carik kat kl tu. xde ape yg seronok"

ini adalah nasihat yg diberikan oleh seorang teman kira2 3 tahun yang lalu. bg anda apa yg seronok? bagi saya, sekiranya niat saya berhijrah bukan utk berseronok itulah yg membuatkannya seronok.

semenjak berhijrah keluar dari negeri kelahiran saya, byk ragam manusia & haiwan yg telah saya temui. saya timba pengalaman - baik & buruk. antaranya ialah sewaktu pertama kali ke taman tema air terhebat di malaysia. wah! itu sgt seronok. pertama kali saya melihat gadis melayu bawah umur berbikini sambil memegang setin Carlsberg sama seperti di los angeles. puting mereka timbul. saya sangat terpukau! "org melayu pun ada mcm ni jgk ye!!" begitulah naifnya saya. yelah, selama ini hanya tonton di tv, paparan gadis berbikini tidak ditekankan, nanti penonton melayu tulis surat protes kepada media. orang melayu memang sangat prihatin dlm hal berkaitan media. mungkin bila mereka bangkitkan, mereka blh popular agaknya.

alkapon
cuci mata. tgk celabon

kemudian pertama kali saya jejakkan kaki ke dalam pusat hiburan di ibu kota. walaupun saya akui saya sangat kejakunan ketika itu, tetapi saya berpura2 professional. terasa tidak cukup mata memandang gadis2 melayu memakai pakaian yg seperti tidak dipakai. menari sambil mabuk. wah! macam girls gone wild!

bila pulang ke kampung halaman, saya jarang bercerita tentang pengalaman sebegini ketika melepak dengan kawan2. saya tidak mahu dipukul. namun suatu hari ketika di kampung, saya berbual dgn seorg kawan yg sedang bangga bercerita:

kawan : kau kat kl xg clubbing ke?
saya : x, jarang (dia tidak mendengar perkataan 'jarang' sebenarnya)
kawan : pergh! klu kau pegi konfirm syok siot! pompuan kat sana...pergh!!
saya : wah bestnye!
kawan : aritu aku pegi ng si polan & si polan. si polan tu open bottle beb! ***(jenama arak apekelancau) tu!! heaven gila!!
saya : gile la! power siot!! aku pun nak pegi la kalau mcmni!! (spt biasa, pura2 tertarik)
kawan : ok, nnt klu kau nak pegi kau koling2 aku. aku mmg ade member kat ***(nama club) tu. kau mabuk x?

mungkin agak mustahil sekiranya ada yg menganggap saya seorang yg baik tetapi saya tidak minum arak. belum pernah merasa & tidak pernah berkeinginan utk merasa. semoga iman saya dipelihara. sebenarnya bukan pasal arak yg saya ingin tekankan, ada juga kwn2 saya yg kaki mabuk & ianya diluar kawalan saya, tetapi tentang kebanggaan muda-mudi melayu bercerita tentang hebatnya mereka mabuk.

mengikut pemerhatian saya, muda-mudi hari ini kebanyakannya sangat malu sekiranya orang tahu bila mereka sembahyang (mungkin terpaksa) tetapi sangat bangga bila berbicara tentang air mabuk. ini sangat unik kerana ketika kanak2 dahulu, perkara ini terbalik. hari ini, saya mungkin dianggap naif bila tidak berbicara tentang jenama2 arak terkenal. saya bukan tidak mahu tetapi saya tidak tahu & tidak mahu tahu. perlu ke saya bercerita juga?

saya percaya masih ramai lagi muda-mudi melayu yg bersikap seperti saya tetapi mereka malu untuk mengaku bahawa mereka tidak mabuk atau membuat perkara2 haram yg lain. takut dianggap ketinggalan atau kekampungan. ya, mereka akan ketinggalan. globalisasi semakin jelas menawan kita. kita semakin kebaratan. tidak lama lagi kita akan jadi seperti turki ketika zaman pemerintahan *mustapha kamal attartuk. syukurlah...melayu semakin maju.

mungkin saya tidak mampu menegah semua muda-mudi sebangsa saya untuk berhenti dari membuat dosa. ianya sangat sukar.

tetapi mungkin bangsa saya boleh berhenti daripada terus berbangga dengan dosa yg dibuat.






berhenti bercerita. ianya tidak menarik.




p/s : mlm td saya & kwn2 terjumpa seorang cina mabuk yg tayar keretanya termasuk ke dalam parit. walaupun dia cina mabuk, tapi kami patut tolong. cuba fikirkan dari segi kemanusiaan, bkn attitude. (tapi klu anda seorang diri & tidak samseng, baik jgn tlg)


*terima kasih kepada
dindaa di atas info ini

Saturday, June 14, 2008

Neon

perlukah saya sentiasa bercerita berkaitan design sekiranya saya seorang designer?

target pembaca saya ialah ANDA. tidak semestinya anda seorang designer. untuk itu, saya perlu lebih mesra pembaca & tidak ghairah dgn berbual mengenai jargon2 kehidupan saya sahaja. saya tidak berniat menjadikan blog ini seperti diari hidup saya. ianya sangat kepondanan. lagipun saya bukannya sesiapa.


tapi saya dan kawan2 ada rancangan lain :

alkapon

nantikan kemunculan kami
100% design

Friday, June 13, 2008

Kawan-kawan Saya

kawan : hai!
saya : helo
saya : aku migrain
kawan : oh
kawan : kau nak tau? td bf aku poKPekPokPEkpOK
kawan : mak dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : gf lama dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEK
saya : aku migrain ni
kawan : dah mkn ubat?
kawan : td kan, masa aku poKPekPokPEkpOKpeK
kawan : lpstu dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
saya : hey
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEK
saya : hey!!!!
kawan : aha? ape dia?
saya : kepala bapak kau la!


saya punyai ramai kwn yg suke bersikap sebegini. xtau kenapa. bagi saya, sekiranya saya hormat orang, saya akan mendengar apa mereka kata selain ghairah bercerita tentang hal saya. tidak semestinya saya faham, menyokong atau percaya pada cerita mereka, tetapi sekurang2nya saya berpura2 berminat walaupun cerita itu tidak menarik. saya inginkan persahabatan yg saksama. bkn hanya seorang yg menjadi pencerita. ada kawan yg segala hal tentangnya saya telah tahu. tentang kekasihnya, ahli keluarganya, hal2 kerjanya, hal ranjangnya, semuanya saya tahu. malangnya dia tidak tahu pun saya belajar di mana. anda punyai sikap begini? ubahla. tolong sedar, cerita anda bukan menarik sangat.

alkapon
saudara & saudari, persahabatan ada beberapa peringkat:

baru mengenali : ini adalah tempoh perkenalan anda dgn kawan baru itu. pada waktu ini sikap yg anda tunjukkan memainkan peranan penting kepada mereka kerana pada waktu inilah mereka menilai anda. kadangkala saya terpaksa hipokrit dalam tempoh ini. mungkin lebih baik kan?

krisis : bila sudah kenal pasti ada sesuatu yg tidak memuaskan hati yg ada pada kawan tersebut. apa yg perlu anda buat ialah cuba cari jalan utk memulihkan persahabatan tersebut.

kawan jangka panjang : ya, sekiranya anda berjaya melepasi peringkat di atas, maka anda akan menemui peringkat ini. anda mula mengenali hati budi mereka. sahabat ini akan diingati & mungkin akan menjadi penting dlm jangka masa panjang.

atau

pegi mampos :
sekiranya kawan itu mmg perangainya tidak sesuai dgn anda, maka anda akan jmp peringkat ini. cari kawan lain.

kawan2 saya semuanya mempunyai sikap yang bagus bagi saya. sebab sekiranya tidak bagus, mereka bukanlah kawan saya. bagus bagi saya bknlah seorg yg terer. tetapi yg tidak bebual mcm terer.

ramai yg tidak sedari. apabila mereka berbual, mereka :
-
memandang kiri & kanan lebih kerap dari memandang muka pasangan berbual
-memandang gigi, bukan memandang mata pasangan berbualnya
-tidak memberikan perhatian apabila pasangan berbual mula berbual hal serius
-ghairah bercerita tanpa mengambil tahu cerita pasangan berbual
-asyik memandang buah dada kawan perempuannya (saya pun! saya pun! hahaha)
-bertanya soalan yg sama berulang kali (ops, saya ada sikap ini. sbb saya sgt pelupa). jelas dia tidak mengendahkan jawapan anda. sekadar memenuhkan waktu bersama dengan bunyi2an berbentuk soalan ulangan sebegini.

kwn2 yg baru mengenali pula sering :
-membuat lawak yg tidak kelakar atau lawak tahun 90an yg dah basi
-lebih gelak dari bercakap
-segala pergerakan anggota badan dipantau

kwn2 yg suka pada anda pula akan :
-bercerita hal yg lebih detail atau masalah peribadi
-tiba2 menjadi seorg yg good listener & cuba mmberi idea penyelesaian kepada masalah anda walaupun ideanya bangang
-tiba2 menceritakan segala rahsianya kepada anda
-tiba2 punyai minat yg sama dgn anda.
ohh...saya tidak patut bagitahu apa seterusnya. nnt saya yg kantul




saya nak tgk bola. nanti saya cerita lagi.

Thursday, June 12, 2008

Siapa Mahu Kaya?

saya masih merasakan amalan menulis blog adalah amalan para gadis & juga pondan. saya tidak pondan. saya lelaki sejati. saya ade 10 org kawan: banok, suzyD, roy kelong, paiman jengjeng, deknoe, blablablablabla....

ohh... sbnrnye saya ada lebih dr 10 org kawan.

klu saya tulis semua nama kawan saya mesti anda akan tutup window ini so lebih baik saya xpayah tulis. tp klu saya bagi anda rm10 utk baca 1 post, saya yakin anda sanggup. tapi maafla saya tiada duit. kwn saya mmg tidak ramai. mungkin kwn2 saya akan bertambah ramai sekiranya saya seorg agen MLM.


anda ingin kaya? joinla bisnes sebegitu. saya ingin kepuasan dalam hidup. mengapa harus saya habiskan 6 tahun hidup saya menuntut ilmu grafik jika akhirnya saya memilih utk bisnes sebegini? saya sangat meminati apa yg saya pelajari. mengapa saya harus cari alternatif lain?

soalan : tetapi bagaimana sekiranya satu hari nanti saya betul2 terdesak & tiada pilihan lain selain memilih sumber wang sebegini?
jawapan : sekiranya saya melabur rm1000 hari ini, esok mmg betul2 saya dpt jutaan ringgit, saya sanggup gadai maruah. itupun klu upline saya sanggup meminjamkan RM1000 utk dibuat modal. mereka kan banyak duit. :)

bg saya, terus memujuk org untuk menjadi downline adalah sesuatu yg menggadai maruah. malunya sama seperti berbogel di tengah jalan. baik saya berbogel di tengah jalan :). bila saya menolak, mereka akan berkata "MACAMNI LA MELAYU. XNAK TOLONG MELAYU". alah...biasela tu. apa lagi yg mampu mereka cakap?

antara ayat kegemaran mereka :
"nabi menggalakkan umatnya meniaga. nabi juga berniaga."

ya....mmg betul. tp nabi tidak pernah takbur dgn harta yg ada.

lalu mereka menjawab :
"aku bukan takbur, aku nak share dgn kawan2"
ya....kepala hotak engkau.

mereka sering berkata:
"wang bukan segalanya tetapi segalanya perlukan wang"

saya berkata :
"ilmu bukan segalanya tetapi org yg xde ilmu aje yg cakap mcmtu"

mana anda pilih? berhibur di genting seorang diri atau minum teh tarik bersama kawan2 yg sgt memahami di kedai mamak? saya pilih yg kedua. ya, bila ada wang kwn2 akan datang. tetapi disebabkan apa?

apa
yg paling saya tidak gemari tentang golongan ini ialah sikap tidak hormat terhadap bidang yg diceburi org lain.

"kau buat design ni baper sen je kau dapat?"

inilah bisnes org kita. mana blh buat bisnes yg untungnya sikit. kena la tamak. kena la banyak cakap. kena la pandai menipu. baru boleh kaya. sehingga waktu blog ini ditulis, jiwa saya masih belum terbuka utk terlibat dgn bisnes sebegini. saya tidak menuduh semua org yg terlibat perangainya begini. tetapi sehingga hari ini saya masih belum jmp lagi mereka yg membuat bisnes ini tidak berperangai seperti ini. kalau ade pun, ahli yg tidak aktif. okla saya dah penat. lain kali saya cerita lagi.

ohh! lagi satu, awas sekiranya kwn yg kurg rapat yg sudah lama tidak hubungi anda tiba2 telefon/sms.

p/s : "helo brader! lama xdgr citer!! amacam? dah kaya?? aku on the way nak kaya ni! helo?? helo???...tuttt...tuttt.."

Bila Petrol Naik

maaf kerana walaupun telah menyatakan bahawa saya bosan dgn isu ini, saya masih menulis mengenainya. mungkin kerana naluri 'mat bola' saya yg menggesa akal utk terus menulis.

saya tidak menyokong. mungkin saya membangkang tetapi tidak sepenuhnya membangkang. apa yg membuatkan saya rasa jelik ialah media. tv banyak membela/mempertahankan alasan kerajaan di atas kenaikan harga minyak sedangkan org ramai byk mengutuk kenaikan ini melalui emel/blog. kerajaan kerap kali membandingkan harga minyak malaysia dgn singapura yg tiada minyak & nilai matawangnya lebih 2kali ganda lebih tinggi dari malaysia.

"BRUNEI LAIN CERITA", kata pemimpin.

rakyat pula tidak berhenti forward emel tentang perbandingan harga minyak malaysia dgn arab saudi, mesir, dan kebanyakan negara arab yg org bodoh pun tahu kat negara2 tu mmg byk minyak. tp rakyat tutup mata. yg kita tahu, forward, forward & forward emel2 tersebut dgn harapan harga minyak akan turun. huh! JANGAN HARAP.

ada emel yg menyeru orang ramai agar memboikot stesen minyak selain stesen minyak tempatan. misinya: bila semua stesen minyak lain bankrupt, harga minyak akan turun. saya tidak mahu menulis byk. cuma 1 je saya nak beritahu. sekiranya hanya saya seorang sahaja peniaga beras di negara ini, saya akan naikkan harga beras sekaw2 mungkin sebab saya tiada pencabar. anda ada pilihan?

bila petrol naik, harga makanan pun naik. semua peniaga memberi alasan yg sama tetapi berbaloikah harga sekeping roti canai yg berharga rm0.70 dinaikkan kpd rm1.oo semata2 kerana petrol naik rm0.78 sen seliter? siapa yg untung sebenarnya? mungkin mereka menebar roti menggunakan minyak petrol.

apa yg pasti, minyak di bumi ini akan habis.

sebenarnya bahan api baru yg menggantikan petroleum sudah ada. cuma belum dikomersilkan. kesannya sgt besar sekiranya dikomersilkan sekarang. tahu kenapa?







p/s : saya ingin menanam dinasour dari sekarang supaya cicit kepada cicit kepada cicit kepada cicit saya nanti tidak dibebani masalah harga petrol.

Introduksi

saya merupakan seorang pelajar ijazah lanjut umur di uitm shah alam dalam jurusan rekabentuk grafik. ramai yg pelik mengapa saya sanggup melanjutkan pelajaran sedangkan saya sudah bekerja & sudah mula menanggung hutang. alasan saya hanya satu :

mahukan sekeping degree.

alasan kedua pula sbb ramai awek wlupun hanya satu alasan yg saya berikan kepada keluarga.


sebenarnya jurusan yg saya ambil tidak terlalu memerlukan saya untuk mengejar degree kerana apa yg penting ialah portfolio & cara bekerja. kewangan pula menjadi cabaran yg paling getir memandangkan harga petrol yg baru naik & harga rokok sgt mahal. saya tidak mahu berbicara tentang kenaikan harga petrol kerana telah ramai org berbicara tentangnya - bosan. saya kini berada di pertengahan pengajian. maka hanya alasan kedua saja yg menjadi faktor utama mengapa nama saya masih ada di uitm.

EURO 2008

helo! maaf kerana ketiadaan masa utk berblog tp masih berangan utk menulis blog. mungkin pada waktu ini saya lebih ghairah utk meluangkan masa bersama kawan2 di kampung & bermain bola bersama adik2 dari taman sebelah yg sudah pandai isap rokok. maaf kerana memulakan blog tanpa sebarang introduksi & sebahagian blog yg dipost merupakan blog lama yg dipost semula.

pada waktu blog ini ditulis, saya sedang bercuti semester. ini bermakna rutin sebenar saya agak berbeza dgn apa yg sedang saya lalui ketika ini. saya sedang berada di kampung halaman, di batu pahat, johor. di sini saya selalu main bola. wlupun tubuh saya saban hari semakin tidak ideal tetapi di sini saya masih bersukan hampir setiap hari. anda mampu? sebenarnye bermain bola & bersukan bkn menjadi fokus saya sekarang. fokus sebenar saya ketika ini ialah EURO 2008 yg sedang berlangsung. tp tak payah la saya taip pasal tu. anda xbaca suratkhabar ke?

Thursday, June 5, 2008

Hello Designers!

dear myspace designer-wanna-be,

this is the tips of how to be a great myspace designer. everything u need is ms. paint, times new roman, little bit of scripting knowledge, others graphic those are taken without permission, dumb classmates for supports and some sexy girls for clothing talents. put them together in ur myspace. list as many popular art groups as u can in your topfrens. dont forget to put any incoming gig fliers so peoples will think u are part of them and always updated. btw, it's actually good for the gigs organizers, good job! put your favourite songs as background music to tell everybody about what music u r listening to. no malay song pls. write stupid repeated bulletin with different stupid titles. photo gallery must have your picts with stupid graphical effects and titled it as art,art & art. dont forget to put ur secret admire's photo too! the most important thing is declare yourself as a DESIGNER and dont forget to write any humble statements like "saya budak baru belajar" or "kami bengap" or etc.

Hello Photographers!

everybody wants to be a photographer. everybody can shoot for weddings. u must always talking about popular photographers so peoples will think that they (popular photographers) are ur frens. must tell every single thing u know about camera before been asked to pull attention and make peoples know that u know everything. must have your own fotopage with many kind of "abstract" images without knowing what abstract really is. OWN comments are most welcomed! shoot nonsense pictures and declare them as experimental. all u need is a hi-end dSLR camera with full accecories and gadgets. hold it in ur hand not on ur neck u morrone! buy a battery extention pack so u'll look more professional. knowledge is not necessary. because photography is for accountants, engineers, etc. who found it's hard to get a proper job that suits with their diplomas and degrees. maybe because photography is more artistic than joining multi-level-marketing or FOREX jobs. u can call it making money in artistic way and ur girlfrens may call u multi-talented superheroe. i'm not saying that accountants or engineers cant be photographers but at least can u study photography before doing photography? it's not just about technical, it's about many things. about life and it's relation to art. everybody becomes photographers, photographers become worthless. pathetic.

one more thing, can u pls stop trying to be a MALAYSIAN DAVE HILL if it's only because u just found the plug in of DAVE HILL's skill yesterday? can u stop searching hollywood celebrity picts and DAVE HILL-ed them and proudly declare them as ur artwork? it's just a few mouse click u design desperado! europe artists trying hard to make 3d images look real but why our peoples trying hard to make real picts look 3d? when few photographers trying to explore the effects it looks cool but when everybody is trying, it SUCKS!

Sunday, March 23, 2008

helo!

akhirnye gua dah ade blog yg proper beb!!