Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Saturday, July 26, 2008

Percayalah Cakap Saya

percayalah cakap saya...
orang akan pelik sekiranya ada orang melayu muda yg kaya sedangkan ibu bapanya miskin
orang bertambah pelik sekiranya melayu muda itu tidak pandai menipu

percayalah cakap saya...
bila dapat ptptn :
pelajar lelaki suka buat belanjawan ketika wang ptptn tinggal sikit
pelajar perempuan suka beli printer

percayalah cakap saya...
pada ketika ini anda sibuk searching info tentang heath ledger & surf video2 joker di youtube. dulu masa dia hidup xnak amek tau pun

percayalah cakap saya...
sekiranya anda berumur 20an, anda merasa keji melihat budak2 lelaki bershuffle tetapi anda terlupa dulu anda sibuk ber b-boy. kedua2nya bagus utk kecergasan sedangkan mengutuk aktiviti itu tidak bagus utk apa2 alasan pun. itu anda lupa

percayalah cakap saya...
selepas makan nasi lemak terkenal di kg baru, anda akan merungut kerana harganya mahal & tidak berbaloi. tapi anda akan datang utk makan nasi lemak di kedai yg sama lagi. kenapa ya?

percayalah cakap saya...
mencintai gadis/lelaki sebelum mengenalinya adalah sesuatu yg tidak bagus. bila anda kenal dgn lebih dekat, byk kekurangan & ketidakpuasan yg anda akan jumpa, anda mula menyesal memilikinya. sama seperti i-phone

percayalah cakap saya...
ramai lelaki melayu yg lahir sekitar 80an bernama APIS. tiada apa pun yg salah. cuma sbb ramai. xpercaya? cuba kira berapa banyak apis yg anda kenal

percayalah cakap saya...
bila anda ikhlas berkawan dgn kaum lain, perkauman adalah sesuatu yg asing bagi anda.
bila seseorang dari kaum itu menyakiti anda, anda akan membenci seluruh kaumnya. salah siapa sebenarnya?

percayalah cakap saya...
kebanyakan pembeli handphone NOKIA CHINA sedang merasa menyesal ketika entri ini ditulis. wlupun handphone tu ade tv, perasaan menyesal tetap ada.

percayalah cakap saya...
15 tahun lalu, kita masih boleh tahan berdiri di tengah panas. sekarang tidak lagi. bila nak insaf?







saya belum mati.

saya masih hidup ketika entri ini ditulis
. saya cuba utk terus menulis selagi perlu. walau dah mati pun saya tetap akan cuba. cuma sangat sibuk ketika ini. study, kwn2, keluarga & kerja. percayalah cakap saya...

Tuesday, July 1, 2008

Pusing

saya jumpa sesuatu yg menarik hari ini :
alkapon
gadis ini sedang berpusing kan? tapi ke arah manakah yang anda nampak?

















skroll ke bawah...









sekiranya anda nampak pusingannya mengikut arah jam
bermakna anda menggunakan OTAK KANAN

sekiranya anda nampak pusingannya berlawanan
bermakna anda menggunakan OTAK KIRI

sekiranya anda hanya nampak puting berpusing
bermakna anda mempunyai OTAK KUNING


sesetengah orang nampak ianya berpusing kedua2 hala tetapi kebanyakan orang hanya dapat melihat ia berpusing sehala.
sekiranya anda cuba melawan arah pusingan yg anda nampak dan berjaya, IQ anda melebih 160! - bermakna anda seorang yg GENIUS! (hampir2lah)


ya, kedua2 hala boleh dilihat.


saya pun nampak.


eheheh...





(tq tembam & isya)

Monday, June 23, 2008

Hye Kamoo!

sejak akhir2 ni saya sangat sibuk & tidak sempat menulis blog. banyak lagi perkara perlu dibuat. tapi setelah membaca profile seorang gadis yg mungkin belum cukup matang & sedang mencari identiti membuatkan saya terpanggil utk menulis entri ini.

"sayer seorunk yg periang & pemalue. ader kawan kater sayer nie santek & agak giler2. aper pendapat kamoo? kalao kamoo nuck b'kawan ngan sayer boley ajer tapie jgn harap sayer nuck bagie nopon sayer. sayer dah buhsan ngan owrunk cam kamoo, blom knal sangat dah mintuck nopon & nuck kenal sayer sebab ke-santik-an sayer bkan dirie sayer yg sebenar..."


adik2 yg dikasihi. tlglah sedar, ayat seperti ini sangatlah mcm hamlau.

memang saya tidak perlu peduli sebenarnya dgn individu sebegini. lama2 mereka akan sedar betapa bangangnya mereka. tapi apa salahnya kalau saya cepatkan sedikit kesedaran mereka kan?



owhkeylah! sayer nuck pegi minoom ngan kuhwan2. buhbye!

Sunday, June 15, 2008

Neo-Melayu

"ape la yg kau nak carik kat kl tu. xde ape yg seronok"

ini adalah nasihat yg diberikan oleh seorang teman kira2 3 tahun yang lalu. bg anda apa yg seronok? bagi saya, sekiranya niat saya berhijrah bukan utk berseronok itulah yg membuatkannya seronok.

semenjak berhijrah keluar dari negeri kelahiran saya, byk ragam manusia & haiwan yg telah saya temui. saya timba pengalaman - baik & buruk. antaranya ialah sewaktu pertama kali ke taman tema air terhebat di malaysia. wah! itu sgt seronok. pertama kali saya melihat gadis melayu bawah umur berbikini sambil memegang setin Carlsberg sama seperti di los angeles. puting mereka timbul. saya sangat terpukau! "org melayu pun ada mcm ni jgk ye!!" begitulah naifnya saya. yelah, selama ini hanya tonton di tv, paparan gadis berbikini tidak ditekankan, nanti penonton melayu tulis surat protes kepada media. orang melayu memang sangat prihatin dlm hal berkaitan media. mungkin bila mereka bangkitkan, mereka blh popular agaknya.

alkapon
cuci mata. tgk celabon

kemudian pertama kali saya jejakkan kaki ke dalam pusat hiburan di ibu kota. walaupun saya akui saya sangat kejakunan ketika itu, tetapi saya berpura2 professional. terasa tidak cukup mata memandang gadis2 melayu memakai pakaian yg seperti tidak dipakai. menari sambil mabuk. wah! macam girls gone wild!

bila pulang ke kampung halaman, saya jarang bercerita tentang pengalaman sebegini ketika melepak dengan kawan2. saya tidak mahu dipukul. namun suatu hari ketika di kampung, saya berbual dgn seorg kawan yg sedang bangga bercerita:

kawan : kau kat kl xg clubbing ke?
saya : x, jarang (dia tidak mendengar perkataan 'jarang' sebenarnya)
kawan : pergh! klu kau pegi konfirm syok siot! pompuan kat sana...pergh!!
saya : wah bestnye!
kawan : aritu aku pegi ng si polan & si polan. si polan tu open bottle beb! ***(jenama arak apekelancau) tu!! heaven gila!!
saya : gile la! power siot!! aku pun nak pegi la kalau mcmni!! (spt biasa, pura2 tertarik)
kawan : ok, nnt klu kau nak pegi kau koling2 aku. aku mmg ade member kat ***(nama club) tu. kau mabuk x?

mungkin agak mustahil sekiranya ada yg menganggap saya seorang yg baik tetapi saya tidak minum arak. belum pernah merasa & tidak pernah berkeinginan utk merasa. semoga iman saya dipelihara. sebenarnya bukan pasal arak yg saya ingin tekankan, ada juga kwn2 saya yg kaki mabuk & ianya diluar kawalan saya, tetapi tentang kebanggaan muda-mudi melayu bercerita tentang hebatnya mereka mabuk.

mengikut pemerhatian saya, muda-mudi hari ini kebanyakannya sangat malu sekiranya orang tahu bila mereka sembahyang (mungkin terpaksa) tetapi sangat bangga bila berbicara tentang air mabuk. ini sangat unik kerana ketika kanak2 dahulu, perkara ini terbalik. hari ini, saya mungkin dianggap naif bila tidak berbicara tentang jenama2 arak terkenal. saya bukan tidak mahu tetapi saya tidak tahu & tidak mahu tahu. perlu ke saya bercerita juga?

saya percaya masih ramai lagi muda-mudi melayu yg bersikap seperti saya tetapi mereka malu untuk mengaku bahawa mereka tidak mabuk atau membuat perkara2 haram yg lain. takut dianggap ketinggalan atau kekampungan. ya, mereka akan ketinggalan. globalisasi semakin jelas menawan kita. kita semakin kebaratan. tidak lama lagi kita akan jadi seperti turki ketika zaman pemerintahan *mustapha kamal attartuk. syukurlah...melayu semakin maju.

mungkin saya tidak mampu menegah semua muda-mudi sebangsa saya untuk berhenti dari membuat dosa. ianya sangat sukar.

tetapi mungkin bangsa saya boleh berhenti daripada terus berbangga dengan dosa yg dibuat.






berhenti bercerita. ianya tidak menarik.




p/s : mlm td saya & kwn2 terjumpa seorang cina mabuk yg tayar keretanya termasuk ke dalam parit. walaupun dia cina mabuk, tapi kami patut tolong. cuba fikirkan dari segi kemanusiaan, bkn attitude. (tapi klu anda seorang diri & tidak samseng, baik jgn tlg)


*terima kasih kepada
dindaa di atas info ini

Friday, June 13, 2008

Kawan-kawan Saya

kawan : hai!
saya : helo
saya : aku migrain
kawan : oh
kawan : kau nak tau? td bf aku poKPekPokPEkpOK
kawan : mak dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : gf lama dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEK
saya : aku migrain ni
kawan : dah mkn ubat?
kawan : td kan, masa aku poKPekPokPEkpOKpeK
kawan : lpstu dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
saya : hey
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEK
saya : hey!!!!
kawan : aha? ape dia?
saya : kepala bapak kau la!


saya punyai ramai kwn yg suke bersikap sebegini. xtau kenapa. bagi saya, sekiranya saya hormat orang, saya akan mendengar apa mereka kata selain ghairah bercerita tentang hal saya. tidak semestinya saya faham, menyokong atau percaya pada cerita mereka, tetapi sekurang2nya saya berpura2 berminat walaupun cerita itu tidak menarik. saya inginkan persahabatan yg saksama. bkn hanya seorang yg menjadi pencerita. ada kawan yg segala hal tentangnya saya telah tahu. tentang kekasihnya, ahli keluarganya, hal2 kerjanya, hal ranjangnya, semuanya saya tahu. malangnya dia tidak tahu pun saya belajar di mana. anda punyai sikap begini? ubahla. tolong sedar, cerita anda bukan menarik sangat.

alkapon
saudara & saudari, persahabatan ada beberapa peringkat:

baru mengenali : ini adalah tempoh perkenalan anda dgn kawan baru itu. pada waktu ini sikap yg anda tunjukkan memainkan peranan penting kepada mereka kerana pada waktu inilah mereka menilai anda. kadangkala saya terpaksa hipokrit dalam tempoh ini. mungkin lebih baik kan?

krisis : bila sudah kenal pasti ada sesuatu yg tidak memuaskan hati yg ada pada kawan tersebut. apa yg perlu anda buat ialah cuba cari jalan utk memulihkan persahabatan tersebut.

kawan jangka panjang : ya, sekiranya anda berjaya melepasi peringkat di atas, maka anda akan menemui peringkat ini. anda mula mengenali hati budi mereka. sahabat ini akan diingati & mungkin akan menjadi penting dlm jangka masa panjang.

atau

pegi mampos :
sekiranya kawan itu mmg perangainya tidak sesuai dgn anda, maka anda akan jmp peringkat ini. cari kawan lain.

kawan2 saya semuanya mempunyai sikap yang bagus bagi saya. sebab sekiranya tidak bagus, mereka bukanlah kawan saya. bagus bagi saya bknlah seorg yg terer. tetapi yg tidak bebual mcm terer.

ramai yg tidak sedari. apabila mereka berbual, mereka :
-
memandang kiri & kanan lebih kerap dari memandang muka pasangan berbual
-memandang gigi, bukan memandang mata pasangan berbualnya
-tidak memberikan perhatian apabila pasangan berbual mula berbual hal serius
-ghairah bercerita tanpa mengambil tahu cerita pasangan berbual
-asyik memandang buah dada kawan perempuannya (saya pun! saya pun! hahaha)
-bertanya soalan yg sama berulang kali (ops, saya ada sikap ini. sbb saya sgt pelupa). jelas dia tidak mengendahkan jawapan anda. sekadar memenuhkan waktu bersama dengan bunyi2an berbentuk soalan ulangan sebegini.

kwn2 yg baru mengenali pula sering :
-membuat lawak yg tidak kelakar atau lawak tahun 90an yg dah basi
-lebih gelak dari bercakap
-segala pergerakan anggota badan dipantau

kwn2 yg suka pada anda pula akan :
-bercerita hal yg lebih detail atau masalah peribadi
-tiba2 menjadi seorg yg good listener & cuba mmberi idea penyelesaian kepada masalah anda walaupun ideanya bangang
-tiba2 menceritakan segala rahsianya kepada anda
-tiba2 punyai minat yg sama dgn anda.
ohh...saya tidak patut bagitahu apa seterusnya. nnt saya yg kantul




saya nak tgk bola. nanti saya cerita lagi.

Thursday, June 12, 2008

Siapa Mahu Kaya?

saya masih merasakan amalan menulis blog adalah amalan para gadis & juga pondan. saya tidak pondan. saya lelaki sejati. saya ade 10 org kawan: banok, suzyD, roy kelong, paiman jengjeng, deknoe, blablablablabla....

ohh... sbnrnye saya ada lebih dr 10 org kawan.

klu saya tulis semua nama kawan saya mesti anda akan tutup window ini so lebih baik saya xpayah tulis. tp klu saya bagi anda rm10 utk baca 1 post, saya yakin anda sanggup. tapi maafla saya tiada duit. kwn saya mmg tidak ramai. mungkin kwn2 saya akan bertambah ramai sekiranya saya seorg agen MLM.


anda ingin kaya? joinla bisnes sebegitu. saya ingin kepuasan dalam hidup. mengapa harus saya habiskan 6 tahun hidup saya menuntut ilmu grafik jika akhirnya saya memilih utk bisnes sebegini? saya sangat meminati apa yg saya pelajari. mengapa saya harus cari alternatif lain?

soalan : tetapi bagaimana sekiranya satu hari nanti saya betul2 terdesak & tiada pilihan lain selain memilih sumber wang sebegini?
jawapan : sekiranya saya melabur rm1000 hari ini, esok mmg betul2 saya dpt jutaan ringgit, saya sanggup gadai maruah. itupun klu upline saya sanggup meminjamkan RM1000 utk dibuat modal. mereka kan banyak duit. :)

bg saya, terus memujuk org untuk menjadi downline adalah sesuatu yg menggadai maruah. malunya sama seperti berbogel di tengah jalan. baik saya berbogel di tengah jalan :). bila saya menolak, mereka akan berkata "MACAMNI LA MELAYU. XNAK TOLONG MELAYU". alah...biasela tu. apa lagi yg mampu mereka cakap?

antara ayat kegemaran mereka :
"nabi menggalakkan umatnya meniaga. nabi juga berniaga."

ya....mmg betul. tp nabi tidak pernah takbur dgn harta yg ada.

lalu mereka menjawab :
"aku bukan takbur, aku nak share dgn kawan2"
ya....kepala hotak engkau.

mereka sering berkata:
"wang bukan segalanya tetapi segalanya perlukan wang"

saya berkata :
"ilmu bukan segalanya tetapi org yg xde ilmu aje yg cakap mcmtu"

mana anda pilih? berhibur di genting seorang diri atau minum teh tarik bersama kawan2 yg sgt memahami di kedai mamak? saya pilih yg kedua. ya, bila ada wang kwn2 akan datang. tetapi disebabkan apa?

apa
yg paling saya tidak gemari tentang golongan ini ialah sikap tidak hormat terhadap bidang yg diceburi org lain.

"kau buat design ni baper sen je kau dapat?"

inilah bisnes org kita. mana blh buat bisnes yg untungnya sikit. kena la tamak. kena la banyak cakap. kena la pandai menipu. baru boleh kaya. sehingga waktu blog ini ditulis, jiwa saya masih belum terbuka utk terlibat dgn bisnes sebegini. saya tidak menuduh semua org yg terlibat perangainya begini. tetapi sehingga hari ini saya masih belum jmp lagi mereka yg membuat bisnes ini tidak berperangai seperti ini. kalau ade pun, ahli yg tidak aktif. okla saya dah penat. lain kali saya cerita lagi.

ohh! lagi satu, awas sekiranya kwn yg kurg rapat yg sudah lama tidak hubungi anda tiba2 telefon/sms.

p/s : "helo brader! lama xdgr citer!! amacam? dah kaya?? aku on the way nak kaya ni! helo?? helo???...tuttt...tuttt.."