Monday, June 30, 2008

Batu Pahat

entri ini ditujukan khas buat warga batu pahat (bp), johor. anda tidak dipaksa baca sekiranya anda bkn org bp sbb anda takkan tertarik. pengamatan saya sepanjang di sini ialah :

1. bangunan tertinggi di bp masih lagi menara majlis (17 tingkat)
2. terdapat 5 atau 6 buah mapley di dalam bandar bp. 2 daripadanya ada wi-fi
3. the store yg dulunya fajar di belakang summit juga telah tutup
4. harga nescafe ais sekitar rm1.50-rm2.00
5. terdapat 5 org pondan yang berniaga di dataran pd waktu mlm, seorang daripadanya praktikal trainee
6. nasi baryani md. syah tutup hari jumaat tetapi masih byk gerai nasi baryani cetak rompak (antaranya nasi baryani syah) yg dibuka pd hari tersebut
7. kebanyakan kedai hp tidak menerima O2 Xda II utk di-trade in
8. satay kajang tiruan di bp sangat manis sedangkan penjualnya sangat masam
9. cikgu yang menampar saya ketika tingkatan 5 sudah mati
10. tugu batu pahat telah diwarnakan - mcm polistrin

alkapon
wah! seninya!

11. 'pak arab kedekut' telah membuka restoran kedekut
12. cashier di Guardian jln rahmat sgt cantik. awek hotlink di summit pun. (hai!! saya lah mamat haritu! saya lahh!!)
13. wira court hampir muflis, pasific mall & carrefour semakin sesak
14. traffic light di simpang 4 jln bakau condong (bkn simpang 4 the summit) masih bermasalah
15. ikan kini tidak byk dijual di pasar basah
16. remaja lelaki di sini juga ber-shuffle
17. cc joe kini ada akuarium. lep masih bekerja di situ
18. separuh dari ruang niaga di bustand lama telah didominasi oleh peniaga cina
19. pak atan renggo masih hidup & sihat
20. pondok polis semakin banyak, jenayah sgt kurang


alkapon
hot.fm mini jam

"juhan me'as di neregi roang, juhan tabu di neregi senridi, belih yabik di neregi senridi"

sebulan saya di sini. ianya jangka masa yg paling pjg sejak 2005. walau sejauh mana moden pun kl, saya tidak akan melupakan segala kenangan di sini - tempat saya belajar merokok, ponteng sekolah, menonton video lucah, me**** ****k (xnak btau) & ribuan perihal zaman kanak2 & remaja. saya tidak mahu jadi seperti si tanggang, asal klate ngaku kl, asal pahang mengaku hartamas, asal johor mengaku singapore. saya org johor, tetap org johor.

terima kasih kepada hamed sportrim, john taring, mat potoi & juga a.r. tompi kerana sentiasa bersama saya sepanjang di sini. nnt dpt loan gua payung.






s/p : sebok tepang tika pelak satik jomom? lamam lupak pelak mahed fi-wi paktun lajan mo'ar. lakau rokang yapung tesmi race. pelas tu pelak daratan ngetok tetek donpan jomom!!!

Friday, June 27, 2008

Survey : Buta

soalan : apa pendapat anda tentang org buta yg minta sedekah di kedai2 makan?

jawapan :

che_antz ...: pandangan aku kena kawal la..
che_antz ...: sebab terlalu ramai sangat jadi camtuh..
che_antz ...: nak sekat tuh susah haa..
che_antz ...: tapi benda tu buleh dikawal..

afzan kamal: hmmm ntah..kalau sambil mintak sedekah bagi tissue ke calender ke ok la

suhaida sahiaren: aku rase dieorg boleh bt keje lain
suhaida sahiaren: kan ade tempat org bute
suhaida sahiaren: yg buat mcm kraftangan

pyan dhuka: aku rasa x patut la
pyan dhuka: better diorg wta keje lain

graphic dept: ahaha
graphic dept: biasa la.
graphic dept: buat design merdeka
alkapon®: lerkk

Monday, June 23, 2008

Hye Kamoo!

sejak akhir2 ni saya sangat sibuk & tidak sempat menulis blog. banyak lagi perkara perlu dibuat. tapi setelah membaca profile seorang gadis yg mungkin belum cukup matang & sedang mencari identiti membuatkan saya terpanggil utk menulis entri ini.

"sayer seorunk yg periang & pemalue. ader kawan kater sayer nie santek & agak giler2. aper pendapat kamoo? kalao kamoo nuck b'kawan ngan sayer boley ajer tapie jgn harap sayer nuck bagie nopon sayer. sayer dah buhsan ngan owrunk cam kamoo, blom knal sangat dah mintuck nopon & nuck kenal sayer sebab ke-santik-an sayer bkan dirie sayer yg sebenar..."


adik2 yg dikasihi. tlglah sedar, ayat seperti ini sangatlah mcm hamlau.

memang saya tidak perlu peduli sebenarnya dgn individu sebegini. lama2 mereka akan sedar betapa bangangnya mereka. tapi apa salahnya kalau saya cepatkan sedikit kesedaran mereka kan?



owhkeylah! sayer nuck pegi minoom ngan kuhwan2. buhbye!

Sunday, June 15, 2008

Neo-Melayu

"ape la yg kau nak carik kat kl tu. xde ape yg seronok"

ini adalah nasihat yg diberikan oleh seorang teman kira2 3 tahun yang lalu. bg anda apa yg seronok? bagi saya, sekiranya niat saya berhijrah bukan utk berseronok itulah yg membuatkannya seronok.

semenjak berhijrah keluar dari negeri kelahiran saya, byk ragam manusia & haiwan yg telah saya temui. saya timba pengalaman - baik & buruk. antaranya ialah sewaktu pertama kali ke taman tema air terhebat di malaysia. wah! itu sgt seronok. pertama kali saya melihat gadis melayu bawah umur berbikini sambil memegang setin Carlsberg sama seperti di los angeles. puting mereka timbul. saya sangat terpukau! "org melayu pun ada mcm ni jgk ye!!" begitulah naifnya saya. yelah, selama ini hanya tonton di tv, paparan gadis berbikini tidak ditekankan, nanti penonton melayu tulis surat protes kepada media. orang melayu memang sangat prihatin dlm hal berkaitan media. mungkin bila mereka bangkitkan, mereka blh popular agaknya.

alkapon
cuci mata. tgk celabon

kemudian pertama kali saya jejakkan kaki ke dalam pusat hiburan di ibu kota. walaupun saya akui saya sangat kejakunan ketika itu, tetapi saya berpura2 professional. terasa tidak cukup mata memandang gadis2 melayu memakai pakaian yg seperti tidak dipakai. menari sambil mabuk. wah! macam girls gone wild!

bila pulang ke kampung halaman, saya jarang bercerita tentang pengalaman sebegini ketika melepak dengan kawan2. saya tidak mahu dipukul. namun suatu hari ketika di kampung, saya berbual dgn seorg kawan yg sedang bangga bercerita:

kawan : kau kat kl xg clubbing ke?
saya : x, jarang (dia tidak mendengar perkataan 'jarang' sebenarnya)
kawan : pergh! klu kau pegi konfirm syok siot! pompuan kat sana...pergh!!
saya : wah bestnye!
kawan : aritu aku pegi ng si polan & si polan. si polan tu open bottle beb! ***(jenama arak apekelancau) tu!! heaven gila!!
saya : gile la! power siot!! aku pun nak pegi la kalau mcmni!! (spt biasa, pura2 tertarik)
kawan : ok, nnt klu kau nak pegi kau koling2 aku. aku mmg ade member kat ***(nama club) tu. kau mabuk x?

mungkin agak mustahil sekiranya ada yg menganggap saya seorang yg baik tetapi saya tidak minum arak. belum pernah merasa & tidak pernah berkeinginan utk merasa. semoga iman saya dipelihara. sebenarnya bukan pasal arak yg saya ingin tekankan, ada juga kwn2 saya yg kaki mabuk & ianya diluar kawalan saya, tetapi tentang kebanggaan muda-mudi melayu bercerita tentang hebatnya mereka mabuk.

mengikut pemerhatian saya, muda-mudi hari ini kebanyakannya sangat malu sekiranya orang tahu bila mereka sembahyang (mungkin terpaksa) tetapi sangat bangga bila berbicara tentang air mabuk. ini sangat unik kerana ketika kanak2 dahulu, perkara ini terbalik. hari ini, saya mungkin dianggap naif bila tidak berbicara tentang jenama2 arak terkenal. saya bukan tidak mahu tetapi saya tidak tahu & tidak mahu tahu. perlu ke saya bercerita juga?

saya percaya masih ramai lagi muda-mudi melayu yg bersikap seperti saya tetapi mereka malu untuk mengaku bahawa mereka tidak mabuk atau membuat perkara2 haram yg lain. takut dianggap ketinggalan atau kekampungan. ya, mereka akan ketinggalan. globalisasi semakin jelas menawan kita. kita semakin kebaratan. tidak lama lagi kita akan jadi seperti turki ketika zaman pemerintahan *mustapha kamal attartuk. syukurlah...melayu semakin maju.

mungkin saya tidak mampu menegah semua muda-mudi sebangsa saya untuk berhenti dari membuat dosa. ianya sangat sukar.

tetapi mungkin bangsa saya boleh berhenti daripada terus berbangga dengan dosa yg dibuat.






berhenti bercerita. ianya tidak menarik.




p/s : mlm td saya & kwn2 terjumpa seorang cina mabuk yg tayar keretanya termasuk ke dalam parit. walaupun dia cina mabuk, tapi kami patut tolong. cuba fikirkan dari segi kemanusiaan, bkn attitude. (tapi klu anda seorang diri & tidak samseng, baik jgn tlg)


*terima kasih kepada
dindaa di atas info ini

Saturday, June 14, 2008

Neon

perlukah saya sentiasa bercerita berkaitan design sekiranya saya seorang designer?

target pembaca saya ialah ANDA. tidak semestinya anda seorang designer. untuk itu, saya perlu lebih mesra pembaca & tidak ghairah dgn berbual mengenai jargon2 kehidupan saya sahaja. saya tidak berniat menjadikan blog ini seperti diari hidup saya. ianya sangat kepondanan. lagipun saya bukannya sesiapa.


tapi saya dan kawan2 ada rancangan lain :

alkapon

nantikan kemunculan kami
100% design

Friday, June 13, 2008

Kawan-kawan Saya

kawan : hai!
saya : helo
saya : aku migrain
kawan : oh
kawan : kau nak tau? td bf aku poKPekPokPEkpOK
kawan : mak dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : gf lama dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEK
saya : aku migrain ni
kawan : dah mkn ubat?
kawan : td kan, masa aku poKPekPokPEkpOKpeK
kawan : lpstu dia poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoK
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
saya : hey
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEk
kawan : poKPekPokPEkpOKpeKPokPEKpoKPekPokPEK
saya : hey!!!!
kawan : aha? ape dia?
saya : kepala bapak kau la!


saya punyai ramai kwn yg suke bersikap sebegini. xtau kenapa. bagi saya, sekiranya saya hormat orang, saya akan mendengar apa mereka kata selain ghairah bercerita tentang hal saya. tidak semestinya saya faham, menyokong atau percaya pada cerita mereka, tetapi sekurang2nya saya berpura2 berminat walaupun cerita itu tidak menarik. saya inginkan persahabatan yg saksama. bkn hanya seorang yg menjadi pencerita. ada kawan yg segala hal tentangnya saya telah tahu. tentang kekasihnya, ahli keluarganya, hal2 kerjanya, hal ranjangnya, semuanya saya tahu. malangnya dia tidak tahu pun saya belajar di mana. anda punyai sikap begini? ubahla. tolong sedar, cerita anda bukan menarik sangat.

alkapon
saudara & saudari, persahabatan ada beberapa peringkat:

baru mengenali : ini adalah tempoh perkenalan anda dgn kawan baru itu. pada waktu ini sikap yg anda tunjukkan memainkan peranan penting kepada mereka kerana pada waktu inilah mereka menilai anda. kadangkala saya terpaksa hipokrit dalam tempoh ini. mungkin lebih baik kan?

krisis : bila sudah kenal pasti ada sesuatu yg tidak memuaskan hati yg ada pada kawan tersebut. apa yg perlu anda buat ialah cuba cari jalan utk memulihkan persahabatan tersebut.

kawan jangka panjang : ya, sekiranya anda berjaya melepasi peringkat di atas, maka anda akan menemui peringkat ini. anda mula mengenali hati budi mereka. sahabat ini akan diingati & mungkin akan menjadi penting dlm jangka masa panjang.

atau

pegi mampos :
sekiranya kawan itu mmg perangainya tidak sesuai dgn anda, maka anda akan jmp peringkat ini. cari kawan lain.

kawan2 saya semuanya mempunyai sikap yang bagus bagi saya. sebab sekiranya tidak bagus, mereka bukanlah kawan saya. bagus bagi saya bknlah seorg yg terer. tetapi yg tidak bebual mcm terer.

ramai yg tidak sedari. apabila mereka berbual, mereka :
-
memandang kiri & kanan lebih kerap dari memandang muka pasangan berbual
-memandang gigi, bukan memandang mata pasangan berbualnya
-tidak memberikan perhatian apabila pasangan berbual mula berbual hal serius
-ghairah bercerita tanpa mengambil tahu cerita pasangan berbual
-asyik memandang buah dada kawan perempuannya (saya pun! saya pun! hahaha)
-bertanya soalan yg sama berulang kali (ops, saya ada sikap ini. sbb saya sgt pelupa). jelas dia tidak mengendahkan jawapan anda. sekadar memenuhkan waktu bersama dengan bunyi2an berbentuk soalan ulangan sebegini.

kwn2 yg baru mengenali pula sering :
-membuat lawak yg tidak kelakar atau lawak tahun 90an yg dah basi
-lebih gelak dari bercakap
-segala pergerakan anggota badan dipantau

kwn2 yg suka pada anda pula akan :
-bercerita hal yg lebih detail atau masalah peribadi
-tiba2 menjadi seorg yg good listener & cuba mmberi idea penyelesaian kepada masalah anda walaupun ideanya bangang
-tiba2 menceritakan segala rahsianya kepada anda
-tiba2 punyai minat yg sama dgn anda.
ohh...saya tidak patut bagitahu apa seterusnya. nnt saya yg kantul




saya nak tgk bola. nanti saya cerita lagi.

Thursday, June 12, 2008

Siapa Mahu Kaya?

saya masih merasakan amalan menulis blog adalah amalan para gadis & juga pondan. saya tidak pondan. saya lelaki sejati. saya ade 10 org kawan: banok, suzyD, roy kelong, paiman jengjeng, deknoe, blablablablabla....

ohh... sbnrnye saya ada lebih dr 10 org kawan.

klu saya tulis semua nama kawan saya mesti anda akan tutup window ini so lebih baik saya xpayah tulis. tp klu saya bagi anda rm10 utk baca 1 post, saya yakin anda sanggup. tapi maafla saya tiada duit. kwn saya mmg tidak ramai. mungkin kwn2 saya akan bertambah ramai sekiranya saya seorg agen MLM.


anda ingin kaya? joinla bisnes sebegitu. saya ingin kepuasan dalam hidup. mengapa harus saya habiskan 6 tahun hidup saya menuntut ilmu grafik jika akhirnya saya memilih utk bisnes sebegini? saya sangat meminati apa yg saya pelajari. mengapa saya harus cari alternatif lain?

soalan : tetapi bagaimana sekiranya satu hari nanti saya betul2 terdesak & tiada pilihan lain selain memilih sumber wang sebegini?
jawapan : sekiranya saya melabur rm1000 hari ini, esok mmg betul2 saya dpt jutaan ringgit, saya sanggup gadai maruah. itupun klu upline saya sanggup meminjamkan RM1000 utk dibuat modal. mereka kan banyak duit. :)

bg saya, terus memujuk org untuk menjadi downline adalah sesuatu yg menggadai maruah. malunya sama seperti berbogel di tengah jalan. baik saya berbogel di tengah jalan :). bila saya menolak, mereka akan berkata "MACAMNI LA MELAYU. XNAK TOLONG MELAYU". alah...biasela tu. apa lagi yg mampu mereka cakap?

antara ayat kegemaran mereka :
"nabi menggalakkan umatnya meniaga. nabi juga berniaga."

ya....mmg betul. tp nabi tidak pernah takbur dgn harta yg ada.

lalu mereka menjawab :
"aku bukan takbur, aku nak share dgn kawan2"
ya....kepala hotak engkau.

mereka sering berkata:
"wang bukan segalanya tetapi segalanya perlukan wang"

saya berkata :
"ilmu bukan segalanya tetapi org yg xde ilmu aje yg cakap mcmtu"

mana anda pilih? berhibur di genting seorang diri atau minum teh tarik bersama kawan2 yg sgt memahami di kedai mamak? saya pilih yg kedua. ya, bila ada wang kwn2 akan datang. tetapi disebabkan apa?

apa
yg paling saya tidak gemari tentang golongan ini ialah sikap tidak hormat terhadap bidang yg diceburi org lain.

"kau buat design ni baper sen je kau dapat?"

inilah bisnes org kita. mana blh buat bisnes yg untungnya sikit. kena la tamak. kena la banyak cakap. kena la pandai menipu. baru boleh kaya. sehingga waktu blog ini ditulis, jiwa saya masih belum terbuka utk terlibat dgn bisnes sebegini. saya tidak menuduh semua org yg terlibat perangainya begini. tetapi sehingga hari ini saya masih belum jmp lagi mereka yg membuat bisnes ini tidak berperangai seperti ini. kalau ade pun, ahli yg tidak aktif. okla saya dah penat. lain kali saya cerita lagi.

ohh! lagi satu, awas sekiranya kwn yg kurg rapat yg sudah lama tidak hubungi anda tiba2 telefon/sms.

p/s : "helo brader! lama xdgr citer!! amacam? dah kaya?? aku on the way nak kaya ni! helo?? helo???...tuttt...tuttt.."

Bila Petrol Naik

maaf kerana walaupun telah menyatakan bahawa saya bosan dgn isu ini, saya masih menulis mengenainya. mungkin kerana naluri 'mat bola' saya yg menggesa akal utk terus menulis.

saya tidak menyokong. mungkin saya membangkang tetapi tidak sepenuhnya membangkang. apa yg membuatkan saya rasa jelik ialah media. tv banyak membela/mempertahankan alasan kerajaan di atas kenaikan harga minyak sedangkan org ramai byk mengutuk kenaikan ini melalui emel/blog. kerajaan kerap kali membandingkan harga minyak malaysia dgn singapura yg tiada minyak & nilai matawangnya lebih 2kali ganda lebih tinggi dari malaysia.

"BRUNEI LAIN CERITA", kata pemimpin.

rakyat pula tidak berhenti forward emel tentang perbandingan harga minyak malaysia dgn arab saudi, mesir, dan kebanyakan negara arab yg org bodoh pun tahu kat negara2 tu mmg byk minyak. tp rakyat tutup mata. yg kita tahu, forward, forward & forward emel2 tersebut dgn harapan harga minyak akan turun. huh! JANGAN HARAP.

ada emel yg menyeru orang ramai agar memboikot stesen minyak selain stesen minyak tempatan. misinya: bila semua stesen minyak lain bankrupt, harga minyak akan turun. saya tidak mahu menulis byk. cuma 1 je saya nak beritahu. sekiranya hanya saya seorang sahaja peniaga beras di negara ini, saya akan naikkan harga beras sekaw2 mungkin sebab saya tiada pencabar. anda ada pilihan?

bila petrol naik, harga makanan pun naik. semua peniaga memberi alasan yg sama tetapi berbaloikah harga sekeping roti canai yg berharga rm0.70 dinaikkan kpd rm1.oo semata2 kerana petrol naik rm0.78 sen seliter? siapa yg untung sebenarnya? mungkin mereka menebar roti menggunakan minyak petrol.

apa yg pasti, minyak di bumi ini akan habis.

sebenarnya bahan api baru yg menggantikan petroleum sudah ada. cuma belum dikomersilkan. kesannya sgt besar sekiranya dikomersilkan sekarang. tahu kenapa?







p/s : saya ingin menanam dinasour dari sekarang supaya cicit kepada cicit kepada cicit kepada cicit saya nanti tidak dibebani masalah harga petrol.

Introduksi

saya merupakan seorang pelajar ijazah lanjut umur di uitm shah alam dalam jurusan rekabentuk grafik. ramai yg pelik mengapa saya sanggup melanjutkan pelajaran sedangkan saya sudah bekerja & sudah mula menanggung hutang. alasan saya hanya satu :

mahukan sekeping degree.

alasan kedua pula sbb ramai awek wlupun hanya satu alasan yg saya berikan kepada keluarga.


sebenarnya jurusan yg saya ambil tidak terlalu memerlukan saya untuk mengejar degree kerana apa yg penting ialah portfolio & cara bekerja. kewangan pula menjadi cabaran yg paling getir memandangkan harga petrol yg baru naik & harga rokok sgt mahal. saya tidak mahu berbicara tentang kenaikan harga petrol kerana telah ramai org berbicara tentangnya - bosan. saya kini berada di pertengahan pengajian. maka hanya alasan kedua saja yg menjadi faktor utama mengapa nama saya masih ada di uitm.

EURO 2008

helo! maaf kerana ketiadaan masa utk berblog tp masih berangan utk menulis blog. mungkin pada waktu ini saya lebih ghairah utk meluangkan masa bersama kawan2 di kampung & bermain bola bersama adik2 dari taman sebelah yg sudah pandai isap rokok. maaf kerana memulakan blog tanpa sebarang introduksi & sebahagian blog yg dipost merupakan blog lama yg dipost semula.

pada waktu blog ini ditulis, saya sedang bercuti semester. ini bermakna rutin sebenar saya agak berbeza dgn apa yg sedang saya lalui ketika ini. saya sedang berada di kampung halaman, di batu pahat, johor. di sini saya selalu main bola. wlupun tubuh saya saban hari semakin tidak ideal tetapi di sini saya masih bersukan hampir setiap hari. anda mampu? sebenarnye bermain bola & bersukan bkn menjadi fokus saya sekarang. fokus sebenar saya ketika ini ialah EURO 2008 yg sedang berlangsung. tp tak payah la saya taip pasal tu. anda xbaca suratkhabar ke?

Thursday, June 5, 2008

Hello Designers!

dear myspace designer-wanna-be,

this is the tips of how to be a great myspace designer. everything u need is ms. paint, times new roman, little bit of scripting knowledge, others graphic those are taken without permission, dumb classmates for supports and some sexy girls for clothing talents. put them together in ur myspace. list as many popular art groups as u can in your topfrens. dont forget to put any incoming gig fliers so peoples will think u are part of them and always updated. btw, it's actually good for the gigs organizers, good job! put your favourite songs as background music to tell everybody about what music u r listening to. no malay song pls. write stupid repeated bulletin with different stupid titles. photo gallery must have your picts with stupid graphical effects and titled it as art,art & art. dont forget to put ur secret admire's photo too! the most important thing is declare yourself as a DESIGNER and dont forget to write any humble statements like "saya budak baru belajar" or "kami bengap" or etc.

Hello Photographers!

everybody wants to be a photographer. everybody can shoot for weddings. u must always talking about popular photographers so peoples will think that they (popular photographers) are ur frens. must tell every single thing u know about camera before been asked to pull attention and make peoples know that u know everything. must have your own fotopage with many kind of "abstract" images without knowing what abstract really is. OWN comments are most welcomed! shoot nonsense pictures and declare them as experimental. all u need is a hi-end dSLR camera with full accecories and gadgets. hold it in ur hand not on ur neck u morrone! buy a battery extention pack so u'll look more professional. knowledge is not necessary. because photography is for accountants, engineers, etc. who found it's hard to get a proper job that suits with their diplomas and degrees. maybe because photography is more artistic than joining multi-level-marketing or FOREX jobs. u can call it making money in artistic way and ur girlfrens may call u multi-talented superheroe. i'm not saying that accountants or engineers cant be photographers but at least can u study photography before doing photography? it's not just about technical, it's about many things. about life and it's relation to art. everybody becomes photographers, photographers become worthless. pathetic.

one more thing, can u pls stop trying to be a MALAYSIAN DAVE HILL if it's only because u just found the plug in of DAVE HILL's skill yesterday? can u stop searching hollywood celebrity picts and DAVE HILL-ed them and proudly declare them as ur artwork? it's just a few mouse click u design desperado! europe artists trying hard to make 3d images look real but why our peoples trying hard to make real picts look 3d? when few photographers trying to explore the effects it looks cool but when everybody is trying, it SUCKS!