Saturday, July 26, 2008

Percayalah Cakap Saya

percayalah cakap saya...
orang akan pelik sekiranya ada orang melayu muda yg kaya sedangkan ibu bapanya miskin
orang bertambah pelik sekiranya melayu muda itu tidak pandai menipu

percayalah cakap saya...
bila dapat ptptn :
pelajar lelaki suka buat belanjawan ketika wang ptptn tinggal sikit
pelajar perempuan suka beli printer

percayalah cakap saya...
pada ketika ini anda sibuk searching info tentang heath ledger & surf video2 joker di youtube. dulu masa dia hidup xnak amek tau pun

percayalah cakap saya...
sekiranya anda berumur 20an, anda merasa keji melihat budak2 lelaki bershuffle tetapi anda terlupa dulu anda sibuk ber b-boy. kedua2nya bagus utk kecergasan sedangkan mengutuk aktiviti itu tidak bagus utk apa2 alasan pun. itu anda lupa

percayalah cakap saya...
selepas makan nasi lemak terkenal di kg baru, anda akan merungut kerana harganya mahal & tidak berbaloi. tapi anda akan datang utk makan nasi lemak di kedai yg sama lagi. kenapa ya?

percayalah cakap saya...
mencintai gadis/lelaki sebelum mengenalinya adalah sesuatu yg tidak bagus. bila anda kenal dgn lebih dekat, byk kekurangan & ketidakpuasan yg anda akan jumpa, anda mula menyesal memilikinya. sama seperti i-phone

percayalah cakap saya...
ramai lelaki melayu yg lahir sekitar 80an bernama APIS. tiada apa pun yg salah. cuma sbb ramai. xpercaya? cuba kira berapa banyak apis yg anda kenal

percayalah cakap saya...
bila anda ikhlas berkawan dgn kaum lain, perkauman adalah sesuatu yg asing bagi anda.
bila seseorang dari kaum itu menyakiti anda, anda akan membenci seluruh kaumnya. salah siapa sebenarnya?

percayalah cakap saya...
kebanyakan pembeli handphone NOKIA CHINA sedang merasa menyesal ketika entri ini ditulis. wlupun handphone tu ade tv, perasaan menyesal tetap ada.

percayalah cakap saya...
15 tahun lalu, kita masih boleh tahan berdiri di tengah panas. sekarang tidak lagi. bila nak insaf?







saya belum mati.

saya masih hidup ketika entri ini ditulis
. saya cuba utk terus menulis selagi perlu. walau dah mati pun saya tetap akan cuba. cuma sangat sibuk ketika ini. study, kwn2, keluarga & kerja. percayalah cakap saya...

Tuesday, July 1, 2008

Pusing

saya jumpa sesuatu yg menarik hari ini :
alkapon
gadis ini sedang berpusing kan? tapi ke arah manakah yang anda nampak?

















skroll ke bawah...









sekiranya anda nampak pusingannya mengikut arah jam
bermakna anda menggunakan OTAK KANAN

sekiranya anda nampak pusingannya berlawanan
bermakna anda menggunakan OTAK KIRI

sekiranya anda hanya nampak puting berpusing
bermakna anda mempunyai OTAK KUNING


sesetengah orang nampak ianya berpusing kedua2 hala tetapi kebanyakan orang hanya dapat melihat ia berpusing sehala.
sekiranya anda cuba melawan arah pusingan yg anda nampak dan berjaya, IQ anda melebih 160! - bermakna anda seorang yg GENIUS! (hampir2lah)


ya, kedua2 hala boleh dilihat.


saya pun nampak.


eheheh...





(tq tembam & isya)