Monday, March 23, 2009

Jawapan untuk Saya Lelaki Sejati

entri ini merupakan jawapan saya utk komen2 pembaca terhadap entri SAYA LELAKI SEJATI yg saya tulis pd 10 November 2008.

terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada yg sudi membaca & memberi pendapat tersendiri terhadap entri tersebut. saya tidak berniat utk menyinggung perasaan sesiapa. saya mohon maaf sekiranya ada yg tidak blh terima apa yg saya tulis.

saya bkn seorg yg sgt defensif. saya sedia bertoleransi dlm byk hal lebih2 lagi dlm perkara yg bkn bidang saya & perkara yg saya tidak ada fakta khusus tentang kesahihannya. bidang saya ialah design, bkn bidang cinta. saya sedia terima segala teguran. no offense brader. respon yg pembaca berikan dlm entri tersebut secara xlangsung byk mengajar saya & memberi inspirasi utk saya terus menulis. sama ada menyokong atau menolak, saya tetap hargai.

utk makluman semua, entri tersebut bkn bertujuan menyebarkan kebencian terhadap kaum hawa. saya seorang lelaki & ada juga kaum hawa yg saya sgt syg termasuk ibu, adik beradik & juga teman. saya tidak kutuk perempuan. saya xpaksa ubah pun. sekiranya kaum hawa rasa ape yg mereka buat tu tidak salah, sila teruskan. sbb saya pun menulis berteraskan tagline blog ni & saya xkata semua perempuan begini. sila baca tagline blog ini sbyk 100x.
*sila google definisi tagline.

saya juga sangat gembira sekiranya penulisan saya dibalas dgn komen pembaca. apa lagi yg lebih memberi kepuasan dlm menulis selain dari respon pembaca kan? ada yg setuju, ada yg suruh saya menyelami lagi hati perempuan, & ramai juga yg berkata tidak semua perempuan mcm tu – mereka hanya mengulangi ayat saya dlm perenggan ke2 dlm entri tersebut. saya tidak rasa ayat mereka memberi masalah. tulis sahaja komen, saya hargai.

cuma baru2 ini saya dpt komen dari seorang yg bernama anonymous yg berbunyi :


cara tulis mcm br putus cinta je? rilek rrrr.. mak n siblings aku pn pompuan gak do, agak2 r kutuk..
tk semua kot aku rasa cm tu..


ok saya berikan jwpan mengikut ayat demi ayat ok?


saya tidak putus cinta dgn sesiapa pun baru2 ini sbb saya bkn tgh bercinta
mak saya pun perempuan. tiada sesiapa mempunyai mak berjantina lelaki di sini. saya pun ada sibling perempuan & saya xrasa saya kutuk mereka sbb muck sayer tuckder tulish camnie pown..
sila baca perenggan 2..

saya tidak rasa komen tersebut sgt mencabar atau mendatangkan kemarahan terhadap saya. saya hanya grab komen tu secara random saja.

ingin saya beritahu di sini bahawa setiap kali saya tulis entri yg seperti ini (SAYA LELAKI SEJATI) saya akan mengambil masa bkn 30 minit, bkn 1,3,5 atau 7 jam tapi hampir 2 hari & pemerhatian yg mungkin smp berbulan2 atau bertahun. saya ingin pastikan apa yg saya tulis blh diterima ramai. saya cuba mencari jwpn sblm saya disoal. mungkin anda blh klasifikasikan saya sbg lembab atau bangang tp itu terpulang kpd anda, saya xamek hati.

entri ini bknlah 1 cara bagaimana lelaki melihat perempuan sepertimana yg sesetengah pembaca komenkan. entri ini ditulis oleh saya, bkn ditulis oleh semua lelaki. sekiranya saya salah sila salahkan saya, jgn salahkan semua lelaki yg tidak berdosa di luar sana. sekiranya saya seorg perempuan mungkin pembaca akan menganggap entri ini mengutuk lelaki pula kan? entri ini juga bukannya memberitahu cara saya melihat perempuan, tetapi cara saya melihat org di sekeliling saya – lelaki & perempuan. kalau di keliling saya adalah beruk saya akan menulis tentang beruk tapi saya tau tiada beruk yg akan membaca blog saya sbb tu la saya tidak tulis entri tentang beruk.

lagi 1, saya harap sgt pembaca meninggalkan nama & juga pautan ketika meninggalkan komen. tiada siapa yg suka org tidak dikenali masuk ke rumah tanpa memperkenalkan diri & terus berckp tanpa selidik bukan? sekiranya ada, saya tidak rasa saya terlalu pengecut utk menghalau stranger tersebut sbb itu kan rmh saya.

saya tidak rasa perlu tunduk setunduk2nya sehingga terpaksa memadam entri ini. & xpula boleh mendongak dan merasakan apa yg saya tulis semuanya betul tanpa blh dipertikai. saya harap dpt berdiri sama tinggi dgn semua supaya org di sebelah blh menegur sekiranya saya tidak wangi & saya blh tarik mereka sekiranya mereka tertinggal di belakang. saya harapkan ada kebaikan yg dpt kita kongsi & tiada kebencian yg akan timbul.

walau bagaimana marah atau bencinya pembaca terhadap saya selepas baca entri tersebut tidak akan memadam rasa hormat & cinta saya terhadap kaum hawa. saya juga tidak akan mencintai mana2 lelaki sbb lelaki selalunya berbau ketiak lebih2 lagi selepas bermain futsal. TETAPI BUKAN SEMUA LELAKI.

saya telah menjangkakan ramai yg akan mempersoalkan bila membaca entri tersebut, maklumlah saya bkn seorg penulis hebat. klu saya hebat mungkin klu saya kata muke boifren kau mcm tomato pun kau redha je kan? kan? ok ok tak tak tak. gurau je. jgn emosional.

ha lagi 1, maaf semua sekiranya badwords yg pernah saya gunakan dlm blog ini sgt tidak disenangi. saya cuba ubah. saya tahu silap saya kerana bkn semua org mcm saya. saya minta maaf utk itu. sekurang2nya saya tahu blog saya dibaca oleh pembaca yg berbagai jenis.

ape pun, terima kasih kepada pembaca yg sudi promote blog ni pada kwn2 spt di status ym & juga di blog sendiri. sape la agaknye kau ni ek? terharu btl aku. tq very much brader. yg sudi menegur pun – saya sgt2 rasa berterima kasih.

ok saya dah penat. dgn ini, dgn penuh rasa rendah diri saya ingin memohon maaf utk ke berapa kali ntah kepada pembaca yg tidak menyenangi apa yg telah saya tulis. & kepada awek2 yg baca blog saya ni tlg jgn marah sgt. saya pun manusia biasa yg kadangkala hanya bercakap mengikut emosi bkn rasional. jgn lak smp xde sape nak kawen ng aku lak nnt.

tp kan, klu xbyk pun, mst ade sikit isi dlm entri tu yg buat anda berubah kan? eleh...jgn tipu la.


p/s : SAYA LELAKI SEJATI partII akan menyusul. aku tgh research. harap sudi tunggu.

12 comments:

mr. hafis said...

jid.
chill beb.
yang mana guna sniper tu tak faham.

fokus sahaja kepada yang faham.
sebab nanti lama-lama yang tak faham itu akan cari juga sampai faham.

:)

alkapon said...

tq bro! awal btl kau komen. tq tq

mr. carl arif said...

wei gua punya ketiak MANA ADA BAU! gua TAK MAIN FUTSAL POWN!

argh!

kau balas komen minah tu agak kelakar gak la. mesti dia sakit hati kan? kesian oo..

norfa08 said...

teruskan sahaja sampai part ke seratus pun takpe...

mungkin tak semua betul dalam list yang ko hasilkan tu, tapi aku sbg pmpuan stuju je beberapa statement yg ado..!!

mungkin itu orang tidak dapat terima kelemahan diri. rilek sudah!!

(eh, tapi aku tak puas hati gak ni...hahahaha!!!)

Don Karldon said...

aku suka ego kau..keep it up!

D E M O N said...

ala jid..tulis je ape ko rase..kire ko ambik tau jugak la perasaan orang lain bile bace blog ko ni..klu aku..pedulik laa..tu blog aku suke ati aku la nk tulis ape..hahahahahahaaaaa!!

ape2 pun aku sokong kau! walau aku pompuan..tp ape yg ko tulis tu ade betulnye..xsalah utk menegur pun..sume orng xsempurna la.

bab ayat..klu ko tukar ayat ko jd skema aku tumbuk perut ko..ingat tu!

oyea~~

chendhawan said...

nak transform ke blog yang brtatasusila? no way beb...no way...

tis is you...n i love the way awak maki2..sebab makian awak tu bertempat...teruskan je maki2...makin awak maki makin humor saya rasa blog awak ni.

Anonymous said...

lek la bro..x suma org bleh paham.. kdg2 nak phamkan kucing suh jgan mkan ikan lg senang dri nak phamkan org..

keep ur style bro..wlau aku xsuka baca blog tp entri2 ko sbnarnya suh org lain think about life.. bkan sumanya indah..hidup klu xde masalah mcm lahir2 je mak bapak mmg kaya.. xpyah susah2 kerja pon ade duit..

ingatan untuk aku n kita suma.. Open our mind.. dah lma sangat org melayu ni peram minda tu..

Chow!

.mem besor. said...

suka! suka! aku suka! sempoi je dowwh. being a lady, i would still agree with what you said. i had fun reading ur entries. keep on cheering me up, okayh~

Zura Firdaus B. Japri said...

GO!!!!! Yeahaa...

sayangkema said...
This comment has been removed by the author.
amoibelonPEPEL said...

salam..1st masuk umah ko..best..cara penulisan, panjang dan teliti..agak jenuh nak membaca tapi fun nak baca..

stuju dgn pendpt tntg perempuan..pmpuan mmg camtu laa..kdg extra combo emo tu yg payah..tapi, itu lah perempuan..azali..