Tuesday, December 15, 2009

RM1.70 Sejam

"bang! tengok belah kili!!"

POM!!

"tq"..balas saya kepada seorang anak cina berusia lingkungan 11 tahun. kemudian tanpa disedari saya termerenung anak cina tadi.

anak cina : kenapa?

saya: xde pape.

kami pun terus bermain counter strike bersama di cybercafe berdekatan rmh yg keluarga saya baru diami di jb.

p/s: masa aku 11 taun dlu xde pun berkwn ng org 25 taun. :(

Wednesday, December 9, 2009

Pengajaran

ekceli ade beberapa post yg saya dah taip kat pc kat jhr tp malangnya kat sana tiada intenet n post2 tu blom sempat diupload. xpela, terlanjur seorang diri di shah alam ni biar saya isi sedikit blog ini dgn beberapa kisah memandangkan blog ini telah lama menyepi.

ok, mari kita kembali ke seminggu yg lalu. untuk makluman tuan2 dan puan2, komuter dari seremban menuju ke KL sentral TIDAK sama sekali melalui tampin & gemas. secara xdisangka saya telah mengenali lebih kurang 10 org pantai timur pada malam itu. pengajarannya ialah : xpayah buat2 cool bile xtau naik ketapi. ok tu je. simple. saya xnak citer byk. org kata biar byk melancap jgn byk cakap.

pengajaran seterusnya. kita kembali pula ke 2 minggu yg lalu - mlm raya haji. saya seorang diri dari kl menuju pulang ke kampung halaman seperti kebanyakan org lain. saya menuju ke jb. bertolak pada pukul 10.30 mlm dan jem bermula pkl 11 hingga 1.15 pagi. jem berakhir sejurus selepas susur ke seremban. saya berhenti berehat di restoran jejantas air keroh & kembali meneruskan perjalanan tidak lama selepas itu. saya begitu ghairah utk smp ke rmh & tidur dgn enaknya. tiba2 bateri henpon saya mati tidak jauh selepas meninggalkan restoran jejantas tadi. petanda tidak baik.

nak dijadikan cerita, tiba2 temperature kereta naik mendadak ke tahap merah. waktu itu pukul 2.45 pagi. cemas, saya terus berhenti di tepi highway berdekatan mesin S.O.S.

"HELO?! HELO?! HELO?!...".

tidak berjawab. keadaan menjadi tidak terurus. saya tidak tahu di mana saya berada kerana khayal ketika memandu tadi. lampu hazard pula rosak. berhenti di tepi highway tambahan pula pada waktu gelap begitu adalah amat tidak selamat. setelah kira2 20 minit berhenti saya nekad utk meneruskan perjalanan. saya tahu tiada siapa yg akan berhenti menolong memandangkan punggung saya tidak cukup cantik. kereta terus berjalan walaupun temperature tetap tinggi. langsung tidak melegakan.

sampai ke S.O.S seterusnya saya berhenti lagi & perkara sama berlaku. kali ini lbh kurang 1/2 jam. bila tiada kenderaan lalu keadaan jadi sunyi sesunyi2nya & gelap gelita. jam menunjukkan lbh kurg pukul 3.45 pagi. hantu? huwoh!! takut la jugak. perogol?? lagi la aku takut!! saya kembali meneruskan perjalanan dgn harapan utk jmp mana2 hentian atau setidak2nya nampak signboard & tahu di mana saya berada.

saya meneruskan lagi perjalanan dan syukurla... dalam 2km selepas itu saya ternampak signboard "HENTIAN YONGPENG 5KM".

sampai saja di hentian kereta terus mati dan meluncur terus ke tempat parking. huuuuu....nasib baik. di hentian saya terus caj henpon & call abang saya yg kebetulan berada di rmh mertua di batu pahat. beberapa minit selepas itu tow truck peronda sampai & saya berkenalan dgn 2 abg polis bantuan yg pada mulanya garang dan berubah jadi baik. mereka menarik kereta saya sampai ke plaza tol tp ramai pula makhluk penarik kereta yg menunggu di sana dgn wajah wang ringgit.

mujurlah dlm ramai2 mamat tu salah seorang drpnya kwn saya sesekolah dlu. dia hanya mengenakan caj rm80 utk membawa kereta saya dari plaza tol yongpeng ke batu pahat yg memakan masa kira2 1/2jam itu. kalau org lain ntah baper ratus dah ye? sampai ke rumah mertua abg kira2 pkl 6 pagi & bgn 7 pagi utk sembahyang raya.

pulang dari sembahyang raya, makan & bergegas pulang ke jb utk bertemu ibu bapa tercinta.


pengajaran :
  • elakkan berjalan jauh seorang diri pada waktu malam lebih2 lagi sekiranya kereta anda berusia lebih 10 tahun.
  • pastikan bateri henpon dicaj secukupnya sblm memulakan perjalanan. paling baik jika sediakan charger dlm kereta.
  • check btl2 kondisi kereta sblum berjln jauh. pastikan anda telah check minyak hitam, air, tayar spare.
  • ilmu design atau martial art tidak dapat membantu membetulkan kereta yg rosak
  • jgn sombong dgn org wlupun pada waktu ini org itu tidak ada kepentingan bg anda. mamat towtruck td adalah kwn ketika saya sekolah rendah.
  • jgn degil cakap mak bapak. ayah suruh saya blk naik bas tp saya degil.

*kereta saya mengalami beberapa kerosakan & kos membetulkan hampir rm700


p/s : polis bantuan berkata sebenarnya mesin S.O.S tadi tidak rosak. cuma audio outnya tidak berfungsi. org2 PLUS blh mendengar kata2 (+makian) saya. jgn berhenti berharap ye kwn2

Sunday, October 25, 2009

Along & Kak Long

sbg tanda support pada kwn2 performing arts.

design ni aku buat as proposal je dlu blum tau proceed ke x.

sila tonton ye kwn2. tayangan terbuka kepada semua manusia termasuk kambing2, ikan & juga platipus



Saturday, September 12, 2009

Sebab Saya Orang Melayu

saya perlu buat sesuatu utk periuk nasi saya.

biarpun berpasir

Saturday, September 5, 2009

Saya Rasmikan alkapon.net

Oleh kerana ekonomi merosot dgn teruk maka terpaksalah saya menjual diri dgn cara begini :


(klu tgk je xjdk ape, sile klik)

setelah 7 bulan di alam maya akhirnya terasmilah www.alkapon.net - website yg memaparkan artwork2 terpilih saya sepanjang saya wujud di muka bumi. di sini saya buat sekali 1 blog baru yang hanya memaparkan artwork & gambar bogel artis2 terkini sahaja - thealkapon.blogspot.com

saya sedang mencari job freelance yang masuk akal & logik dibuat oleh manusia. saya lapar ketam & ingin beraya seperti insan lain.

sile tengok, sila komen & selamat berpuasa.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

dah setaun lebih blog ni tp blom smp 40 post pun yg aku tulis. pemalas gile kan?


hai!
selamat berpuasa & selamat hari raya!

hidup agak berubah sekarang. semester baru, ekonomi merudum.

1. ekonomi saya merudum teruk sbb dah lame xde job yg mampu membuatkan kita ketawa gembira bersama & good mood utk beberapa ketika. saya merindui beberapa org abg2 & encik2....hehe. saya merindui masa silam - bln2 yg lepas. saya rindu duit dan kenyang secara luar biasa. saya rindu beli baju & terlupa saya ada baju baru & beli baju baru lagi. kenangan itu sgt indah sehinggakan lawak jenaka terasa 2x lebih kelakar dan muke lebih hensem. waktu itu rina nampak lebih ranum dari sepatutnya, acap nampak lebih putih & dzul nampak comel. waoO...berhantunya duit.

2. keluarga saya telah berpindah ke jb minggu lps. ini bemakna kena la gua blk jb slalu ek. wlupun kat jb gua cume ade beberapa ketul je kwn tp gua...ehehe...rahsia. ek? tp memori kat batu pahat (bp) xkan saya lupakan smp tahun 2041. sile baca balik entry Batu Pahat saya. terlalu byk kenangan yg xboleh dilupakan di bp antaranya ialah kenangan mencuri & juga kenangan bersalam dgn ramli sarip.

3. sekarang saya byk menghabiskan masa di rumah bermain PES bersama acap & adib. sekiranya mereka pergi dating saya akan rasa bosan & mula menonton benda yg bkn2. kerana terlalu bosan jugalah saya menggatalkan tangan menggodeh CPU sehingga hard disk 1 terabyte saya rosak. saya hanya mampu gelak kecil kerana ada work yg bersaiz 181 gb di dlm hard disk itu. kelakar yg betul2 kelakar.

4. mujurlah kawan2 se-kos slalu ajak main futsal. saya rasa lebih sihat sekarang. kini punggung saya semakin cantik

5. henpon dah gila, nak betulkan mahal maka terpaksa dibetulkan guna lutut & penampar. kepada kawan2 yg sms aku xbls, sori brader, pls call. misscall pun xpe nnt aku misscall blk.

6. saya sudah tidak YM freak lagi. harap maklum. hidup yg realistik lebih bagus, kan?

7. kereta saya berwarna putih & terasa nak cat menjadi kelabu tp kos mengecat mencecah ribuan ringgit dan basuh pula rm8. saya memilih utk tidak membasuh kereta sehingga menjadi kelabu.

8. tajuk major masih blur. perasaan yg sama dgn 4 tahun lalu ketika final diploma. moga2 endingnya pun sama. kwn2...tlg bg aku idea!

9. saya berpuasa penuh semenjak tahun 1993 iaitu ketika saya darjah 3. ketika itu saya tidak tinggal sembahyang. ooh...solehnye aku dulu..

10. saya sudah berhenti merokok.


10.1. ok sekarang saya dah merokok semula. tadi lighter saya hilang.

_______________________

haih..ok lah. terima kasih kerana sudi membaca blog saya yg xmembantu apa2 ni. saya menulis bila berkesempatan & ada isu. tapi dah lama xde isu & hidup saya agak mendatar semenjak peristiwa mendapat F (entry sebelum ini). saya rasa sangat2 terharu kepada pembaca yg sudi komen dgn penuh emosi, bersungguh2 & juga dipenuhi nasihat2 yg byk membantu & memberi semangat. terima kasih semua.

acap...ooo acap... jom lwn PES. takut ke apa??

Thursday, June 18, 2009

JGN CALL2 SAYA LAGII!!!

entry ini mungkin akan dipadam sekiranya saya rasa ia membahayakan saya. harap maklum.


_______________________
18 Jun 2009


saya memandu selaju 160km/j dgn kereta bersportrim bengkok di federal highway semata2 ingin mengejar waktu appointment dgn ketua program (KP) di biliknya pkl 11 di shah alam. saya betul2 mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku.

dipendekkan cerita, tiba2 sy sedang duduk di sebelah KP di deli cafe uitm sambil membawa sampul surat berisi work2 subjek dato yg saya print semula. emel saya kpd dato juga saya print. saya dtg jumpa KP dgn berbaju kolar & berseluar slack.

saya : assalamualaikum puan
KP : mcm ni je ke awak pki pergi praktikal?
saya : slalunya lagi xformal
KP : bos awak xkisah ke?
saya : xkisah, puan
(aku praktikal kat advertising agency bkn kat bank ok? kena pakai songkok ke?)

KP : awak xpnh bg salam pun kat saya
saya : ade puan, klu jmp lect mmg sy bg salam, sekurang2nya saya tegur.
KP : awak jgn tipu. saya kenal pelajar saya yg bg salam. saya jrg nampak awak, bile ada masalah baru awak dtg jmp saya.
saya : saya mintak maaf puan
(klu aku xde masalah then aku jmp kau mmg la namanya aku carik masalah)

KP : F bkn bermakna 0. F bermakna markah awak dlm lingkungan 0-35.
saya : tp knp sy dpt F puan? final projek ktorg grouping, kwn2 group sy dpt plg teruk pun B-
KP : markah bkn tgk pd final projek je, kedatangan awak, penglibatan awak dlm kelas semua dikira
saya : saya dah check dgn class wrap, kedatangan saya cukup. saya aktif kat klas, puan. mmg saya aktif.
KP : dato ckp dia xdpt semua work awak
saya : macamane boleh xdpt puan? kitorg hantar sama2 dlm 1 plastik.
KP : awak yg hantar sendiri work tu?
saya : kwn group yg hantar. mmg dah check btl2 puan. class wrap pun dah check blk sblm dia submit pada dato
KP : klu awak nak buat semakan awak kena byr rm50, then kena naik ke pihak atasan. saya pun kena naik, dato pun.
saya : klu tu cara yg terbaik, sy ok je puan.
KP : tp utk pelajar tahun akhir je boleh buat semakan tau.
saya : then td yg puan ckp pasal semakan tu macamana ye?
KP : awak dah xde masa lagi. hari ni khamis, esok last.
(masa utk buat semakan bkn seminggu, tp 3 minggu. saya tau saya sedang ditipu. saya biarkan)

KP : mcm ni je lah, saya ade option lain utk awak. awak amek 1 sistem ni yg dinamakan TEMBUS & TAMPAL. cuma saya je yg ade hak utk decide awak boleh amek ke tidak sistem ni.
saya : prosedur dia mcmane puan?
KP : blablablabla, attend klas mcm biasa, blablablabla, tampal result sem ni, blablabla...


saya : means saya still repeat? still kena attend klas mcm org repeat?
KP : ye la
saya : tp kenapa dato xnak jwb call saya puan? sy call dia jmt lps dari 10 pg smp 5 ptg dia langsung xangkat. hari isnin, selasa, rabu saya call jgk tp still xangkat.
KP : dia sebok tu. awak mmg xnak dgr nasihat saya ye?
saya : bkn xnak dgr, sekurang2nya saya nak tau kenapa dia failkan saya smp dpt F.
KP : dia ckp dia xdpt spnuhnya work awak
saya : sy mmg dah hantar work tu puan. sy dah check dgn semua org. camne lagi saya nak buat puan? saya buat kerja ni xtido mlm, sy buat betul2 bkn main2.

KP selak sikit2 je work tu. kemudian dia ckp :
KP : klu mcm ni mmg xlayak lulus
saya : knp xlayak puan? sy rasa saya je buat 3d, tin nescafe ni pun saya shoot sendiri kat studio. sy eksperimen lama utk buat work ni
KP : mane sketches?
saya : saya xbwk.
KP : tgk tu. sketches awak xde, mcmane nak dpt markah?
saya : dato xde request sketches pun puan. ni semua yg dia mintak utk final submission
KP : storyboard ni xlengkap ni. saya xfaham ape yg awak cerita
saya : mmg xlengkap puan. selebihnya kwn saya sambung. ni keje grouping puan. puan mintak saya petang smalam, kwn sy xsempat bagi, saya praktikal kat kl. work tu ade kat s. alam.

KP : klu awak xpuas ati jgk, awak pg jmp cik fadil mintak nasihat dia. awak tgkla, mst sama je ape dia ckp dgn apa saya ckp.
saya : xnak dgr explaination dato ke puan?

kemudian KP call dato. ckp lebih kurang seminit

KP : dato ckp mmg dia xdpt semua work u
saya : biar saya sendiri la yg call dato, puan
KP : awak nak tau ape lagi?
saya : saya nak dgr sendiri penjelasan dato. ni bkn main2 puan. sy dpt F, klu dpt C xpe lagi.
KP : ha, call la.

saya call, tiba2 dato angkat. tapi :

dato: SAYA SEBOK NI AWAK JGN KACAU SAYA BOLEH X????!!!!! SAYA ADE BYK BNDA NAK URUSKAN, AWAK XFAHAM2 LAGI KE? SAYA XDE MASA NAK LAYAN AWAK!! JGN CALL2 SAYA LAGII!!!

tut...

ini adalah 1 TENGKINGAN

oh..tengking ye. jgn panik semua, telinga saya dah kebal dgn tengkingan lagi2 selepas bekerja di SNC Mediavalley, 2006-2007 (cerita psl SMV ni nnt aku citer lain kali). xlama lepas tu dato call KP. mereka bercakap2 selama lebih kurg seminit kemudian letak.

KP : lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau.
saya : knp dia tengking saya puan?
KP : dia btl2 sebok tu. dah2, lepas ni awak jgn call2 dato lagi.
saya : klu sibuk pun, knp dia nak tengking? sblm ni sy call lebih 20x dia xpnh angkat. sy rasa saya xpnh pun kurang hajar dgn dia. saya betul2 hormat kat dia. saya tau jg adab bila bercakap dgn org.

KP : ala, dia sebok tu (sambil telefon sum1 mintak diambil)

xlama lpstu sebuah kenderaan MPV sampai.
saya : puan ade hal ke?
KP : ye, saya ade blabla(aku xigt)
KP : awak lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau.
saya : ...
sambil masuk kereta KP ckp bnda yg sama lagi
saya : so camni je ke puan?
KP : awak pegi jmp en fadil mintak nasihat dia, cpt! kejap lagi ofis tutup.
KP : lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau....dia sebok tu.

saya : terima kasih puan.


mungkin bila seseorang dianugerahkan pangkat dato' bermakna dia mulia di sisi tuhan. saya tau sy bkn org bodoh, bkn berfikiran pendek. saya tau ape yg saya akan dpt klu saya tidak kawal kemarahan. saya tau apa yg akan jadi sekiranya saya balas balik tengkingan td. saya terus berfikir & berfikir & berfikir...

saya memandu dgn laju & merbahaya semata2 untuk perbualan tadi. sekiranya saya eksiden & mati, KP masih blh teruskan santapannya di kafe & dato masih boleh teruskan urusannya tanpa diganggu panggilan telefon. tiada siapa yg akan susah

apa pun, saya harap dato xbenci saya. saya mintak maaf sebab susahkan dato. saya betul2 mintak maaf....

saya akui dato adalah antara pensyarah terbaik yg pernah mengajar saya. saya sangat kagumi dato.




*FINAL PROJEK KAMI KENA BUAT STORYBOARD TNB DAN JUGA 2 PRESS AD TNB. SEMUANYA DISTAPLER SEKALI DAN DIKONGSI BERSAMA AHLI KUMPULAN YG LAIN. APAKAH MAKSUD WORK SAYA DATO XTERIMA SEDANGKAN ASSIGNMENT2 TU DIKONGSI OLEH SETIAP AHLI KUMPULAN DI ATAS KERTAS YG SAMA?




kecik sgt agaknya student ni kat mata diorg. sbb saya seorang melayu. klu saya cina maybe inilah yg dikatakan racist. kan? then siapa sebenarnya yg ditindas?


apa yg plg penting, saya tahu saya tidak bodoh.

saya ingin menulis lagi tentang ni tahun dpn.


p/s : terima kasih kpd En Fadzil & Tuan Hj Hassan atas nasihat berguna yg saya terima. terima kasih juga kepada pensyarah2 lain yg sudi ambil tahu. kepada kwn2 yg terpaksa dgr bebelan aku esp. amin khalip yg sudi call dato, tq geng! tq tq very very much. n tq jgk kat bapak aku yg sentiasa rasional dlm memberi pendapat. n akak ipar, n abg mat, n en. matnoh, abg yen, en mu, n kwn2 sedarjat yg xblh aku sebut nama sbb nnt mcm xadil klu ade yg aku xsebut..wowww!! rmi jgk yg prihatin. tq semua!

Thursday, May 7, 2009

Hujan, Tolonglah Turun

hey

bosan & byk keje

mari kita sama2 menangani masalah pemanasan global supaya hari tidak panas & boleh bekerja dgn lebih bersemangat.

panas, bosan & byk keje.


21.
merah biru kuning ungu hijau oren
"Pengunjung akan keliru apabila diminta untuk menyebut warna perkataan dan mudah untuk membaca perkataan."

_____________

18.
"Pergerakan pengunjung akan diperhatikan oleh Zirafah, dan burung unta."

bebulu2 bontot menghadap benda ni. klu bkn sbb duit jgn harap aku nak jdk sesains ni

haihh...
masih xde masa nak menulis. harap maap



*tiba2 ujan turun time aku tgh merapu ni. horey!! bogel!! bogel tgh jln!!! murghkahkahkah!!!

Wednesday, March 25, 2009

Art for Gaza



mari membeli belah sambil menderma!

Monday, March 23, 2009

Jawapan untuk Saya Lelaki Sejati

entri ini merupakan jawapan saya utk komen2 pembaca terhadap entri SAYA LELAKI SEJATI yg saya tulis pd 10 November 2008.

terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada yg sudi membaca & memberi pendapat tersendiri terhadap entri tersebut. saya tidak berniat utk menyinggung perasaan sesiapa. saya mohon maaf sekiranya ada yg tidak blh terima apa yg saya tulis.

saya bkn seorg yg sgt defensif. saya sedia bertoleransi dlm byk hal lebih2 lagi dlm perkara yg bkn bidang saya & perkara yg saya tidak ada fakta khusus tentang kesahihannya. bidang saya ialah design, bkn bidang cinta. saya sedia terima segala teguran. no offense brader. respon yg pembaca berikan dlm entri tersebut secara xlangsung byk mengajar saya & memberi inspirasi utk saya terus menulis. sama ada menyokong atau menolak, saya tetap hargai.

utk makluman semua, entri tersebut bkn bertujuan menyebarkan kebencian terhadap kaum hawa. saya seorang lelaki & ada juga kaum hawa yg saya sgt syg termasuk ibu, adik beradik & juga teman. saya tidak kutuk perempuan. saya xpaksa ubah pun. sekiranya kaum hawa rasa ape yg mereka buat tu tidak salah, sila teruskan. sbb saya pun menulis berteraskan tagline blog ni & saya xkata semua perempuan begini. sila baca tagline blog ini sbyk 100x.
*sila google definisi tagline.

saya juga sangat gembira sekiranya penulisan saya dibalas dgn komen pembaca. apa lagi yg lebih memberi kepuasan dlm menulis selain dari respon pembaca kan? ada yg setuju, ada yg suruh saya menyelami lagi hati perempuan, & ramai juga yg berkata tidak semua perempuan mcm tu – mereka hanya mengulangi ayat saya dlm perenggan ke2 dlm entri tersebut. saya tidak rasa ayat mereka memberi masalah. tulis sahaja komen, saya hargai.

cuma baru2 ini saya dpt komen dari seorang yg bernama anonymous yg berbunyi :


cara tulis mcm br putus cinta je? rilek rrrr.. mak n siblings aku pn pompuan gak do, agak2 r kutuk..
tk semua kot aku rasa cm tu..


ok saya berikan jwpan mengikut ayat demi ayat ok?


saya tidak putus cinta dgn sesiapa pun baru2 ini sbb saya bkn tgh bercinta
mak saya pun perempuan. tiada sesiapa mempunyai mak berjantina lelaki di sini. saya pun ada sibling perempuan & saya xrasa saya kutuk mereka sbb muck sayer tuckder tulish camnie pown..
sila baca perenggan 2..

saya tidak rasa komen tersebut sgt mencabar atau mendatangkan kemarahan terhadap saya. saya hanya grab komen tu secara random saja.

ingin saya beritahu di sini bahawa setiap kali saya tulis entri yg seperti ini (SAYA LELAKI SEJATI) saya akan mengambil masa bkn 30 minit, bkn 1,3,5 atau 7 jam tapi hampir 2 hari & pemerhatian yg mungkin smp berbulan2 atau bertahun. saya ingin pastikan apa yg saya tulis blh diterima ramai. saya cuba mencari jwpn sblm saya disoal. mungkin anda blh klasifikasikan saya sbg lembab atau bangang tp itu terpulang kpd anda, saya xamek hati.

entri ini bknlah 1 cara bagaimana lelaki melihat perempuan sepertimana yg sesetengah pembaca komenkan. entri ini ditulis oleh saya, bkn ditulis oleh semua lelaki. sekiranya saya salah sila salahkan saya, jgn salahkan semua lelaki yg tidak berdosa di luar sana. sekiranya saya seorg perempuan mungkin pembaca akan menganggap entri ini mengutuk lelaki pula kan? entri ini juga bukannya memberitahu cara saya melihat perempuan, tetapi cara saya melihat org di sekeliling saya – lelaki & perempuan. kalau di keliling saya adalah beruk saya akan menulis tentang beruk tapi saya tau tiada beruk yg akan membaca blog saya sbb tu la saya tidak tulis entri tentang beruk.

lagi 1, saya harap sgt pembaca meninggalkan nama & juga pautan ketika meninggalkan komen. tiada siapa yg suka org tidak dikenali masuk ke rumah tanpa memperkenalkan diri & terus berckp tanpa selidik bukan? sekiranya ada, saya tidak rasa saya terlalu pengecut utk menghalau stranger tersebut sbb itu kan rmh saya.

saya tidak rasa perlu tunduk setunduk2nya sehingga terpaksa memadam entri ini. & xpula boleh mendongak dan merasakan apa yg saya tulis semuanya betul tanpa blh dipertikai. saya harap dpt berdiri sama tinggi dgn semua supaya org di sebelah blh menegur sekiranya saya tidak wangi & saya blh tarik mereka sekiranya mereka tertinggal di belakang. saya harapkan ada kebaikan yg dpt kita kongsi & tiada kebencian yg akan timbul.

walau bagaimana marah atau bencinya pembaca terhadap saya selepas baca entri tersebut tidak akan memadam rasa hormat & cinta saya terhadap kaum hawa. saya juga tidak akan mencintai mana2 lelaki sbb lelaki selalunya berbau ketiak lebih2 lagi selepas bermain futsal. TETAPI BUKAN SEMUA LELAKI.

saya telah menjangkakan ramai yg akan mempersoalkan bila membaca entri tersebut, maklumlah saya bkn seorg penulis hebat. klu saya hebat mungkin klu saya kata muke boifren kau mcm tomato pun kau redha je kan? kan? ok ok tak tak tak. gurau je. jgn emosional.

ha lagi 1, maaf semua sekiranya badwords yg pernah saya gunakan dlm blog ini sgt tidak disenangi. saya cuba ubah. saya tahu silap saya kerana bkn semua org mcm saya. saya minta maaf utk itu. sekurang2nya saya tahu blog saya dibaca oleh pembaca yg berbagai jenis.

ape pun, terima kasih kepada pembaca yg sudi promote blog ni pada kwn2 spt di status ym & juga di blog sendiri. sape la agaknye kau ni ek? terharu btl aku. tq very much brader. yg sudi menegur pun – saya sgt2 rasa berterima kasih.

ok saya dah penat. dgn ini, dgn penuh rasa rendah diri saya ingin memohon maaf utk ke berapa kali ntah kepada pembaca yg tidak menyenangi apa yg telah saya tulis. & kepada awek2 yg baca blog saya ni tlg jgn marah sgt. saya pun manusia biasa yg kadangkala hanya bercakap mengikut emosi bkn rasional. jgn lak smp xde sape nak kawen ng aku lak nnt.

tp kan, klu xbyk pun, mst ade sikit isi dlm entri tu yg buat anda berubah kan? eleh...jgn tipu la.


p/s : SAYA LELAKI SEJATI partII akan menyusul. aku tgh research. harap sudi tunggu.

Monday, March 9, 2009

PV6

saya suke warna warni!! mak saya pun!
Image Hosted by ImageShack.us

proposal for naming ceremony petrol vessel PV6 TLDM/Boustead (invitation card)


saya buat binatang ni :

sebanyak : 30 items
selama : 28 jam
menggunakan : photoshop, ai & makian.

saya xkuar rmh & xmandi sejak kelmarin. ye, saya mmg jujur.

Tuesday, March 3, 2009

Februari

bln yg plg dahsyat di mana setiap ujung minggu diisi dgn pelbagai aktiviti luar kawasan.

spjg bln februari saya telah ke :
bagan serai
bp
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

pontian
jb
Image Hosted by ImageShack.us

ni alice. dia org sabah

ayer keroh
genting
ipoh
taiping
kulim
kepala batas
sg petani
bayan baru
bt feringghi
gelugor
pulau jerejak
Image Hosted by ImageShack.us


secara magikalnya bulan ni sampai 3 kali che pi utaraq sedangkan last pi awai taun 2006 & tu la 1st time che pi. bln ni jgk dh 2 kali ke selatan.

semuanya best, especially when my design goes to bagan serai for sime darby plantation n for the 3rd time i meet paklah & bergambar mesra dgn dia wlupun dia xprasan langsung kehadiran saya. eh gatai betui che la ni asik dok ckp omputih ja.
Image Hosted by ImageShack.us


misi ke penang pun best sbb byk awek. semuanya best kecuali misi saya ke JB di mana kazen saya abg long shahrul kembali ke rahmatullah. sedekahkan al-fatihah.

sblm tu saya balik ke batu pahat sbb kakak saya kawen dgn org jawa. mereka berkawen di atas pokok. saya rasa sgt bersalah pd keluarga sbb xsmpt luangkan byk masa utk tlg menolong sblm majlis sbb overload keje. mereka xkawen kat atas pokok pun. mereka berkawen dgn seronok & terus menerus berseronok hingga skarang.

bln ni saya tonton 2 muvi hebat - the curious case of benjamin button & slumdog millionaire.
& sebuah muvie superhero yg plg bangsat pnh saya tonton semenjak bermulanya millenium baru - the punisher. macam konek

bln ni saya terpaksa spend rm620 utk moto nyamuk saya yg sgt laju (800km/j) akibat terpaksa dioverhault sedangkan kali terakhir overhault hanya 3bln lps. baik aku beli cipap! seronok sket. automobil! automobil! nafsu saya dah xtertahan ni!!!

& semalam saya check2 blog ni & xbraper best rupe2nye webhosting ihsan dari kwn cyber, mr. rudi tlh expired & beliau masih gagal dihubungi. gambaq2 yg che upload sume ilang. so terpaksa la saya upload kat imageshack wlupun saya xtau camne nak ilangkan ayat SHARE THIS IMAGE ON TWITTER PUNGKOK HANG NI. tlg ajar, saya bkn bdk IT.

bln ni saya cuba diet dgn xmakan nasik selama 3 hari. hasilnya? xde pape..hehehh. hari 1st saya rasa masih cool, hari kedua? yeah slumber badak je gua. tp bila hari ke3 mula rasa nak kunyah rumput. nasik mmg sgt berkait rapat dgn emosi. sblm aku lempang org baik aku makan nasik. nampak gaya cita2 utk kembali hensem spt form4 semakin jauh.

bln ni jgk paan beli keta baru idaman saya, perdana v6 yg blh bercakap. ciss!!! salute lu jowoo!! klu bkn sbb sekeping degree ni xdenye aku nak idup seksa study2 wlupun dah tua ni. nasib baik ade trip. nasib baik ada klasmet yg best2 & lecturer yg sgt supportive. hidup AD221!!

bln ni sgt sikit spend time utk 'kwn baik'. saya tau benda ni akan menjadi semakin sikit & akan hilang. sori SDTB jgn nangis2 tetek kau kan besor. hidup tetek!!

org baik perlu bla sblm dia trs idup dkt ng kau n jadik sum1 yg annoying n wasted camtu je. aku kan org baik.

saya lapar. bai!!!

Saturday, January 31, 2009

Sigur Rós




percaya x? saya xpnh bosan dgn lagu ni & dgr setiap hari sejak 2003

percaya x? saya hanya tau penyanyinya lelaki pd tahun 2006

percaya x? saya xblh tido mlm klu xdgr lagu2 diorg sejak 2007



saya nak buat tattoo bertulis jonsi! i love u!!





kat muka kawan saya