Monday, July 11, 2011

Showreel

di bawah adalah himpunan video2 terlampau yg pernah saya buat ketika belajar, saja2 & juga freelance. maaf kalau xbest.

Monday, February 21, 2011

Bicara Designer

apa itu graphic designer? graphic designer adalah org yg bertanggungjawab dalam mencantikkan lagi negara ini. sekiranya anda masih memandang karier graphic designer sebagai karier yg semua-orang-boleh-ceburi, sila fikir masak2.

kenapa perlu dibayar beribu2 ringgit hanya utk membuat 1 konsep?

kat sini saya nak share sedikit apa pemahaman saya tentang karier yg saya ceburi ini (graphic designer). bagi saya, syarat utk layak menjadi seorang graphic designer ialah MESTI arif tentang penggunaan adobe illustrator & photoshop. itu perkara wajib walaupun ianya hanyalah software. klu xreti guna photoshop jangan jadi designer, jadilah penyanyi. tapi anda perlu ingat, adobe photoshop (ps)/illustrator (ai) hanyalah software. ianya boleh di-discontinue bila2 masa sahaja diluar kawalan kita. oleh kerana post ini ditulis pada zaman adobe photoshop, maka saya menekankan bahawa pengetahuan dalam software ini amat penting. saya selalu gunakan software2 berikut mengikut kesesuaian sesuatu job contohnya:

photoshop:
utk edit gambar, corak/rekaan, efek. ianya adalah software kegemaran saya. boleh buat macam2 efek & tidak berat (tidak seberat ai) asalkan anda faham tentang saiz dan mode warna yg digunakan seperti:

color mode: rgb utk skrin, cmyk utk print.
unit: pixel utk skrin, mm, cm, inche utk print.
resolusi: 72dpi utk skrin, 300dpi utk skrin

sekiranya anda membuat design billboard bersaiz 20'x10' dgn ACTUAL size di dalam photoshop, anda adalah designer stupid. namun anda kena faham bahawa teknik yg digunakan utk software ini adalah subjektif. ianya boleh berubah2 & saya malas nak terangkan sbb komplikated sangat.

tips: saya sarankan adik2 menghafal shortcut (sila klik lepastu print & tampal kat sebelah monitor) supaya adik2 lebih produktif dalam menghasilkan sesuatu artwork. sekiranya anda hafal, saya jamin kerja anda akan at least 2x lebih cpt.

illustrator:
seperti namanya, illustrator atau ai digunakan untuk melukis. saya gunakan software ini utk membuat sebarang shape, logo atau typo yg solid tanpa sebarang efek. cuba elakkan menggunakan efek yg tersedia dalam software ini sekiranya anda seorang beginner kerana hasil selepas dicetak selalunya lari. sebagai contoh, kebanyakan efek shadow akan nampak pixelate atau muncul kotak bunian di dalam design anda walaupun masa dalam skrin komputer ianya tidak wujud. cara terbaik ialah rasterizekannya sblum print. tp ingat, bila dah raster anda xblh edit lagi design tersebut. so pandai2lah buat file back up seperti FINAL02.ai, FINAL_rasterize02.ai, FINAL_rasterize02_pukimak.ai, pukimak01.ai dan sebagainya mengikut iman anda. raster tu apa? sila google.

3ds Max:
belajarlah software ini utk membuat 3d kerana nilainya sangat tinggi jika dibandingkan dgn harga kelas tusyen yg anda ambil utk belajar.

Flash:
secara jujur saya bukanlah seorang yg expert membuat flash. saya lebih prefer menggunakan software xterkenal, Swishmax utk membuat interaktif kerana ianya 20x lebih mudah. saya benci mendengar ayat "setakat pki swishmax aku pun tau buat cuma aku xde masa" oleh org2 yg bermental rendah yg berkeinginan menggaji seorang designer freelance. ya, sekiranya anda mahir menggunakan Flash bermakna lebih tinggi peluang anda diterima bekerja tapi at least dgn software ini saya dah menjana ribuan ringgit tanpa sebarang cakap kosong.

premiere/after effect:
after effect adalah software yg sgt bernilai sekiranya anda ingin menjadi seorang videographer yg berjaya. ianya 30x lebih susah berbanding menggunakan photoshop kerana ianya software utk membuat video. anda perlu maklum bahawa dalam masa sesaat mempunyai kira2 30 frame, di mana setiap frame mewakili 1 gambar. ini bermakna 30 gambar diperlukan hanya utk dipaparkan selama sesaat! ah penat la nak ulas, leceh. sekiranya after effect terlalu sukar bagi anda, belajar dahulu premiere. sekiranya anda belajar dgn ikhlas, insyaAllah 1 hari nnt anda akan dapat hasilnya.

sound booth/audition/soundforge:
ini adalah beberapa contoh software utk edit sound. and perlu mempelajari salah satu dari software ini sekiranya anda ingin edit2 & mix2 sound. tapi klu anda tidak membuat kerja2 multimedia, xpenting mana pun. tp klu free belajar lah, lagi elok drp main facebook je.

imaginasi
imaginasi adalah sangat penting bagi seorang designer. org lain dianggap mengular sekiranya melepak di mapley ketika waktu kerja tp bg designer, ianya adalah sesi research. designer boleh mendapat idea di mana2 sahaja tidak kira di kedai kopi, di bawah kereta mahupun di kubur. ianya subjektif. sekiranya anda termenung selama sejam & kemudian baru mendapat idea, anda dikira telah bekerja sejam.

melukis
kemahiran melukis perlu ada. sbb tu la sekiranya anda belajar di ipta & mengambil kos art&design bermakna anda akan diseksa selama beberapa sem utk dilatih menggunakan pensel & juga warna. jgn nak mengada2 terus buat dlm komputer. anda akan diseksa bertubi2 seperti lukis muke lecturer, lukis gambar fakulti atau lukis guna dua2 tangan. namun tidak semua manusia dianugerahkan bakat melukis cthnya saya. maka terpaksalah saya belajar dgn bersusah payah walaupun hakikatnya jrg sangat klien nak tgk sketch tp at least anda perlu tau basic.

bersambung..

Wednesday, December 29, 2010

Katun

lame xbuat design sesaje. bile siap pun xpuas ati sgt.

Tuesday, September 28, 2010

Manusia Sial : Episod 1

kisah ni berlaku kira2 separuh dekad yg lepas sewaktu saya bekerja di damansara. kami sebagai designer seringkali terumbang ambing kerana tiada hala tuju membuat design memandangkan pejabat kami tiada Art Director(AD).

suatu hari bos menggaji seorg AD yg ramah & sangat mesra dgn kami wlupun baru hari pertama bekerja. saya & rakan2 dsigner lain berasa amat lega dgn kehadiran 'abang' berkenaan. saya difahamkan AD tersebut terpilih utk bekerja bersama kami kerana gaji yg dimintanya adalah yg paling rendah di kalangan calon2 lain.

seminggu kami bekerja dgn hati yg gembira. isnin - jumaat.

tetapi selepas 2-3 hari kerja bersama saya mula detect perbualan berunsur meninggi diri AD tersebut. antaranya:
  • lebih 10 tahun pengalaman sbg designer sedangkan baru berumur 20an
  • pernah bekerja di Leo Burnett (LB)
  • mempunyai anak buah yg ramai di merata KL (paham2 sendiri la ye) "dia gadoh kat bangsar? apsal xpanggil aku je?" katanya
  • mempunyai kereta tapi saja tinggalkan kat kampung, malas nak bwk katanya. (kau sanggup naik bas dari cheras ke damansara semata2 sbb mls bwk keta? klu xde keta mengaku je lah, xde sape pun nak marah)

pada hari jmt kami berbincang & setuju utk dtg ke ofis menyiapkan kerja pada pukul 2ptg hari ahad. tapi bila bgn kira2 pkl 12.30tghari saya dapati ada beberapa misscall di hp dr AD berkenaan. saya terus menelefonnya.

saya: kau call aku nak ape td?
ad: aku call td sbb aku kat dpn ofis. 2 jam aku tunggu kau
saya: la...kan janji pkl 2?
ad: ye la, tp aku dah kat bwh ofis xde kunci nak masuk. aku call kau xangkat.
saya: aku kat UK perdana ni..aku tido ofis mmber aku, klu nak bg kunci skang pun jauh gile kot nak g sana.
ad: dah la..kang kau pegi je la ofis. ckp kat bdk2 klu aku xde korg buat je keje.


helehh....kalau kau mls pegi ofis ckp je la kau mls pegi ofis.

maka cerita sial pun bermula...
pada hari isnin berikutnya, kwn pakjisuf (bkn nama sbnar) dtg utk interview kerja sbg dsigner. kebetulan dia interview selepas pkl 6. maka lps selesai interview, mamat tu pun join ktorg ngeteh di mapley silaturrahim kami.

ntah apa yg dibualkan mereka saya pun xdgr tba2 pakjisuf bertanya kpd AD: klu runi (saya la tu! bkn nama sebenar) ni camne?

AD: dia ni average
saya: apa yg average? (mencelah)
AD: kau tu..perlu dibantu
saya: knp kau ckp mcm tu plak?
AD: dah kau tu mmg perlu dibantu. nak aku ckp camne lagi?

darah tiba2 naik kepala. bkn sbb xboleh terima komen org tp agak2 la beb. kau dtg tmpat org baru seminggu. bru tgk 1 job yg aku siapkan dgn xde cacat cela tiba2 nak judge mcm tu ke? kerja kau pun aku xpnh tgk lagi.

xpela..saya ni cpt cool. esoknya, pakjisuf menawarkan saya & AD utk sewa bersama di sebelah rmhnya di selayang memandangkan AD pun masih mencari2 rmh sewa. saya agak excited sbb skurang2nya blh kami pergi kerja bersama. pulang dari pejabat kami terus bergegas pergi ke rmh sewa yg betul2 bersebelahan dgn rmh pakjisuf.

selepas melihat keadaan rmh, AD dgn muka mencebik berkata bahawa dia tidak suka dgn rmh tersebut kerana buruk. "aku tumpang tido rmh kau la mlm ni pakjisuf" tambah AD lagi.

selepas itu kami pergi ke warong awe berdekatan utk mkn mlm. kami berborak2 sambil makan. tiba2 ketika saya sedang berckp di telefon saya terdengar:

AD: runi (diulangi, sayalah runi) ni xblh buat keje
saya terus meletak fon & bertanya: ape dia kau ckp?
AD: (sambil gelak) kau tu xblh buat keje...hahaha
saya: apsal tba2 kau ckp mcmtu? (muke gua dah dipenuhi darah2 & nyaris2 nak derma penumbok pada manusia gemuk yg suka cari masalah tersebut).
AD: ye lah...aku ckp kau ni xblh buat keje. perlu dibantu lagi..hehehe
saya: apsal kau gelak? ape yg buat kau ckp aku xblh buat keje?
AD: ala...rilek la. aku bkn ckp kau xblh buat keje langsung..cuma perlu dibantu je. (sambil menepuk2 lembut belakang badan saya)

saya berjaya koolkan diri lagi lps tu sbb ketika itu mmg saya seorg yg sgt pemaaf. anda boleh terima ke klu tiba2 dtg org baru dlm ofis anda, tanpa selidik terus memberitahu semua org yg anda tidak boleh buat keje?

esoknya AD menyuruh saya design kad raya sementara dia design cover album sebuah band terkenal. tiba2 saya rasa sangat ajaibnya hidup ini apabila baru mendapat tahu bahawa design AD tersebut sangat2 lah hodoh. kehodohan designnya mmg xde ayat lain yg boleh digambarkan. klu anda rasa design poster filem ini hodoh & xsmp standard, design AD saya 20x lagi teruk dari itu. setelah mendapati designnya buruk tiba2 dia berkata:

AD: kau pegi sambung buat cover album ni.
saya: xnak la. aku tgh buat kad raya ni.
AD: jgn degil. kau sambung je design poster ni. biar aku buat kad raya.
saya: hmm...yelah2

saya pun menyambung kerjanya dgn hati yg xikhlas langsung & perasaan nak muntah. tiba2 bos datang..

bos lalu depan pc saya & bermulalah drama... dia terus berkata:

"mmg betulla kau ni xboleh buat kerja"

WHAT
THE
FUCK?

tba2 lidah menjadi kelu & xmampu menyalahkan AD kerana sikap semula jadi saya yg softspoken ketika itu. saya silap kerana membiarkan imej saya buruk gara2 makhluk supergemuk tersebut. & lagi 1, haramjadah! kau dah report kat boss ye?! baru seminggu masuk keje dah mengadu2 kat bos ye?

semenjak dari peristiwa itu bos memberi amaran kepada saya supaya jgn sekali2 membuat konsep design. biar ferdinand & berbadtov (dua2 bkn nama sebenar) sahaja yg buat & saya hanya boleh assist sahaja. rasa terhina. bos lagi mempercayai AD tersebut drp saya yg jauh lebih lama bekerja di situ & telah membuat berpuluh2 design tanpa pernah melanggar dateline atau kriteria yg ditulis dlm job brief.

suatu pagi kira2 2 minggu selepas itu tiba2 AD mengadu kepada saya:
AD: aku xsangka bini pakjisuf tergamak halau aku mcm tu
saya: knp?
AD: dia halau aku keluar dari rmh dia pagi tadi. aku xtau ape salah aku.

akhirnya setelah dikorek2 pakjisuf pun membuka pekong. rupa2nya AD dgn tanpa perasaan malu menumpang selama 2 minggu rumah pakjisuf yg baru berkawen 3-4 bln tanpa dipelawa. kemudian makan & minum & menghabiskan makanan di peti ais. lagi buruk bila menjadikan ruang menonton tv sbg tempat dia melepak sambil berbaring mcm rumah sendiri. kesian pakjisuf krn telah beberapa kali bergaduh dgn isteri gara2 AD yg xtau malu tersebut.

perbincangan menjadi semakin serius apabila nani(bkn nama sebenar) juga membuka cerita. dia mengaku menjadi saksi apabila AD secara terang2an menyalahkan berbatov & ferdinand apabila bos tidak berpuas hati dgn design yg mereka buat.

"aku dah suro diorg ubah tp diorg xnak" kata AD kepada bos, sedangkan sbnrnya dia langsung tidak mengendahkan bantuan yg diminta mereka ketika terkontang kanting bekerja tanpa arah. tahniah AD, kebijaksanaan anda telah berjaya menghuru-harakan seluruh department.

kira2 seminggu selepas itu AD dimarah lagi. tapi ini jawapannya, "aku buat design ni pki photoshop, mmgla pecah".

oh..klu buat line pki photoshop maka memang pecah la hasilnya ya? berapa tahun pengalaman? 10 tahun ya?

esoknya dia dilihat membuat logo menggunakan photoshop. oh sangat pandai. & memaksa kami belajar quark express! hahaha...quark express dah outdated la brader. org buat brochure pki indesign xpun ai la...hahha! quark? hahahha!! tahun berapa sekarang ni? 99?? hahahhaha!!

kerana sikap ingin tahu, saya menelefon kenalan yg bekerja di LB bertanyakan kisahnya. malangnya kenalan tersebut tidak kenal langsung dgn AD saya walaupun sudah 7 tahun bekerja di sana. rupa2nya dia hanya menjalani latihan praktikal selama 2bln di firma itu. xramai yg perasan kehadirannya. hahahaha!

satu hari kami berbual:
AD: akulah yg design cover album rabbani
saya: album yg mana?
AD: ****(saya xigt judul). kaler biru
saya: (terus melayari internet di depannya) xde pun?
AD: ade la..dia kaler biru.
saya: xde pun? kau ni betul ke? kau ke yg design?
AD: ntah ehk..xsilap aku, aku la yg design cover tu.

kantol menipu lagi!! hahahahah!!! design yg diperkatakannya hanya imaginasi seorg loser..hhahahahah!!!!



kira2 sebln selepas itu AD tersebut pun dipecat. dia hanya sempat bekerja 2 bln tetapi kisahnya masih segar & menjadi bahan perbualan hangat kami sehingga hari ini.


selepas dipecat dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan lain yg terletak berdekatan ofis kami.
selepas 2 bln dia dipecat lagi!


hahaha...


p/s: dipecat bkn la menandakan anda tidak bagus. berkemungkinan company bermasalah & tidak mampu membayar gaji anda lagi. sesiapa pun malahan mereka yg rajin bekerja pun tidak mustahil dipecat. mungkin 1 hari nnt saya pun boleh dipecat. apa yg penting percayalah, setiap perkara buruk yg berlaku pasti ada hikmahnya & ada sesuatu yg lebih baik menanti selepas itu. cuba cari sudut positif di sebalik musibah yg berlaku. dibuang pekerjaan tidak bererti anda seorang yg teruk. mungkin kerana ianya tidak sesuai dgn anda & mungkin anda berhak mendapat yg lebih baik dari itu. apa pun, nasihat ini xde kena mengena dgn AD di atas sbb dia mmg seorg yg xberguna. jadikan teladan.

Thursday, September 23, 2010

Kronologi Pertengahan 2010



setelah 3 bln menjadi teruna berkarier so saya nak cerita sikit ape yg berlaku bulan2 kebelakangan ini.

mei 2010: final pojek berakhir. maka berakhirlah status saya sebagai pelajar ipta selepas 7 tahun (3x) menuntut ilmu. tq kepada semua yg terlibat & membantu saya sepanjang tempoh pengajian.



jun 2010: saya pun dah lupa apa yg saya buat spjg bln ni tp yg penting saya berjaya menjadi seorg penganggur yg sempurna dgn sifat kepengangguran.



julai 2010 hingga kini: memulakan karier sbg seorg yg kononnya bertanggungjwb. bekerja di sebuah design agensi di amerika syarikat & sedang membuat kajian utk rekaan produk terbaru i-phone yg bakal dikeluarkan 2012. orait aku tipu lg. aku keje kat kl.
antara bahan-bahan kajian


perkahwinan norman hakim & memey. paan & kak ecah sbg pelakon utama


gambar2 tanpa penjelasan kukuh





akhirnya secara officiallynya gua menjadi pekerja.


sori sbb slalu malas tulis blog. terlalu tekun bekerja.

Friday, July 16, 2010

New Phase

update blog?
nanti la
bz la
keti, i luv u

Tuesday, May 18, 2010

DEGREE SHOW

pameran pelajar tahun akhir ijazah grafik uitm akan bermula khamis ini. pameran ini akan memaparkan lebih 90 tajuk yg berbagai rupa sama ada difahami, tidak difahami atau syok sendiri. anda semua dijemput utk dtg ke LIBRARY SHAH ALAM PPAS (dekat2 dgn maybank besar)
pada:
20-23 mei
pukul:
9pg-5ptg

sila take note bahawa exhibition ni dibuat di library awam so pukul 5ptg sharp lampu akan ditutup. harap faham.

*tarikh yg terpapar pada akhir TVC tiada kena mengena dgn tarikh exhibition kami.
*ini tvc yg aku buat utk final pojek uitm. tvc ni just 1 of minor things yg ade kat exhibition tu. fyi, ini exhibition grafik bkn performing arts. diharap anda tidak mengharapkan pertunjukan video secara optimum di pameran ini. walau bagaimanapun kami telah cuba lakukan yg terbaik.
*klu ahad jgn dtg belah ptg sgt sbb dah kemas2 nak angkut partition blk naik lori. sape dtg time tu blh la tlg angkat brg nek lori skali.

jgn lupa, pameran dibuat kat LIBRARY SHAH ALAM bkn kat fakulti.


tqvm!

Monday, April 19, 2010

Magiko Jenggo : Disappearing Can

Ini mmg betul2 magik ye.

Saturday, April 17, 2010

Magiko Jenggo : Moving Can

ini mmg betul2 magik - tidak melibatkan sebarang magnet. hanya kami bertiga sahaja yg terlibat.

Wednesday, March 24, 2010

Berapa Ramai Anak Anda?

tengah saya godeh2 PC ni tadi tetiba terjumpa pulak 1 test yg dah lama saya simpan dlm notepad dan saya rasa amat menarik utk dikongsi. xigtla sape yg bagi. tp sbnarnye kuiz ni xde kena mengena dgn tajuk. biase la tajuk mst nak gempak je klu x org xbaca. sila jgn harap anda akan dapat mengira berapa ramai anak yg anda bakal ada selepas selesai test ini. ha ape lagi? jom bertest!!!

Terdapat pelbagai cara untuk
menguji
keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak
manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma
lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan
dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?


Scroll kebawah hanya apabila anda telah
selesai mengira!



























































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira
semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut
diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses
perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's
pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji
setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

sekali lagi diingatkan test ini xde kena mengena dgn bilangan anak. sekiranya anda menjumpai 41 F tidak bermakna anda bakal mendapat 41 org anak. terima kasih
p/s : credit to sang empunya tulisan

Saturday, February 6, 2010

Give Up

akhirnya saya terpaksa akur bahawa beberapa cita2 sejak kecil terpaksa dilupakan memandangkan saya membesar dgn cara begini. saya perlu akur bahawa saya tidak berbakat dalam byk hal antaranya:

mendeko bilik
wlupun rmh baru saya tenang & tidak panas, tapi sesi mendrill yg masuk fasa ke-6 dianggap gagal. meja pc senget, lampu tengkuk ikea
® semakin menunduk, dinding pecah2. ah! tido lagi sedap!

membetulkan motor
lebih 3 tahun lalu, motor nyamuk saya adalah antara mesin yg paling bertuah di sekitar KL. saya terlalu sayangkannya sehingga terasa ingin parking motor di atas tilam & saya tidur di laman luar. sekiranya kwn pinjam tp xkunci tayar boleh mendatangkan pertelingkahan serius. begitulah kasih sayang seorang pemilik motor baru. tp malangnya kasih syg itu tidak lama.

nak dijadikan cerita, pada suatu hari motor kesayangan terpaksa ditolak dlm hujan lebat akibat minyak abes kerana meter minyaknya rosak hanya selepas 2minggu dibeli. akibat dari peristiwa itu saya & adt berkenalan dgn 2org awek yg eksiden keta terpusing2 selepas melanggar lecak kat MRR2 sekitar kepong kerana khayal memandang kelibat kami menolak motor dlm keadaan basah. ini cerita betul.

adt sudah berkahwin dgn salah seorang dari awek itu. ini pulak cerita tipu. tp kami sempat bertukar2 nombor & berbalas2 sms utk masa yg lama..hehe.

tapi hari ini semuanya telah berubah. motor saya sudah tidak laju & berkilat spt dlu. cover depannya pecah2. setiap kali orang menegur kenapa ia pecah, skrip jwpn yg akan keluar ialah
"tu la...baru2 ni tersondol motor lain. kat mane nak carik kaverset baru ar?"
mujurlah orang itu tidak tahu bahawa coverset itu sudah pecah selama 2 tahun.

motor ini beban & juga kepentingan. klu bkn sbb naik keta masalahnya parking atau trafik jam, mmg dah lama saya jadikan motor ini sculpture. saya menulis blog ini sejurus selepas gagal membuka skru coverset motor. klu sepak je mesti boleh tanggal kan?

melukis dgn cantik
pada tahun 1991, cikgu pernah tanya apakah cita2 saya.

jawapan saya "peeeeluuukisssss!"

pada tahun 2010 kalau la cikgu itu masih hidup & melihat lukisan saya, beliau pasti berkata :

"
peeeeluuukisssss punggkokkk hanggg!"


membetulkan peralatan elektrik
semangat luar biasa saya utk membetulkan speaker dgn membeli peralatan mematri barangan elektrik seperti solder, solder gun, solder, gam & juga solder (sengaja diulang kerana tlh membeli byk kali) adalah sangat mengkagumkan. tapi moralnya harus diteladani. kalau dah xreti tu hantar kedai je kan senang. xpun beli je speaker baru. akibat kekurangan ilmu kerana tidak menumpukan perhatian ketika belajar elektrik ketika di sekolah dahulu, speaker kesayangan saya kini berjaya menjadi meja tv. bravo!

mlm ini adalah mlm minggu ke-6 2010. spt biasa, tidak ke mana2. duduk seorang diri di rumah spt mlm2 minggu yg lain. ok lah. aku nak buat tesis. bai2!!

Thursday, January 28, 2010

Bicara Buah Dada

soalan : Apa persamaan antara tesis & testis?
jawapan : Dua2 penting.

♥♥♥♥♥♥♥

*saya sudah 8 minggu tidak tidur lena memikirkan tentang tesis yg masih belum siap. nak antar binding kat mana ye?

progres tesis saya terganggu tadi gara2 1 insiden yg saya sendiri sudah xberapa igt puncanya sbb terlalu marah hingga padam semua bahan bukti & juga nama defendan dr frenlist beberapa komuniti sosial maya. ya, insiden mlm tadi mmg cukup utk membuat saya marah sehingga darah naik lebih tinggi dari paras otak.


kadang2 bila berbicara
saya hanya perlukan teman
utk pinjamkan sepasang telinga utk mendengar
& bibir utk menjawab
serta mata utk melihat saya
& otak utk memberi respon yg sepatutnya.

itu saja.

xpayah ade solution pun xpe brader. xde hal.

lebih kurang sama la bile beronline mesej.

xkira la aku bebual pasal nasik ayam ke, pasal buah dada ke, pasal pundi kencing beruk ke. klu malas nak layan atau rasa xselesa, sila jelaskan secara mesra kawan & aku akan cuba carik kwn lain yg memahami atau sekurang2nye xjudge aku dlm masa beberapa saat atau sebaik saja mendengar tajuk topik. dan jgn risau, persahabatan kita akan berjln lancar & bahagia seperti monyet.

knp rmi kwn yg hanya terima perkara yg baik dari saya (cth: berpura2 menumpang simpati bila kau ditinggalkan mat rempit penipu) tp dlm masa sama menuduh saya suka tetek? tlg ubah persepsi anda semua ye. saya xpenah kisah langsung pasal buah dada (ok aku tipu).

damn! dulu saya mmg seorang yg ssh nak marah. dulu2 la.

temperature sgt tidak konsisten sejak akhir2 ni. saya percaya puncanya ialah duit, f.y.p. & tesis, xde job, kelas pagi, rokok mahal & paru2 semakin tidak sihat, rindu batu pahat & keluarga, pc semakin uzur, byk hutang (motor, rmh sewa, internet, yuran uitm, bil henpon, hutang nasik ng kwn2) road tax mati, slalu kena kejar anjing, ekzos moto bocor, speaker rosak, tayar keta botak, xterer2 main futsal, hon & tingkap kereta rosak, boxer hilang, henpon rosak, kasut futsal longgar, belting keta bebunyik 'drift', sleeping disorder, kedudukan geografi rmh baru, berat badan naik 0.02kg, penuaan, & kwn2 dlm kelompok yg semakin sedikit.

& harini hilang sorg lagi.
kurang lg 2 biji buah dada.
ah!! mamposla!!

cukup ok, cukup. penat la aku asik nak menjiwai perangai org je!
klu kau SUKA kucing & aku XSUKA lipas,
knp suruh aku bela kucing & lipas?


sbnrnye kan, aku dah lupe knp aku mrh sgt mlm td. btl. cuma yg aku igt, td aku marah.

apepun, fan arsenal sila berlatih menangis sblum membuat persembahan menangis mlm esok ye!!

oh lagi 1, sila hindarkan diri anda dari saya sekiranya anda sedang dalam keadaan PMS sbb saya bknlah seorang teman yg sentiasa mesra PMS. jgn lupa, saya bkn bf anda. anda xsedar bhw ketika PMS kebanyakan dari anda berperangai jauh lebih ganas dari godzilla. saya tidak bermaksud ofensif & saya bkn gay. tp percaya lah, mmg mcm godzilla.

fan arsenal, sila sambung berlatih menangis.


*ok ye puan farah, saya mengaku fakta yg bertanda * tadi hanyalah tipu helah org muda spt saya. saya janji nnt sy tnjuk progres. puan farah ni cantik, baik & wangi~~

Tuesday, December 15, 2009

RM1.70 Sejam

"bang! tengok belah kili!!"

POM!!

"tq"..balas saya kepada seorang anak cina berusia lingkungan 11 tahun. kemudian tanpa disedari saya termerenung anak cina tadi.

anak cina : kenapa?

saya: xde pape.

kami pun terus bermain counter strike bersama di cybercafe berdekatan rmh yg keluarga saya baru diami di jb.

p/s: masa aku 11 taun dlu xde pun berkwn ng org 25 taun. :(

Wednesday, December 9, 2009

Pengajaran

ekceli ade beberapa post yg saya dah taip kat pc kat jhr tp malangnya kat sana tiada intenet n post2 tu blom sempat diupload. xpela, terlanjur seorang diri di shah alam ni biar saya isi sedikit blog ini dgn beberapa kisah memandangkan blog ini telah lama menyepi.

ok, mari kita kembali ke seminggu yg lalu. untuk makluman tuan2 dan puan2, komuter dari seremban menuju ke KL sentral TIDAK sama sekali melalui tampin & gemas. secara xdisangka saya telah mengenali lebih kurang 10 org pantai timur pada malam itu. pengajarannya ialah : xpayah buat2 cool bile xtau naik ketapi. ok tu je. simple. saya xnak citer byk. org kata biar byk melancap jgn byk cakap.

pengajaran seterusnya. kita kembali pula ke 2 minggu yg lalu - mlm raya haji. saya seorang diri dari kl menuju pulang ke kampung halaman seperti kebanyakan org lain. saya menuju ke jb. bertolak pada pukul 10.30 mlm dan jem bermula pkl 11 hingga 1.15 pagi. jem berakhir sejurus selepas susur ke seremban. saya berhenti berehat di restoran jejantas air keroh & kembali meneruskan perjalanan tidak lama selepas itu. saya begitu ghairah utk smp ke rmh & tidur dgn enaknya. tiba2 bateri henpon saya mati tidak jauh selepas meninggalkan restoran jejantas tadi. petanda tidak baik.

nak dijadikan cerita, tiba2 temperature kereta naik mendadak ke tahap merah. waktu itu pukul 2.45 pagi. cemas, saya terus berhenti di tepi highway berdekatan mesin S.O.S.

"HELO?! HELO?! HELO?!...".

tidak berjawab. keadaan menjadi tidak terurus. saya tidak tahu di mana saya berada kerana khayal ketika memandu tadi. lampu hazard pula rosak. berhenti di tepi highway tambahan pula pada waktu gelap begitu adalah amat tidak selamat. setelah kira2 20 minit berhenti saya nekad utk meneruskan perjalanan. saya tahu tiada siapa yg akan berhenti menolong memandangkan punggung saya tidak cukup cantik. kereta terus berjalan walaupun temperature tetap tinggi. langsung tidak melegakan.

sampai ke S.O.S seterusnya saya berhenti lagi & perkara sama berlaku. kali ini lbh kurang 1/2 jam. bila tiada kenderaan lalu keadaan jadi sunyi sesunyi2nya & gelap gelita. jam menunjukkan lbh kurg pukul 3.45 pagi. hantu? huwoh!! takut la jugak. perogol?? lagi la aku takut!! saya kembali meneruskan perjalanan dgn harapan utk jmp mana2 hentian atau setidak2nya nampak signboard & tahu di mana saya berada.

saya meneruskan lagi perjalanan dan syukurla... dalam 2km selepas itu saya ternampak signboard "HENTIAN YONGPENG 5KM".

sampai saja di hentian kereta terus mati dan meluncur terus ke tempat parking. huuuuu....nasib baik. di hentian saya terus caj henpon & call abang saya yg kebetulan berada di rmh mertua di batu pahat. beberapa minit selepas itu tow truck peronda sampai & saya berkenalan dgn 2 abg polis bantuan yg pada mulanya garang dan berubah jadi baik. mereka menarik kereta saya sampai ke plaza tol tp ramai pula makhluk penarik kereta yg menunggu di sana dgn wajah wang ringgit.

mujurlah dlm ramai2 mamat tu salah seorang drpnya kwn saya sesekolah dlu. dia hanya mengenakan caj rm80 utk membawa kereta saya dari plaza tol yongpeng ke batu pahat yg memakan masa kira2 1/2jam itu. kalau org lain ntah baper ratus dah ye? sampai ke rumah mertua abg kira2 pkl 6 pagi & bgn 7 pagi utk sembahyang raya.

pulang dari sembahyang raya, makan & bergegas pulang ke jb utk bertemu ibu bapa tercinta.


pengajaran :
  • elakkan berjalan jauh seorang diri pada waktu malam lebih2 lagi sekiranya kereta anda berusia lebih 10 tahun.
  • pastikan bateri henpon dicaj secukupnya sblm memulakan perjalanan. paling baik jika sediakan charger dlm kereta.
  • check btl2 kondisi kereta sblum berjln jauh. pastikan anda telah check minyak hitam, air, tayar spare.
  • ilmu design atau martial art tidak dapat membantu membetulkan kereta yg rosak
  • jgn sombong dgn org wlupun pada waktu ini org itu tidak ada kepentingan bg anda. mamat towtruck td adalah kwn ketika saya sekolah rendah.
  • jgn degil cakap mak bapak. ayah suruh saya blk naik bas tp saya degil.

*kereta saya mengalami beberapa kerosakan & kos membetulkan hampir rm700


p/s : polis bantuan berkata sebenarnya mesin S.O.S tadi tidak rosak. cuma audio outnya tidak berfungsi. org2 PLUS blh mendengar kata2 (+makian) saya. jgn berhenti berharap ye kwn2

Sunday, October 25, 2009

Along & Kak Long

sbg tanda support pada kwn2 performing arts.

design ni aku buat as proposal je dlu blum tau proceed ke x.

sila tonton ye kwn2. tayangan terbuka kepada semua manusia termasuk kambing2, ikan & juga platipus



Saturday, September 12, 2009

Sebab Saya Orang Melayu

saya perlu buat sesuatu utk periuk nasi saya.

biarpun berpasir

Saturday, September 5, 2009

Saya Rasmikan alkapon.net

Oleh kerana ekonomi merosot dgn teruk maka terpaksalah saya menjual diri dgn cara begini :


(klu tgk je xjdk ape, sile klik)

setelah 7 bulan di alam maya akhirnya terasmilah www.alkapon.net - website yg memaparkan artwork2 terpilih saya sepanjang saya wujud di muka bumi. di sini saya buat sekali 1 blog baru yang hanya memaparkan artwork & gambar bogel artis2 terkini sahaja - thealkapon.blogspot.com

saya sedang mencari job freelance yang masuk akal & logik dibuat oleh manusia. saya lapar ketam & ingin beraya seperti insan lain.

sile tengok, sila komen & selamat berpuasa.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

dah setaun lebih blog ni tp blom smp 40 post pun yg aku tulis. pemalas gile kan?


hai!
selamat berpuasa & selamat hari raya!

hidup agak berubah sekarang. semester baru, ekonomi merudum.

1. ekonomi saya merudum teruk sbb dah lame xde job yg mampu membuatkan kita ketawa gembira bersama & good mood utk beberapa ketika. saya merindui beberapa org abg2 & encik2....hehe. saya merindui masa silam - bln2 yg lepas. saya rindu duit dan kenyang secara luar biasa. saya rindu beli baju & terlupa saya ada baju baru & beli baju baru lagi. kenangan itu sgt indah sehinggakan lawak jenaka terasa 2x lebih kelakar dan muke lebih hensem. waktu itu rina nampak lebih ranum dari sepatutnya, acap nampak lebih putih & dzul nampak comel. waoO...berhantunya duit.

2. keluarga saya telah berpindah ke jb minggu lps. ini bemakna kena la gua blk jb slalu ek. wlupun kat jb gua cume ade beberapa ketul je kwn tp gua...ehehe...rahsia. ek? tp memori kat batu pahat (bp) xkan saya lupakan smp tahun 2041. sile baca balik entry Batu Pahat saya. terlalu byk kenangan yg xboleh dilupakan di bp antaranya ialah kenangan mencuri & juga kenangan bersalam dgn ramli sarip.

3. sekarang saya byk menghabiskan masa di rumah bermain PES bersama acap & adib. sekiranya mereka pergi dating saya akan rasa bosan & mula menonton benda yg bkn2. kerana terlalu bosan jugalah saya menggatalkan tangan menggodeh CPU sehingga hard disk 1 terabyte saya rosak. saya hanya mampu gelak kecil kerana ada work yg bersaiz 181 gb di dlm hard disk itu. kelakar yg betul2 kelakar.

4. mujurlah kawan2 se-kos slalu ajak main futsal. saya rasa lebih sihat sekarang. kini punggung saya semakin cantik

5. henpon dah gila, nak betulkan mahal maka terpaksa dibetulkan guna lutut & penampar. kepada kawan2 yg sms aku xbls, sori brader, pls call. misscall pun xpe nnt aku misscall blk.

6. saya sudah tidak YM freak lagi. harap maklum. hidup yg realistik lebih bagus, kan?

7. kereta saya berwarna putih & terasa nak cat menjadi kelabu tp kos mengecat mencecah ribuan ringgit dan basuh pula rm8. saya memilih utk tidak membasuh kereta sehingga menjadi kelabu.

8. tajuk major masih blur. perasaan yg sama dgn 4 tahun lalu ketika final diploma. moga2 endingnya pun sama. kwn2...tlg bg aku idea!

9. saya berpuasa penuh semenjak tahun 1993 iaitu ketika saya darjah 3. ketika itu saya tidak tinggal sembahyang. ooh...solehnye aku dulu..

10. saya sudah berhenti merokok.


10.1. ok sekarang saya dah merokok semula. tadi lighter saya hilang.

_______________________

haih..ok lah. terima kasih kerana sudi membaca blog saya yg xmembantu apa2 ni. saya menulis bila berkesempatan & ada isu. tapi dah lama xde isu & hidup saya agak mendatar semenjak peristiwa mendapat F (entry sebelum ini). saya rasa sangat2 terharu kepada pembaca yg sudi komen dgn penuh emosi, bersungguh2 & juga dipenuhi nasihat2 yg byk membantu & memberi semangat. terima kasih semua.

acap...ooo acap... jom lwn PES. takut ke apa??

Thursday, June 18, 2009

JGN CALL2 SAYA LAGII!!!

entry ini mungkin akan dipadam sekiranya saya rasa ia membahayakan saya. harap maklum.


_______________________
18 Jun 2009


saya memandu selaju 160km/j dgn kereta bersportrim bengkok di federal highway semata2 ingin mengejar waktu appointment dgn ketua program (KP) di biliknya pkl 11 di shah alam. saya betul2 mengharapkan sesuatu yg baik akan berlaku.

dipendekkan cerita, tiba2 sy sedang duduk di sebelah KP di deli cafe uitm sambil membawa sampul surat berisi work2 subjek dato yg saya print semula. emel saya kpd dato juga saya print. saya dtg jumpa KP dgn berbaju kolar & berseluar slack.

saya : assalamualaikum puan
KP : mcm ni je ke awak pki pergi praktikal?
saya : slalunya lagi xformal
KP : bos awak xkisah ke?
saya : xkisah, puan
(aku praktikal kat advertising agency bkn kat bank ok? kena pakai songkok ke?)

KP : awak xpnh bg salam pun kat saya
saya : ade puan, klu jmp lect mmg sy bg salam, sekurang2nya saya tegur.
KP : awak jgn tipu. saya kenal pelajar saya yg bg salam. saya jrg nampak awak, bile ada masalah baru awak dtg jmp saya.
saya : saya mintak maaf puan
(klu aku xde masalah then aku jmp kau mmg la namanya aku carik masalah)

KP : F bkn bermakna 0. F bermakna markah awak dlm lingkungan 0-35.
saya : tp knp sy dpt F puan? final projek ktorg grouping, kwn2 group sy dpt plg teruk pun B-
KP : markah bkn tgk pd final projek je, kedatangan awak, penglibatan awak dlm kelas semua dikira
saya : saya dah check dgn class wrap, kedatangan saya cukup. saya aktif kat klas, puan. mmg saya aktif.
KP : dato ckp dia xdpt semua work awak
saya : macamane boleh xdpt puan? kitorg hantar sama2 dlm 1 plastik.
KP : awak yg hantar sendiri work tu?
saya : kwn group yg hantar. mmg dah check btl2 puan. class wrap pun dah check blk sblm dia submit pada dato
KP : klu awak nak buat semakan awak kena byr rm50, then kena naik ke pihak atasan. saya pun kena naik, dato pun.
saya : klu tu cara yg terbaik, sy ok je puan.
KP : tp utk pelajar tahun akhir je boleh buat semakan tau.
saya : then td yg puan ckp pasal semakan tu macamana ye?
KP : awak dah xde masa lagi. hari ni khamis, esok last.
(masa utk buat semakan bkn seminggu, tp 3 minggu. saya tau saya sedang ditipu. saya biarkan)

KP : mcm ni je lah, saya ade option lain utk awak. awak amek 1 sistem ni yg dinamakan TEMBUS & TAMPAL. cuma saya je yg ade hak utk decide awak boleh amek ke tidak sistem ni.
saya : prosedur dia mcmane puan?
KP : blablablabla, attend klas mcm biasa, blablablabla, tampal result sem ni, blablabla...


saya : means saya still repeat? still kena attend klas mcm org repeat?
KP : ye la
saya : tp kenapa dato xnak jwb call saya puan? sy call dia jmt lps dari 10 pg smp 5 ptg dia langsung xangkat. hari isnin, selasa, rabu saya call jgk tp still xangkat.
KP : dia sebok tu. awak mmg xnak dgr nasihat saya ye?
saya : bkn xnak dgr, sekurang2nya saya nak tau kenapa dia failkan saya smp dpt F.
KP : dia ckp dia xdpt spnuhnya work awak
saya : sy mmg dah hantar work tu puan. sy dah check dgn semua org. camne lagi saya nak buat puan? saya buat kerja ni xtido mlm, sy buat betul2 bkn main2.

KP selak sikit2 je work tu. kemudian dia ckp :
KP : klu mcm ni mmg xlayak lulus
saya : knp xlayak puan? sy rasa saya je buat 3d, tin nescafe ni pun saya shoot sendiri kat studio. sy eksperimen lama utk buat work ni
KP : mane sketches?
saya : saya xbwk.
KP : tgk tu. sketches awak xde, mcmane nak dpt markah?
saya : dato xde request sketches pun puan. ni semua yg dia mintak utk final submission
KP : storyboard ni xlengkap ni. saya xfaham ape yg awak cerita
saya : mmg xlengkap puan. selebihnya kwn saya sambung. ni keje grouping puan. puan mintak saya petang smalam, kwn sy xsempat bagi, saya praktikal kat kl. work tu ade kat s. alam.

KP : klu awak xpuas ati jgk, awak pg jmp cik fadil mintak nasihat dia. awak tgkla, mst sama je ape dia ckp dgn apa saya ckp.
saya : xnak dgr explaination dato ke puan?

kemudian KP call dato. ckp lebih kurang seminit

KP : dato ckp mmg dia xdpt semua work u
saya : biar saya sendiri la yg call dato, puan
KP : awak nak tau ape lagi?
saya : saya nak dgr sendiri penjelasan dato. ni bkn main2 puan. sy dpt F, klu dpt C xpe lagi.
KP : ha, call la.

saya call, tiba2 dato angkat. tapi :

dato: SAYA SEBOK NI AWAK JGN KACAU SAYA BOLEH X????!!!!! SAYA ADE BYK BNDA NAK URUSKAN, AWAK XFAHAM2 LAGI KE? SAYA XDE MASA NAK LAYAN AWAK!! JGN CALL2 SAYA LAGII!!!

tut...

ini adalah 1 TENGKINGAN

oh..tengking ye. jgn panik semua, telinga saya dah kebal dgn tengkingan lagi2 selepas bekerja di SNC Mediavalley, 2006-2007 (cerita psl SMV ni nnt aku citer lain kali). xlama lepas tu dato call KP. mereka bercakap2 selama lebih kurg seminit kemudian letak.

KP : lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau.
saya : knp dia tengking saya puan?
KP : dia btl2 sebok tu. dah2, lepas ni awak jgn call2 dato lagi.
saya : klu sibuk pun, knp dia nak tengking? sblm ni sy call lebih 20x dia xpnh angkat. sy rasa saya xpnh pun kurang hajar dgn dia. saya betul2 hormat kat dia. saya tau jg adab bila bercakap dgn org.

KP : ala, dia sebok tu (sambil telefon sum1 mintak diambil)

xlama lpstu sebuah kenderaan MPV sampai.
saya : puan ade hal ke?
KP : ye, saya ade blabla(aku xigt)
KP : awak lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau.
saya : ...
sambil masuk kereta KP ckp bnda yg sama lagi
saya : so camni je ke puan?
KP : awak pegi jmp en fadil mintak nasihat dia, cpt! kejap lagi ofis tutup.
KP : lepas ni awak jgn call2 dato lagi tau....dia sebok tu.

saya : terima kasih puan.


mungkin bila seseorang dianugerahkan pangkat dato' bermakna dia mulia di sisi tuhan. saya tau sy bkn org bodoh, bkn berfikiran pendek. saya tau ape yg saya akan dpt klu saya tidak kawal kemarahan. saya tau apa yg akan jadi sekiranya saya balas balik tengkingan td. saya terus berfikir & berfikir & berfikir...

saya memandu dgn laju & merbahaya semata2 untuk perbualan tadi. sekiranya saya eksiden & mati, KP masih blh teruskan santapannya di kafe & dato masih boleh teruskan urusannya tanpa diganggu panggilan telefon. tiada siapa yg akan susah

apa pun, saya harap dato xbenci saya. saya mintak maaf sebab susahkan dato. saya betul2 mintak maaf....

saya akui dato adalah antara pensyarah terbaik yg pernah mengajar saya. saya sangat kagumi dato.




*FINAL PROJEK KAMI KENA BUAT STORYBOARD TNB DAN JUGA 2 PRESS AD TNB. SEMUANYA DISTAPLER SEKALI DAN DIKONGSI BERSAMA AHLI KUMPULAN YG LAIN. APAKAH MAKSUD WORK SAYA DATO XTERIMA SEDANGKAN ASSIGNMENT2 TU DIKONGSI OLEH SETIAP AHLI KUMPULAN DI ATAS KERTAS YG SAMA?




kecik sgt agaknya student ni kat mata diorg. sbb saya seorang melayu. klu saya cina maybe inilah yg dikatakan racist. kan? then siapa sebenarnya yg ditindas?


apa yg plg penting, saya tahu saya tidak bodoh.

saya ingin menulis lagi tentang ni tahun dpn.


p/s : terima kasih kpd En Fadzil & Tuan Hj Hassan atas nasihat berguna yg saya terima. terima kasih juga kepada pensyarah2 lain yg sudi ambil tahu. kepada kwn2 yg terpaksa dgr bebelan aku esp. amin khalip yg sudi call dato, tq geng! tq tq very very much. n tq jgk kat bapak aku yg sentiasa rasional dlm memberi pendapat. n akak ipar, n abg mat, n en. matnoh, abg yen, en mu, n kwn2 sedarjat yg xblh aku sebut nama sbb nnt mcm xadil klu ade yg aku xsebut..wowww!! rmi jgk yg prihatin. tq semua!

Thursday, May 7, 2009

Hujan, Tolonglah Turun

hey

bosan & byk keje

mari kita sama2 menangani masalah pemanasan global supaya hari tidak panas & boleh bekerja dgn lebih bersemangat.

panas, bosan & byk keje.


21.
merah biru kuning ungu hijau oren
"Pengunjung akan keliru apabila diminta untuk menyebut warna perkataan dan mudah untuk membaca perkataan."

_____________

18.
"Pergerakan pengunjung akan diperhatikan oleh Zirafah, dan burung unta."

bebulu2 bontot menghadap benda ni. klu bkn sbb duit jgn harap aku nak jdk sesains ni

haihh...
masih xde masa nak menulis. harap maap



*tiba2 ujan turun time aku tgh merapu ni. horey!! bogel!! bogel tgh jln!!! murghkahkahkah!!!